Pragalath Kumar @ K. Pragalathadalah anak kelahiran negeri Perak yang membesar di Kedah, serta memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian antarabangsa dan strategi dari Universiti Malaya (UM). Kini, beliau tinggal di Selangor dan berkecimpung dalam bidang pemasaran digital. Sebelum ini, K. Pragalath menjadi wartawan selama lebih sedekad di pelbagai portal berita dalam talian (online news portal) sepertiMalaysiakini,Free Malaysia Today, Berita Daily, dan The Leaders Online. Beliau banyak menulis esei-esei kritikan berkaitan isu sosial, agama, politik dan isu-isu semasa. Karya fiksyen sulung K. Pragalath berjudul“Dana dan Darah” dikarang semasa menyertaiSesi Penulisan Intensif IV Sasterawan Kavyan(10–11 Ogos 2019) dan diterbitkan di Eksentrika (6 September 2019).Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan] — [Antologi Busana Bahasa] — [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]
↧
Biodata — Pragalath Kumar
↧
Pandangan Pembaca Budiman
Dari semasa ke semasa, rakan-rakan dan pembaca budiman mengemukakan pandangan dan komen ringkas mengenai karya-karya saya [senarai di sini] yang pernah dibaca. Saya paparkan sebahagian daripadanya di sini bagi tujuan dokumentasi.
Jika anda pernah membaca karya-karya saya dan sudi berkongsi pandangan atau komen ringkas, sila kirim ke e-meluthayasb@gmail.comatau WhatsApp011–11411952.Komen terpilih akan dikongsi di blog dan dalam buku-buku saya pada masa hadapan.
“Uthaya perhurai unsur keIndiaan masuk ke alam Melayu secara aman.” – Datuk Seri A. Samad Said (Sasterawan Negara)
“Penerapan tradisi dan adat kaum India menerusi cerpen-cerpen Uthaya amat menambat hati saya. Sejak saya mula membaca karya-karya Uthaya, penguasaan bahasa saya semakin mantap.” – Vikneswary Suppiah (Bukit Mertajam, Pulau Pinang)
“Buku Thirukkural dan Megha Duta menjadi satu inspirasi yang membuka minda saya bagi meneroka teks etika dan moral Thirukkuralsecara lebih mendalam.” – Susilah Ramasamy (Teluk Intan, Perak)
“Gaya dan bentuk penulisan yang mudah difahami. Rujukan terbaik dalam pembentukan diri serta sahsiah generasi akan datang.” –Kamal Azzaynee Mustafa (Kampar, Perak)
“Ulasan dua karya klasik India – iaitu Thirukkural dan Megha Duta– dilakukan secara terperinci oleh Uthaya sehingga semua mesej begitu mudah difahami.” –Faridah Nazir (Seremban, Negeri Sembilan)
“Saya berasa gembira kerana dapat membaca karya klasik India dalam bahasa kebangsaan. Penulisan Uthaya bukan sahaja satu usaha memartabatkan bahasa kebangsaan, malah memperkasa budaya India.” – S. Maartandan Suppiah (Kampar, Perak)
“Buku Thirukkural dan Megha Duta dijadikan panduan untuk mendidik anak saya dengan nilai-nilai murni. Ia ditulis dengan bahasa yang mudah difahami.” – Suntheri Kasaban (Petaling Jaya, Selangor)
“Karya Uthaya mendorong kita untuk melihat sesuatu isu dari beberapa sudut pandangan.” – Chua Pei Yong (penulis novel Addison, Aku Tetap Juara!)
“Saya gemar membaca karya Uthaya kerana banyak mengandungi penjelasan tentang tradisi kaum India yang dikait rapat dengan unsur perpaduan antara kaum.” – V.K. Ezhilarasi (Cheras, Kuala Lumpur)
“Karya Uthaya tidak pernah mengecewakan saya. Fakta sahih dan hujah bernas mencerminkan identiti beliau. Berani kerana benar!” – Thanusya Shanmuganathan(penulis novel Tak Sengaja Cinta)
“Penulisan yang mencabar minda serta penyudahan yang tidak dijangka adalah gaya penulisan Uthaya yang menarik minat saya untuk membaca karya-karya beliau.” – Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)
“Uthaya menulis dengan kritis. Dalam setiap baris ayat pasti tersembunyi maksud tertentu. Pembaca yang teliti akan memahami pendirian beliau. Kepekaannya terhadap sosiopolitik tanah air, serta keberanian bersuara amat mengagumkan.” – M. Mahendran (penulis buku Karupaya)
“Penulisan Uthaya bergaya santai dan mudah difahami; tanpa kompromi pada tatabahasa. Kandungan penulisannya bersifat separa ilmiah dan disampaikan dari perspektif yang segar.” – Nizha Periaswamy (Shah Alam, Selangor)
“Kita sentiasa memerlukan penulis seperti Uthaya untuk memberikan perspektif tajam mewakili kaum-kaum lain. Kritis dan menyumbang kepada timbang tara rasional.” – Raiha Bahaudin (penulis novel Kunang Pesisir Morten)
“Saya gemar membaca karya Uthaya kerana mutu karyanya tidak seperti penulis-penulis lain; sebaliknya membuat saya berfikir lebih kritis.” – Wan Mahiran Wan Mohamad (penulis novel Semanis Cinta Semalam)
“Karya-karya menarik tentang masyarakat India. Khalayak yang kurang fasih bahasa Tamil juga masih dapat membaca kisah-kisah ini dalam Bahasa Malaysia.” –Kasthuri C. Arjun (Sungai Petani, Kedah)
“Karya-karya Uthaya sememangnya mencetuskan pemikiran dan menyajikan pelbagai kemungkinan.” –Patricia Anne Clement (Ipoh, Perak)
“Karya-karya Uthaya sarat dengan nilai-nilai estetik yang mampu menambat hati pembaca.” – Richard Ignacy (Nibong Tebal, Pulau Pinang)
“Penulisan Uthaya merupakan bahan api yang menghidupkan palam pencucuh minda pembaca.” – Rubeshan Shamugam (Kuantan, Pahang)
“Pernah berbual dengan teman-teman penulis: Membaca tulisan-tulisan Uthaya membuat kita bertanya kembali, ‘Apa itu Sastera Malaysia?’” – Azrin Fauzi (penulis buku Metaskandal)
“Karya-karya Uthaya agak sensasi bagi sesetengah kelompok yang menyatakan penulis ini anti-Melayu. Ini suatu tanggapan yang tidak punya semangat rukun keharmonian antara kaum di Malaysia.” – Haji Nik Mohd Yusoff bin Nik Ismail(pengerusi Wadah Selangor)
“Kedalaman dan keindahan Bahasa Malaysia dapat diperhalusi melalui penulisan Uthaya yang kreatif dan inovatif.” – V. Sethuprakhash (pensyarah UPSI, Tanjung Malim)
“Uthaya memperlihatkan kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia menerusi penulisan yang mudah dan berkesan, lalu memberi pengaruh kepada khalayak pembaca.” – Ramakrishnan Ramasamy(penulis buku Kurnia)
“Mesej yang disalurkan melalui karya Uthaya adalah hal-hal yang mudah tetapi mempunyai kesan mendalam.” – S. Ghanthimathi (Taiping, Perak)
“Karya-karya Uthaya merupakan suatu usaha memartabatkan Bahasa Malaysia. Penulisan fiksyen mahupun faksyen beliau sangat menarik untuk diteliti.” – Calvin Ohsey (Masai, Johor)
“Bekas tangan Uthaya senantiasa mudah bahasanya, tetapi padat informasi buat para pembaca berbilang kaum dan agama.” – Tung Wai Chee (Seri Kembangan, Selangor)
“Karya Uthaya banyak mengetengahkan budaya dan latar belakang masyarakat India dan agama Hindu. Kisah sejarah dan dongeng yang agak kompleks berjaya diceritakan semula secara santai dalam Bahasa Malaysia dan gaya bahasa yang senang difahami.” – Roshidayu Che Mat (Shah Alam, Selangor)
“Uthaya merupakan antara perintis dan tunjang kepada para penulis kaum India. Pembaca boleh merasai bahang nukilan penanya yang begitu panas dan tajam menikam.” – KA. S. Annadurai (Petaling Jaya, Selangor)
“Kajian, dokumentasi dan penulisan berkaitan budaya kaum India harus diperbanyakkan di Malaysia.” – Alexandar Anthony Dars (Ipoh, Perak)
“Anak saya kurang membaca buku cerita Bahasa Malaysia. Bagaimanapun, karya-karya Uthaya berjaya menimbulkan minat itu.” – Jegavani Lengkan (Taiping, Perak)

“Penulisan Uthaya sangat menarik. Isu-isu yang dibincangkan juga amat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Ia serba sedikit membantu saya menambah ilmu.” – Ngan Siew Sin (Masjid Tanah, Melaka)
“Sama ada dibenci atau disuka, Uthaya memilih prinsip yang diyakininya.” – Roslan Jomel(penulis buku Selamat Datang ke Malaywood)
“Saya menggemari usaha Uthaya memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia sambil mengangkat identiti kaum India dalam karya.” – Adzim Poh Yuen Wen (Subang Jaya, Selangor)
“Penulisan Uthaya memang unik. Bukan mudah untuk mencari bahan bacaan tentang budaya kaum India di Malaysia dalam Bahasa Malaysia.” – Nagathisen Katahenggam (Jelutung, Pulau Pinang)
“Penulisan Uthaya bukan sahaja indah, malah membantu memperindah penguasaan bahasa para pembaca.” – Thinager Krishna (Ipoh, Perak)
Jika anda pernah membaca karya-karya saya dan sudi berkongsi pandangan atau komen ringkas, sila kirim ke e-meluthayasb@gmail.comatau WhatsApp011–11411952.Komen terpilih akan dikongsi di blog dan dalam buku-buku saya pada masa hadapan. – Uthaya Sankar SB (11 Oktober 2019)
↧
↧
Biodata — Koh Yok Hwa
Koh Yok Hwa dilahirkan di Yong Peng, Johor. Beliau anak keturunan Teochew, Cina. Kini, Koh Yok Hwa menetap di Kepong, Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan awal di SJKC Yong Peng 1, seterusnya menerima pendidikan sekolah menengah di beberapa buah sekolah kerajaan di Yong Peng, Johor Bahru dan Kluang. Koh Yok Hwa melanjutkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1984 dalam jurusan ekonomi. Beliau memulakan kerjayanya sebagai penerbit buku pada tahun 1991. Gemilang Publishing Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah gedung penerbitan buku utama yang menyumbang ke arah pembangunan industri buku tempatan. Koh Yok Hwa sering menyertai program Kumpulan Sasterawan Kavyan. Beliau turut menjadi penasihat penerbitan dalam projek buku Busana Bahasa (2019) serta Ramayana dan Mahabharata (2019). Belakangan ini, beliau mula mengarang dalam bidang penulisan kreatif Bahasa Malaysia. Koh Yok Hwa menyertai Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan IV (10-11 Ogos 2019) dan berjaya menghasilkan tiga manuskrip cerpen. [Lihat juga — Biodata Sasterawan Kavyan]
↧
Biodata — Perevenia Shanmuganathan
Perevenia Shanmuganathan @ Veena berasal dari Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang guru tuisyen persendirian yang mengajar subjek Bahasa Malaysia dan Inggeris bagi murid-murid tahap satu dan dua di sekitar Lembah Klang. Beliau memiliki Diploma Lanjutan Kaunseling dan Psikologi, serta sedang melanjutkan pengajian separuh masa bagi ijazah sarjana muda Pengajian Inggeris (Pengkhususan Bahasa dan Kesusasteraan) di Wawasan Open University. Minat Perevenia dalam bidang penulisan muncul daripada tabiat membaca buku dan kebiasaan mendengar kisah kehidupan orang lain di sekelilingnya. Beliau memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Malaysian Indian Anthology yang bertemakan kehidupan masyarakat India di Malaysia. Perevenia menyertai Sesi Penulisan Intensif V Sasterawan Kavyan (November 2019). Lihat juga —Biodata Sasterawan Kavyan
↧
Biodata — Rupasree Ganesan
Rupasree Ganesan lahir dan membesar di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan sarjana muda sastera (seni halus) dari Universiti Sains Malaysia (USM). Kini, beliau sedang melanjutkan pengajian sarjana sastera di Universiti Malaya (UM). Rupasree seorang artis bebas dalam bidang seni henna dan kolem, serta guru subjek Seni dan Bahasa Malaysia di sebuah sekolah antarabangsa. Beliau sering melibatkan diri dalam pameran seni, sama ada sebagai penganjur atau peserta. Dua esei tulisan beliau tersiar di akhbar New Straits Times pada tahun 2010. Rupasree menyertai Sesi Penulisan Intensif V Sasterawan Kavyan(November 2019) untuk mengasah bakat penulisan kreatif. Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]
↧
↧
Biodata — Ramlan Ramli
Ramlan Ramli berasal dari Bintong, Kangar, Perlis. Beliau pernah bertugas sebagai penolong pegawai eksekutif Unit Tarbiyah, Biro Pendidikan ABIM Pusat; penolong pegawai pentadbiran di Rumah Pengasih, Persatuan Pengasih Malaysia; penolong kaunselor di Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Jabatan Kebajikan Masyarakat; penolong pegawai psikologi di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kecil Kampar, Perak; dan sekarang berkhidmat sebagai penolong pegawai psikologi di Penjara Sungai Buloh. Ramlan memiliki Diploma Psikologi dari Kolej Dar Al-Hikmah dan ijazah Sarjana Muda Antropologi Sosiologi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan(Jun 2019) dan karya-karyanya mula tersiar di portal dalam talian selepas itu. Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]
↧
Biodata Zamri Mohd Daud
Zamri Mohd Daud dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor dan mendapat pendidikan awal SRK Sungei Way, SM Taman Datok Harun dan SM Seafield di tempat kelahiran. Beliau mempunyai Diploma Elektrik dan Elektronik, serta kini bekerja sebagai ketua pasukan (team leader) di Indah Water Konsortium (IWK). Zamri sudah berkahwin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Beliau sering menyertai program Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), termasuk Kita dan Karya.
↧
Vetalam Sudah Terbang ...
Kisah-kisah Vikramadityaadalah cerita berbingkai yang cukup terkenal di negara India, dan juga dalam kalangan kaum India di Malaysia.
Petikan salah sebuah cerita daripada buku Vetalam dan Vikramaditya (2020) telah dipaparkan di sini sehingga pukul 11:00 malam, 21 Januari 2020 bagi bacaan #TeamVetalam dan #TeamVikramaditya.
Maaf, anda terlewat! Vetalam sudah pun terbang dan bergayut semula pada dahan pokok di tanah perkuburan …
↧
Vetalam dan Vikramaditya — Senarai Penyumbang
Berikut senarai nama para insan budiman yang tampil menghulurkan sumbangan ikhlas dalam bentuk tempahan awal berbayar (paid pre-order) — sehingga 31 Januari 2020— untuk dijadikan modal sosial (social capital) bagi menampung sebahagian kos mencetak buku Vetalam dan Vikramaditya.
Para penyumbang budiman ini akan menerima naskhah masing-masing sebagai tanda penghargaan, sebaik buku terbit.
Nama-nama disusun mengikut urutan sumbangan diterima. Hanya nama penyumbang sehingga 31 Januari 2020dapat dimasukkan dalam buku.
1. Muhammad Ihsan bin Yusni (Permatang Pauh, Pulau Pinang)
2. Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)
3. Sivasankar Narayanan (Setia Alam, Shah Alam)
4. Lalitha Subramaniam (Setia Alam, Shah Alam)
5. Krishnu Sanker Sivasankar (Setia Alam, Shah Alam)
6. Harveen Sankar Sivasankar (Setia Alam, Shah Alam)
7. Kuhan Sankar Sivasankar (Setia Alam, Shah Alam)
8. Prabhawathy Govindarajoo (Shah Alam, Selangor)
9. Devishi Prabha Sankari (Shah Alam, Selangor)
10. Saravana Kumar (Seberang Jaya, Pulau Pinang)
11. Tharun Saravana Kumar (Seberang Jaya, Pulau Pinang)
12. Adam Arokia Ammaradass (Taiping, Perak)
13. Suganiya Jayabalan (Pengkalan Hulu, Perak)
14. Vikneswaran Muniandy (Bukit Mertajam, Pulau Pinang)
15. GG (Klang, Selangor)
16. Jayasri Sri Ramuloo (Puchong, Selangor)
17. Hendry Rao a/l Francis (Setapak, Kuala Lumpur)
18. PA (Kuala Lumpur)
19. Desigan Litchmonan (Petaling Jaya, Selangor)
20. Anthony Louis (Jerman)
21. Prem Kanna Dorairaj (Rawang, Selangor)
22. Jaymani Sevanathan (Klang, Selangor)
23. Punithavathy Shanmuganathan (Bangsar, Kuala Lumpur)
24. Sharadha Laxmi Sree Skandarajah (Bangsar, Kuala Lumpur)
25. Ananthan Muniandy (Simpang Renggam, Johor)
26. Prem Sutha a/p Ponnusamy (Skudai, Johor)
27. Murali Mohan (Kota Tinggi, Johor)
28. Selvarajah Murugesan @ MuPaSelva (Shah Alam, Selangor)
29. Jegavani Lengkan (Taiping, Perak)
30. M. Mahendran (Bentong, Pahang)
31. Jayaprakash Jayachandran (Senawang, Negeri Sembilan)
32. Radhika Loganathan (Senawang, Negeri Sembilan)
33. Rupasree a/p Ganesan (Segambut, Kuala Lumpur)
34. Saras Manickam (Bangsar, Kuala Lumpur)
35. Asokan @ Farouk Gulsara (Cheras, Kuala Lumpur)
36. Selvei Kaneson (Butterworth, Pulau Pinang)
37. Veeraselvam Kuttiappan (Cyberjaya, Selangor)
38. SS (Petaling Jaya, Selangor)
39. Linggam Pachiappan (Nusajaya, Johor)
40. Evelyn Chua (Shah Alam, Selangor)
41. Razlinawati Razali (Shah Alam, Selangor)
42. Ramakrishnan (Klang, Selangor)
43. Sai Vihaan (Klang, Selangor)
44. Chandran Krishnan (Simpang Ampat, Pulau Pinang)
45. Vickneswaran Achuthan (Ayer Itam, Pulau Pinang)
46. SM (Ampang, Selangor)
47. Saravanan Selanduray (Taman Yarl, Kuala Lumpur)
48. VK Ezhilarasi Velautham (Cheras, Kuala Lumpur)
49. Vicneswaran Gopal Singam (Batu Caves, Selangor)
50. Thiruselvam K. Padmanabhan (Klang, Selangor)
51. Saravanan P. Veeramuthu (USM, Pulau Pinang)
52. Alexandar Anthony Dars (Ipoh, Perak)
53. Anbalagan Sarathevan @ S. Bala (Subang Jaya, Selangor)
54. Sathiyah Kasaban (Kamunting, Perak)
55. K. Rathika Sathish Kumar (Johor Bahru, Johor)
56. Shargunandass Iynam (Klang, Selangor)
57. Iynam Mardamuthu (Klang, Selangor)
58. Murugan Alimuthu (Kamunting, Perak)
59. Vicneswari a/p Murugan (Kamunting, Perak)
60. Pugalaenthi Murugan (Kamunting, Perak)
61. Kamalam Subramaniam (Jalan Ipoh, Kuala Lumpur)
62. Sumathi Victor (Jalan Ipoh, Kuala Lumpur)
63. Mogana Daakini (George Town, Pulau Pinang)
64. Richard a/l Ignacy (Jawi, Pulau Pinang)
65. Puvanesvaran a/l G. Ragunath (Nilai, Negeri Sembilan)
66. Saharil Hasrin Sanin (Kuala Lumpur)
67. Navanitha @ Nitha Nairu (Menglembu, Perak)
68. Suntheresvary Kasaban (Petaling Jaya, Selangor)
69. Gunalan Arumugam (Subang Jaya, Selangor)
70. Rathi Ambigai Kanapati (Puchong, Selangor)
71. Moohana Rajah a/l Sothi Vadamalai (Port Dickson, Negeri Sembilan)
72. Asri Abd Karim (Puchong, Selangor)
73. Tiru Mohan (Jalan Ipoh, Kuala Lumpur)
74. R. Balamurali (Seri Kembangan, Selangor)
75. Nizha Periaswamy (Shah Alam, Selangor)
76. Salma Dhineswary (Rawang, Selangor)
77. Sivasangari Ramasamy (Jalan Ipoh, Kuala Lumpur)
Mahu membeli buku ini? [KLIK DI SINI] Masih boleh dimiliki pada harga istimewa sehingga 28 Februari 2020. (Harga lebih tinggi mulai 29 Februari 2020.)
Siri Karya Klasik India sebelum ini ialah Thirukkural dan Megha Duta (2018) dan Ramayana dan Mahabharata (2019). Lihat juga —Bahan Bacaan Bermutu.
Baca — [Pandangan Pembaca] — [36 Sebab Anda Perlu Membaca Karya Uthaya Sankar SB] — [Harapan Pembaca] — [Sasterawan Kavyan]
Dapatkan juga — [Landasan Hidup]
Sila hubungi e-mel uthayasb@gmail.comatau WhatsApp011-11411952 (Uthaya) jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan.
↧
↧
Kandungan — Landasan Hidup
Berikut kandungan antologi Landasan Hidup (2020) yang menggabungkan karya 14 penulis pelbagai kaum. Kesemua penulis terbabit merupakan peserta Sesi Penulisan Intensif anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).
Prakata
Menuai Hasil di Ladang Sastera – Uthaya Sankar SB (penyelenggara)
Cerpen
1. Bapa Borek, Anak Rintik – VK Ezhilarasi Velautham
2. Dia Yang Berhormat – M. Mahendran
3. Impian Narani – N. Nitha
4. Kasih di Perantaraan – S. Perevenia
5. Kerusi – Jaymani Sevanathan
6. Landasan Hidup – Anuradha Chelliah
7. Mahar Cinta Nani – Ramlan bin Ramli
8. Malaikat Patah Sayap – Koh Yok Hwa
9. Mengundang Kesedaran – Rupasree Ganesan
10. Pulang Bersama Teman – Anuradha Chelliah
11. Remaja di Dalam Almari – Uthaya Sankar SB
12. Rintihan Terpendam – S. Perevenia
13. Selamat Tinggal, Stigma – Thanusya Shanmuganathan
14. Sinnathamby – KA.S. Annadurai
15. Tingkat 21 – N. Nitha
16. Tragedi Swafoto – Murali Mohan
Esei
1. Cabaran Melahirkan Remaja Minat Membaca – M. Mahendran
2. Persepsi Masyarakat India Terhadap Komunikasi Kepimpinan – S. Maartandan a/l Suppiah
3. Seni Henna di Malaysia – Rupasree Ganesan
4. Sesal Dahulu, Sesal Kemudian – VK Ezhilarasi Velautham
5.Veshti Memperlihatkan Keistimewaan Jejaka India – Uthaya Sankar SB
Sajak
1. Apa Yang Hilang – Ramlan bin Ramli
2. Inkarnasi – Jaymani Sevanathan
3. Kartel Dedak dan Anjing – Jaymani Sevanathan
4. Keretek Buat Hati Terluka – Jaymani Sevanathan
5. Ombak Dingin Membawa Gundah – Jaymani Sevanathan
6. Pergi – Jaymani Sevanathan
7. Saga Merdeka – Jaymani Sevanathan
8. Sebuah Janji – Jaymani Sevanathan
Biodata Penulis
Lihat juga — [Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara] — [Biodata Sasterawan Kavyan] — [Busana Bahasa] — [Kurnia] — [Karupaya] —[Vetalam dan Vikramaditya]
↧
Kandungan — Vetalam dan Vikramaditya
Berikut kandungan buku Vetalam dan Vikramaditya (2020) yang merupakan penceritaan semula secara bebas — bukan terjemahan— cerita berbingkai dari negara India.
Prakata
Memasuki Alam Cerita Berbingkai
Pengantar
Pandangan Pembaca— Abang Sallehuddin Abg. Shokeran– Anuradha Chelliah – M. Mahendran– Saravana Kumar – Jayaprakash Jayachandran– Jaymani Sevanathan – Vikneswaran Muniandy– Irene Tan Ai Ling – Selvarajah Murugesan @ MuPaSelva– Jayasri Sri Ramuloo – Hendry Rao Francis– Asokan @ Farouk Gulsara – Prem Kanna Dorairaj– Murali Mohan – Suganiya Jayabalan– Jegavani Lengkan – Vijiyan @ Vicneswaran Gopal Singam– Rupasree Ganesan – Thiruselvam Padmanabhan– Navanitha Nairu @ N. Nitha – Saraswathy Sivangnanam– Salma Dhineswary – KA.S. Annadurai– Lim Hwang Dat – Sivabarathi Munikanan– Nik Mohd Yusoff Nik Ismail – Ramakrishnan Ramasamy– Punithavathy Arumugam – Mohamed Nasser Mohammed– Indrarao B. Ramulu – Alexandar Anthony Dars– Adam Arokia Ammaradass – Thanusya Shanmuganathan– Venoo Kuppusamy – Dennis Teo Wei Xiang– VK Ezhilarasi Velautham – Dina Salvatore– Rushida Abdul Wahid – S. Ghanthimathi – Chandran Krishnan
Vetalam dan Vikramaditya
Kisah di Tanah Perkuburan
Kisah Indumati dan Kurupshana
Kisah Kumaran dan Thamarai
Kisah Raja Beristeri Tiga
Kisah Nuri dan Murai
Kisah Shivaji dan Prabhu
Kisah Vimalan dan Lelaki Alim
Kisah Pemuja Syaitan
Modal Sosial
Senarai Penyumbang — [Di Sini]
Biodata Pengarang
Uthaya Sankar SB — [Di Sini]
Lihat juga — [Thirukkural dan Megha Duta] — [Ramayana dan Mahabharata] — [Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara] — [Biodata Sasterawan Kavyan] — [Busana Bahasa] — [Landasan Hidup]
↧
Reaksi Pembaca Vetalam dan Vikramaditya
Buku Vetalam dan Vikramaditya terbit pada 17 Februari 2020 dan buku dikirim kepada para penyumbang budiman pada 18 Februari 2020.
Berikut komen dan reaksi yang diterima daripada rakan-rakan pembaca.
“Wow! Vetalam dan Vikramaditya was simply spellbinding. I was hooked to it and finished reading the book. Simple language is used and can be easily understood by the young and old. Good reading material for one to get hold.” – Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)
“Sebuah kisah dongeng yang akhirannya sangat menyentuh hati. Anak saya kemurungan sepanjang hari kerana bersedih walaupun berpuas hati dengan kesudahan nasib satu lagi watak dalam cerita ini.” – Wan Mahiran Wan Mohamad @ Annur Puteri (Tanah Merah, Kelantan)
Anda sudah membaca buku berkenaan? Kirim komen/reaksi ringkas dan sekeping foto ke WhatsApp011–11411952sebelum 15 Mac 2020 supaya dapat dipaparkan di atas.
↧
Reaksi Pembaca Beta — Cerpen Satu
Saya mengirim petikan sekitar 160 perkataan, iaitu bahagian awal sebuah cerpen terbaharu (belum tersiar), kepada sekumpulan pembaca beta. Berikut reaksi ikhlas yang diterima:
“Permulaan yang membuatkan saya mahu terus membaca kerana ingin tahu siapakah mangsa tersebut. Saya ingin tahu siapakah mangsa itu – manusia atau anjing? Mangsa mungkin suka mengganggu ketenteraman Tuan kepada Khan yang sukakan kesunyian. Cerpen mungkin berakhir dengan kes di mahkamah yang akan membawa Tuan dan Khan ke muka pengadilan oleh badan yang menjaga kebajikan ‘haiwan’.” — Anuradha Chelliah
“Permulaan cerpen ini sudah mendebarkan hati saya sebagai pembaca; ingin merungkai misteri mengapa watak Khan sanggup membunuh mangsa. Pada pendapat saya, cerpen ini membawa persoalan manusia tidak berperikemanusiaan yang ingin membunuh nyawa seorang manusia demi melangsaikan dendam atau muslihat tertentu. Pada pendapat saya, cerpen ini boleh diakhiri dengan kedatangan pihak polis yang mendapat maklumat daripada ibu bapa kanak-kanak yang merayau.” — Elavarassan a/l M. Suppiah
“Saya berminat membaca sepenuhnya cerpen ini kerana permulaan cerita yang menarik. Saya terfikir, kenapa watak yang memasukkan mangsa ke dalam guni berkata, ‘Tuan tentu gembira hari ini.’ Saya tidak dapat menjangkakan bagaimana cerpen ini akan berakhir. Adakah mangsa di dalam guni itu sudah mati? Mungkinkah dia masih hidup?” — Hayati Binti Daud
“Timbul sebuah persoalan tentang mengapa mangsa tersebut diperlakukan sebegitu tanpa diberi apa-apa petunjuk kepada pembaca. Saya rasa, cerpen ini membawa isu kesetiaan seorang lelaki terhadap majikannya dan sanggup menunaikan segala hajat majikannya demi upah dan balasan. Pada pendapat saya, Khan akan sedar bahawa tuannya merupakan seorang pengkhianat dan telah mempergunakan Khan demi kepentingan diri; tetapi sudah terlambat kerana Khan diburu polis.” — Jaymani Sevanathan
“Cerpen dimulakan dengan situasi amat mengerikan dan tidak berperikemanuasian yang dilakukan oleh seorang lelaki. Saya rasa, cerpen ini tentang seorang yang terjebak dalam satu kumpulan jenayah yang amat berbahaya. Mungkin akan berlaku satu plot di mana berlaku angkara berpaling tadah terhadap kumpulan jenayah itu.” — Jeeva Kasthuri Anamalay
“Saya agak tertarik kerana petikan awal ini membawa saya kepada semangat ingin tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Walaupun ia agak agresif, namun membuatkan saya ingin mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya; seperti tindakan mahupun punca ia berlaku. Isu dan persoalan dalan cerita ini adalah keganasan atau mungkin juga isu mementingkan diri sehingga membawa kepada keganasan. Pada pendapat saya, cerpen ini boleh berakhir dengan keinsafan atau mungkin berakhir dengan sesuatu yang menyedihkan seperti kematian atau dijatuhi hukuman.” — Junainah Bt. Abdul Jalel
“Cerpen ini bermula dengan teknik saspens yang membuat saya bertanya-tanya mengenai watak Khan; terutamanya motif pembunuhan. Persoalan yang dapat saya perhatikan adalah situasi sosial golongan remaja pada masa kini yang terbiar tanpa pengawasan ibu bapa. Keadaan ini sememangnya mendatangkan risiko kepada diri mereka. Pada pendapat saya, cerpen ini akan berakhir dengan pengakuan remaja dalam kes pembunuhan tersebut. Remaja itu mungkin dikaitkan dengan pembunuhan dan mereka [kanak-kanak yang merayau] menjadi saksi kes pembunuhan itu.” — S. Maartandan Suppiah
“Saya tertarik membaca petikan awal ini kerana sikap ingin tahu muncul dalam diri saya. Pada pendapat saya, persoalan yang terdapat dalam cerpen ini adalah bagaimana Khan berjalan menyusur lorong dengan membawa guni [yang berisi tubuh mangsa]. Pada pendapat saya, cerpen ini akan berakhir secara positif. Pada akhir cerita, Khan berjaya melintas lorong, lalu membawa guni yang diikat itu [kepada tuannya].” — Nanthini a/p Nadarajan
“Agak keliru pada permulaan pembacaan. Pembacaan kali kedua, baru mendapat idea atau memahami inti cerita. Tema naluri manusia yang inginkan pujian daripada seseorang. Agak saspens; Khan cuba melakukan suatu perbuatan yang tidak baik/terkutuk (membunuh secara kejam) bagi memenuhi keinginan tuannya. Cerpen ini boleh berakhir dengan memberi kesedaran kepada Khan. Dia insaf dengan perbuatan/dosanya dan tidak perlu terikat melakukan perbuatan terkutuk seperti itu bagi memenuhi keinginan tuannnya kerana Tuhan lebih berkuasa dan mengetahui apa yang kita lakukan.” — Rajeswari Raman
“Saya ingin tahu kenapa Khan ‘membunuh’, siapa yang ‘dibunuh’ dan kenapa ‘pembunuhan’ itu dapat mengembirakan tuannya. Kenapa perlu membunuh? Sedangkan setiap agama melarang penganutnya membunuh atau melakukan kekejaman ke atas sesiapa sahaja, biarpun seekor haiwan; apatah lagi jika manusia! Adakah agama yang patut dipersalahkan jika penganutnya mengambil jalan sendiri dan meminggirkan larangan? Mungkin penulis mahu mengajak pembaca untuk menilai balik sejauh mana penganut setiap agama itu patuh pada ajaran agamanya. Tindakan melakukan sesuatu yang dilarang agama seperti pembunuhan atas apa juga alasan adalah pilihan penganut itu sendiri. Bagi kesalahan itu, dia perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya dan bukan ajaran agamanya. Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga!” — Rushida Binti Abdul Wahid
“Pada mulanya, saya menyangka cerpen ini berkisar cerita binatang dahulukala tetapi setelah membacanya dengan lebih lanjut, baru dapat memahaminya. Pada pandangan saya, pucuk pangkal cerpen ini adalah bagaimana seorang individu bergerak dengan licik dan mampu melaksanakan kehendak majikannya walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan dengan ketat. Pada pendapat saya, Khan selepas ini akan berjaya memenuhi kehendak tuannya bila-bila masa sahaja dan perbuatan ini pastinya tidak dapat dilihat sesiapa. Namun, Tuannya akan menggunakan Khan sebagai umpan yang akan menjerat dirinya sendiri.” — Saratha Ramdass
“Khan membunuh binatang atau manusia? Rasa ingin tahu menguasai hati. Cangkuk naratif (narrative hook) berjaya menarik saya untuk membaca selanjutnya. Saya rasa, cerpen ini membawa isu pemburuan haram atau pembunuhan binatang yang semakin pupus. Hal ini demikian kerana Khan berkata, tuannya sudah lama minta, tetapi baru sekarang dia dapat menunaikan hajat itu.” — Thanusya Shanmuganathan
“Saya tertarik membaca petikan awal cerpen ini kerana ia menunjukkan tindakan perlu diambil sehingga tidak dilihat oleh orang ramai. Mungkin mangsa [di dalam guni] akan buang ke dalam sungai untuk mengelakkan daripada ditangkap polis. Atau mungkin budak-budak yang melarikan diri itu ternampak kejadian yang berlaku. Mereka memberitahu keluarga dan laporan polis dibuat. Pihak polis akan menangkap pembunuh.” — Thayalan Varatharaj
“Permulaan cerita agak menarik serta timbul perasaan ingin tahu tentang apa yang akan berlaku seterusnya. Pada pendapat saya, cerita ini mungkin akan berakhir dengan kematian Khan. Hal ini demikian kerana Khan seorang yang amat setia kepada tuannya. Situasi ini akan mengakibatkan tuan itu sendiri mengambil kesempatan menipu Khan.” — Thiruselvam Padmanabhan
“Petikan awal cerpen ini mempunyai unsur saspens dan mencungkil keinginan saya untuk terus membaca. Persoalanya mengenai kesetiaan kepada Tuan. Khan telah menculik seseorang, di mana perbuatanya membuatkan Tuan gembira. Cerpen ini mungkin berakhir dengan menggambarkan Khan sebagai pesakit jiwa. Watak ‘Tuan’ dalam cerpen ini adalah satu lagi watak dalam diri Khan; di mana dia membalas dendam terhadap orang yang menolak [tidak menerima] Khan sebagai manusia biasa.” — Varatharasan a/l Subramaniam
“Petikan awal ini melibatkan unsur saspens dan pembaca tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya. Penceritaan yang tidak membosankan. Pada pendapat saya, cerpen ini mungkin membawa isu dunia kongsi gelap, persoalan motif pembunuhan dan pegangan agama, serta persoalan adakah tiada udang-undang sehingga menyebabkan begitu mudah pembunuhan dilakukan. Mungkin akhirnya pembunuhan itu dilihat oleh seseorang dan pembunuh menyedarinya, namun pembunuh tidak sempat untuk mengejar saksi.” — Wan Amerudy Bin Wan Kamaludin
“Ada babak aksi yang mendebarkan di permulaan cerita dan menimbulkan persoalan kepada saya. Saya tertanya-tanya, apa yang akan terjadi kepada mangsa dan kenapa dia dibunuh atau dipukul. Isu utama adalah berkenaan kepatuhan dan ketaatan seorang pengikut kepada ketuanya. Watak Khan dalam cerita merasa seronok dan tidak sabar untuk bertemu ketua [Tuan] setelah selesai misinya. Pada pendapat saya, Khan akan mendapat pujian dan kepercayaan ketuanya atas pencapaiannya menyelesaikan tugasan. Selain tugasan pertama ini, berkemungkinan ada tugasan lain untuk Khan disebabkan dia kini orang kanan atau orang kepercayaan ketuanya.” — Wan Nurhidayat bin Wan Muhamad
Baca juga:Reaksi Pembaca Beta Dua—Reaksi Pembaca Beta Tiga.
Setiap reaksi yang diberi amat bernilai dan amat saya hargai dalam usaha berterusan menjadi penulis yang mampu menghasilkan karya bermutu. Saya [Uthaya Sankar SB] mendoakan supaya para pembaca beta terbabit sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki.
Lihat juga —Bimbingan Penulisan Menerusi E-mel—Pencalonan 15 Cerpen Terbaik Uthaya—Khidmat Menyunting Manuskrip—Buku-buku Uthaya Sankar SB.
↧
↧
Reaksi Pembaca Beta — Cerpen Dua
Saya mengirim petikan sekitar 160 perkataan, iaitu bahagian awal sebuah cerpen terbaharu (belum tersiar), kepada sekumpulan pembaca beta. Berikut reaksi ikhlas yang diterima:
“Timbul rasa ingin tahu tentang cabaran yang bakal dihadapi oleh watak utama cerpen ini. Isu atau persoalan yang terdapat dalam cerpen ini adalah keberanian seorang wanita dalam menempuh cabaran yang bakal dihadapi demi anak-anaknya. Pada pendapat saya, cerpen ini akan mempunyai pengakhiran yang gembira walaupun plot cerpen ini berbentuk hipertensi dan saspens yang tidak diduga.” — Diviya a/p Devaraj
“Saya ingin membaca cerpen ini sepenuhnya. Saya suka dengan watak Sumanti yang begitu gigih mencari rezeki untuk anak-anak yang berada di kampung. Saya ingin mengetahui apa kesudahan yang berlaku pada Sumanti. Persoalan yang jelas adalah imej seorang wanita yang berpegang teguh dengan maruah, tidak mencari lelaki lain setelah kematian suami, dan tanggungjawab seorang ibu tunggal mencari rezeki untuk anak-anak. Pada pendapat saya, cerpen ini akan diakhiri dengan perubahan taraf hidup Sumanti kepada keadaan lebih selesa atau mewah.” — Elavarassan a/l M. Suppiah
“Terdapat unsur saspens yang menyebabkan pembaca terfikir dan berimaginasi punca Sumanti diperlakukan sedemikian. Isu yang dapat dikesan adalah tentang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari wang demi kelangsungan hidup. Mereka terpaksa menjalani kehidupan dengan penuh rasa takut. Saya rasa, Sumanti akan mampu melarikan diri, namun tidak akan menjumpai Jokowo lagi kerana mendapat berita bahawa Jokowo telah direman oleh pihak berkuasa Malaysia.” — Jaymani Sevanathan
“Pada permulaan, kelihatan seperti cerita yang biasa tetapi perenggan terakhir [pada intro] menjadi persoalan. Pada pendapat saya, cerpen ini mengangkat masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja yang merantau jauh dari kampung halaman. Saya rasa, akhirnya, Sumanti akan kembali ke kampung halaman setelah melalui peristiwa-peristiwa yang sukar.” — Jeeva Kasthuri Anamalay
“Saya tertarik dengan petikan ini. Perasaan ingin tahu lebih lanjut tentang Sumanti hadir dalam diri saya. Kisah mengenai warga Indonesia yang datang ke Malaysia mencari nafkah, serta masalah dan gejala sosial yang dihadapi. Hidup mereka perlu diteruskan demi anak-anak di kampung. Saya rasa, Sumanti akan ditipu. Dia akan terjebak ke lembah maksiat kerana dipaksa oleh Jokowo dengan alasan Sumanti akan peroleh lebih banyak wang untuk menyara anak-anaknya.” — M. Mahendran
“Saya tertarik dengan cerpen tersebut kerana plot cerita menimbulkan perasaan ingin tahu dalam diri saya. Temanya tentang keberanian seorang wanita dalam mengalami risiko kehidupan. Saya berasa Sumathi seorang yang tetap memberanikan diri untuk mengambil apa-apa risiko demi kedua-dua anaknya. Pada pendapat saya, akhirnya Sumathi akan berjumpa atau berhubung dengan sahabatnya [Sujana].” — Nanthini a/p Nadarajan
“Saya tertanya-tanya siapa Sumanti dan Jokowo, serta apa hubungan mereka. Terdapat dua isu iaitu dapatkah Sumanti berjumpa dengan Jokowo dan apakah nasib Sujana. Pada pendapat saya, cerpen ini akan berakhir dengan penceritaan nasib Sumanti dan Sujana.” — Navanitha @ Nitha a/p Nairu
“Cerpen dimulakan dengan suasana yang mendorong pembaca ingin tahu apa berlaku selepas itu. Persoalan pendidikan anak-anak bercampur dengan jaminan dan keselamatan hidup masa depan. Pada pandangan saya, Jokowo tidak meneruskan hasrat asalnya untuk memikat Sumanti. Sujana mungkin menjadi orang yang menyusahkan hidup Sumanti. Sumanti pula tidak rela anak-anaknya terabai, lalu memberi tumpuan kepada pendidikan mereka, walau apa pun halangan.” — Nik Mohd Yusoff Nik Ismail
“Ya, saya tertarik. Saya tertanya-tanya siapakah Sumanti dan Jokowo. Apakah hubungan antara mereka berdua? Isu yang kelihatan adalah kepincangan sosial dalam masyarakat moden. Sumanti mencari nafkah di negara lain untuk memberi makan kepada anak-anaknya. Pada andaian saya, Jokowo pasti memaksa Sumanti melupakan keluarga di kampung, selain cuba meraih cinta Sumanti.” — Nursuhaili binti Baharuddin
“Petikan awal cerpen ini menimbulkan perasaan ingin tahu tentang latar belakang Sumanti dan peristiwa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Persoalan kehidupan seorang wanita/ibu di perantauan demi menyara anak-anak di kampung. Saya rasa, Sumanti akan dapat menyelesaikan masalah sendiri dan berjumpa dengan Jokowo. Akan tetapi, Sumanti akan mengambil keputusan pulang untuk bersama anak-anaknya demi masa depan mereka.” — Parimala Devi a/p Meenakshi Sundram
“Saya tertarik dengan petikan awal cerpen ini kerana ingin tahu kejadian yang berlaku kepada Sumanti. Kenapakah Sumanti berpisah dengan anak-anaknya? Bagaimana Sumanti berkenalan dengan Jokowo? Pada pendapat saya, Jokowo mempermainkan kepercayaan Sumanti terhadapnya. Sumanti akan melalui pelbagai dugaan. Anak-anak Sumanti pula tidak mahu menerima Sumanti.” — Polammal Ramachandra Reddi
“Saya perlu tahu bagaimana kisah Sumanti akan berakhir. Timbul sedikit keraguan terhadap sahabatnya [Sujana] yang kemungkinan besar melarikan diri dengan Jokowo. Isu yang ditimbulkan adalah berkaitan nafsu seorang warga asing yang bergelora setelah ditinggalkan suami. Sumanti juga berasa keselamatan diri kini tidak terjamin sehingga sanggup mempercayai lelaki lain yang menemaninya sekarang. Cerpen ini mungkin akan berakhir dengan Sumanti bertindak agresif. Kepercayaannya terhadap kesemua lelaki hilang kerana Jowoko melarikan diri dengan kawan baiknya. Ini merupakan suatu penderhakaan yang besar oleh Sujana dan Jowoko.” — Saratha Ramdass
“Masih banyak persoalan minda mengenai alur cerita belum terungkai. Jalan cerita yang kreatif membuatkan saya tertanya-tanya peristiwa yang akan berlaku seterusnya. Pada pendapat saya, isu yang terdapat dalam cerpen ini berkaitan kegigihan seorang wanita mencari rezeki di negara orang bagi menyara anak-anak setelah berdepan konflik kekeluargaan. Pada andaian saya, Sumanti menemui cinta sejati dan membina mahligai bahagia bersama Jokowo. Sumanti akan bersyukur kerana Jokowo sememangnya pelindung buat keluarga kecilnya.” — Siti Sulha Binti Sanusi
“Cerpen ini mewujudkan pertanyaan tentang apa yang akan terjadi kepada Sumanti. Saya sudah jangka bahawa Sumanti akan mencari pelindung iaitu seorang lelaki yang akan menjaganya di negara ini selama dia bekerja untuk menampung hidup anak-anak di kampung. Setiap perempuan yang bekerja dalam kalangan lelaki perlu ada pelindung. Cerpen ini mungkin akan berakhir dengan Sumanti bekerja keras untuk menampung hidup anak-anak di kampung serta melawat mereka bersama Jokowo pada suatu hari kelak.” — Thiruselvam Padmanabhan
“Permulaan cerpen ini membangkitkan perasaan ingin tahu terhadap perlakuan Sumanti sampai meninggalkan kedua-dua anak untuk mencari nafkah di negara yang tidak pernah dia pergi sebelum ini. Persoalanya adalah tentang kesanggupan seseorang ibu dalam memastikan kebahagiaan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan. Sumanti sanggup meninggalkan negara kelahiran untuk memastikan kedua-dua anaknya hidup dalam keadaan yang senang. Pada pndapat saya, cerpen ini akan berakhir dengan menunjukkan watak Jokowo hanya mempermainkan Sumanti untuk mendapatkan wang daripadanya untuk kegunaan sendiri. Jadi, selepas mendapat tahu sifat sebenar Jokowo, Sumanti perlu melepaskan diri daripada Jokowo dan pulang ke negara asal.” — Varatharasan a/l Subramaniam
Baca juga:Reaksi Pembaca Beta Satu—Reaksi Pembaca Beta Tiga.
Setiap reaksi yang diberi amat bernilai dan amat saya hargai dalam usaha berterusan menjadi penulis yang mampu menghasilkan karya bermutu. Saya [Uthaya Sankar SB] mendoakan supaya para pembaca beta terbabit sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki.
↧
Reaksi Pembaca Beta — Cerpen Tiga
Saya mengirim petikan sekitar 160 perkataan, iaitu bahagian awal sebuah cerpen terbaharu (belum tersiar), kepada sekumpulan pembaca beta. Berikut reaksi ikhlas yang diterima:
“Permulaan yang menarik dan twist pada perenggan ke-4 menarik minat saya untuk membaca cerpen ini. Isu tentang masalah kegelapan dan kaitannya dengan mangalya dosham serta bagaimana ia memberi kesan kepada si kakak dan pencerita. Saya rasa, kehidupan kakak akan mempengaruhi adiknya. Mereka berdua akan mengharungi cabaran hidup. Masalah mereka tidak selesai dengan upacara tersebut, malah akan bertambah rumit.” — Anuradha Chelliah
“Saya amat teruja untuk mengetahui tentang perkahwinan kakak dan kehidupan kakak selepas upacara tersebut diadakan. Pada pendapat saya, persoalan yang terdapat dalam cerpen ini adalah tentang kepercayaan terhadap upacara keagamaan yang boleh mengatasi sesebuah masalah dalam kehidupan. Rasa-rasanya, kakak penulis akan berkahwin dan memulakan kehidupan yang gembira dan penuh ceria.” — Anushri Vijiandran
“Pembaca ingin tahu apa yang bakal berlaku kepada watak kakak dalam cerpen ini selepas upacara vivaha. Isu atau tema yang terdapat dalam cerpen ini adalah mengenai kepercayaan dan adat tradisi orang Hindu-India kerana terdapat penjelasan mengenai mangalya dhosam. Pada pendapat saya, cerpen ini akan berakhir dengan insiden yang gembira walaupun plot cerpen ini mempunyai saspens yang tidak dapat diduga.” — Diviya a/p Devaraj
“Saya tertarik dengan petikan awal cerpen ni. Tak sabar nak baca muka surat seterusnya. Isu kepercayaan sesuatu kaum diketengahkan. Saya berharap cerpen ini berakhir dengan kakak penulis dapat bertemu jodoh yang baik serta boleh membahagiakannya.” — Hayati Binti Daud
“Ada unsur-unsur budaya (kepercayaan karut) India/Hindu di dalam petikan ini. Timbul rasa ingin tahu apa akan terjadi pada kakak itu nanti. Persoalan yang diutarakan dalam cerpen ini adalah tentang kepercayaan karut yang diamalkan turun-temurun oleh masyarakat India. Saya fikir begitu kerana dengan mengorbankan kambing, belum pasti nyawa bakal suami terselamat. Dan mangalya dhosham itu sendiri masih disangsikan. Pada pendapat saya, kakak tidak akan berkahwin. Sebaliknya, dia tidak akan makan daging kambing selepas itu kerana dia menganggap kambing yang dipenggal itu adalah suaminya.” — M. Mahendran
“Bahagian intro sudah membuka hati pembaca untuk lebih meneroka cerpen ini. Persoalan tentang adat tradisi kaum India, iaitu menilik nasib seseorang dan cuba untuk mengubah sesuatu takdir yang belum pasti nyata. Pada pendapat saya, tidak seperti dijangkakan, hidup kakak tetap tidak seperti diharapkan. Suasana akan menjadi kacau dan pilu.” — Nursuhaili binti Baharuddin
“Saya berminat pada cerita ini kerana ia meceritakan kepercayaan dan adat masyarakat India. Saya ingin tahu kebenaran dalam kepercayaan ini. Persoalan tentang kepercayaan masyarakat India dalam perkahwinan dan tilikan, terutamanya untuk wanita. Ini ditunjukkan dalam upacara vivahadan mangalya dhosam. Kesudahan cerpen ini, pada pandangan saya, kakak berkahwin tetapi hidupnya kembali dalam kegelapan sepertimana yang ditakutinya selama ini.” — Parimala Devi a/p Meenakshi Sundram
“Saya tertarik dengan petikan awal cerpen ini kerana ia memberi penerangan mengenai kepercayaan orang Hindu. Ia berkaitan kepercayaan tradisi masyarakat India dalam kehidupan seseorang yang belum berumahtangga. Pada pendapat saya, cerpen ini perlu berakhir dengan ilustrasi [gambaran] yang memberi kebahagiaan kepada kakak, iaitu kakak mengahwini seorang jejaka yang menerangi hidupnya.” — Rajeswari Raman
“Timbul rasa ingin tahu apa ertinya mangalya dhosam, vivahadan rishi. Isunya adalah mengenai adat resam atau kepercayaan yang dipegang sejak sekian lama. Mungkin penulis [watak] akan cuba menunjukkan ‘keberanian’ memprotes adat resam atau kepercayaan tersebut secara logik menggunakan hujah ilmiah. Walaupun pada mulanya penulis [watak] mendapat tentangan hebat daripada keluarga serta masyarakat, namun akhirnya mereka mula berlembut dan sanggup berbalas hujah dengan penulis [watak].” — Rushida Binti Abdul Wahid
“Saya tertarik kerana cerpen ini akan sarat dengan ilmu pengetahuan dan input bermanfaat mengenai adat dan budaya masyarakat India. Penggunaan bahasa puitis amat bersesuaian bagi pembaca yang meminati sastera. Pada andaian saya, tema bagi cerpen ini adalah keunikan adat resam dan kepercayaan masyarakat India. Jalan cerita ibarat penggembaraan yang boleh ditelusuri oleh setiap lapisan pembaca melalui setiap bait penulisan yang dikarang. Pada pendapat saya, kakak akhirnya dikurniakan kehidupan rumahtangga yang baik setelah melalui beberapa fasa perkahwinan yang penuh cabaran.” — Siti Sulha Binti Sanusi
“Saya belum pernah membaca karya tentang mangalyadhosam. Saya rasa karya ini sangat unik. Isu kepercayaan dan amalan ritual agama diketengahkan. Dalam dunia moden, adakah ritual sebegini masih relevan? Saya rasa, perkahwinan Kakak akan berlangsung dan Kakak tidak lagi takut akan kegelapan.” — Thanusya Shanmuganathan
“Menarik kerana ada unsur-unsur saspens dan isu ketakutan yang jarang berlaku dalam kehidupan hari ini. Pada pemerhatian saya, isu dan persoalan yang diketengahkan adalah mengenai ikatan kasih sayang antara adik-beradik, tentang tradisi dan kepercayaan kaum, serta ketakutan akan kegelapan. Saya rasa, cerpen ini akan berakhir dengan kegembiraan apabila kakak berjaya mengatasi penyakitnya selepas bertemu dengan ‘seseorang’ [pasangan hidup].” — Wan Amerudy Bin Wan Kamaludin
“Cerpen ini memaparkan budaya dan kepercayaan unik kaum India. Bahagian awal berunsur saspens dan penuh tanda tanya. Isu utama dalam cerpen adalah perihal kepercayaan keluarga terhadap mangalya dhosam. Sebagai anak kecil dalam keluarga, watak utama turut mempercayai kepercayaan tersebut. Pada pandangan saya, cerpen ini akan berakhir dengan kakak terus dilanda musibah dan bernasib malang. Penulis mungkin mahu menunjukkan bahawa kepercayaan tertentu tidak semestinya benar.” — Wan Nurhidayat bin Wan Muhamad
Baca juga: Reaksi Pembaca Beta Satu—Reaksi Pembaca Beta Dua.
Setiap reaksi yang diberi amat bernilai dan amat saya hargai dalam usaha berterusan menjadi penulis yang mampu menghasilkan karya bermutu. Saya [Uthaya Sankar SB] mendoakan supaya para pembaca beta terbabit sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki.
↧
Biodata — Weng Poh Leng
Weng Poh Leng @ PL Weng berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung. Beliau melanjutkan pengajian sarjana muda di Universiti Malaysia Terengganu dalam jurusan Sains Biologi dan sarjana di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Mikrobiologi Perubatan. Hasil penyelidikan PL Weng turut diterbitkan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa seperti European Journal of Clinical Microbiology and Infectious Disease. Beliau pernah menyertai beberapa projek penulisan dalam talian dan karya diterbitkan oleh Burning House Press (28 Disember 2017). PL Weng turut menyumbang artikel kepada Majalah Samudera terbitan Tentera Laut Diraja Malaysia sejak tahun 2018. Beliau gemar menghasilkan karya kreatif seperti penulisan dan seni lukisan. PL Weng menyertai Projek Antologi Karya Penulis Malaysia. Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]
↧
Biodata — Hidayat Muhamad
Hidayat Muhamad @ Wan Nurhidayat bin Wan Muhamad lahir di Mentakab, Pahang. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Gual Periuk, Rantau Panjang, Kelantan dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Hidayat menulis dalam genre puisi, cerpen, dan esei ilmiah. Puisi dan cerpen beliau pernah diterbitkan di akhbar Berita Harian dan antalogi Kopi (2015). Hidayat menghasilkan antologi puisi Dari Jendela Kamar (2015) bersama ayahnya. Beberapa esei ilmiah pernah diterbitkan dalam jurnal akademik tempatan. Hidayat menyertai Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada Mac 2020. Cerpen “PONTI-30” yang dihasilkan susulan bengkel itu tersiar di majalah Tunas Cipta (Mei 2020). Hidayat menyertai Projek Antologi Karya Penulis Malaysia. Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]
↧
↧
Biodata — Khairani Abd Samad
Khairani Abd Samad berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Beliau memiliki ijazah Pendidikan Islam dari Universiti Islam Negeri, Sumatera, Indonesia (UIN). Khairani pernah bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan Sejarah selama 21 tahun di beberapa buah sekolah swasta di Kuala Lumpur dan Selangor. Minat yang mendalam terhadap penulisan mendorong beliau untuk menyertai beberapa bengkel anjuran beberapa penulis tempatan seperti Bengkel Kisah Hidup bimbingan Sri Diah dan Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Antara karya yang pernah dihasilkan adalah novel kanak-kanak, Misteri Mangkuk Tingkat(2019). Karya berjudul “Pesan Ayah” dan “Menggapai Bintang” pula termuat dalam antologi Nostalgia: Mahalnya Secebis Kerinduan (2020). Khairani menyertai Projek Antologi Karya Penulis Malaysia. Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]
↧
Biodata — Diviya Devaraj
Diviya Devaraj lahir dan membesar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK Convent Bukit Mertajam dan pendidikan menengah di SMK Convent Bukit Mertajam sebelum melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Program Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Diviya mempunyai minat membaca buku-buku berkaitan akademik dan ilmiah. Pantun tulisan beliau termuat dalam Antologi Pantun Ucapan Majlis (2018/2019). Diviya antara mahasiswi yang aktif dalam persatuan peringkat kolej kediaman dan universiti. Beliau mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Penyediaan dan Pembentangan Dasar Antara Pemimpin Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (2016). Diviya menyertai Projek Antologi Karya Penulis Malaysia. Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]
↧
Reaksi Pembaca Beta — Cerpen Empat
Sebuah lagi cerpen baharu ditulis pada 28 April 2020. Saya mengirim petikan sekitar 150 perkataan, iaitu bahagian awal cerpen itu (belum tersiar), kepada sekumpulan pembaca beta yang menawarkan diri secara sukarela. Berikut reaksi ikhlas yang diterima:
“Ya, saya tertarik membaca petikan awal cerpen ini walaupun saya kurang berminat dengan isu politik. Saya rasa cerpen ini agak menarik kerana cara penyampaiannya membuatkan saya mahu terus membaca. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan saya dapat kaitkan cerpen ini dengan era politik pada zaman saya. Gaya bahasa sememangnya mudah difahami dan pemilihan perkataan yang sesuai memudahkan pemahaman saya terhadap teks ini. Watak ‘Dia’ mungkin akan menginspirasi para remaja untuk bangkit menjadi pemimpin yang berkaliber dan cemerlang dalam politik.” — Anuradha Chelliah
“Saya amat tertarik membaca petikan awal cerpen ini dan ingin mengetahui lanjutan cerita. Saya juga ingin mengetahui sebab watak dipenjarakan dan mengapa kini dia enggan menunjukkan nilai-nilai baik yang pernah ada pada dirinya. Gaya bahasa dan gaya penulisan amat menarik untuk dibaca dan mudah difahami; menjadikan saya ingin mengetahui kesudahan cerpen. Pada pendapat saya, penulis akan menerangkan sebab watak ‘Dia’ masuk penjara dan dianaiaya walaupun dia pernah menjadi seorang yang mempunyai nilai-nilai perikemanusiaan dan empati sebelum masuk penjara.” — Darrshini a/p S. Murgan
“Pembaca ingin tahu apa agaknya punca kemarahan watak ‘Dia’ sehingga sanggup membalas dendam tanpa belas kasihan. Bahagian awal cerpen ini sudah menimbulkan perasaan ingin tahu tentang misteri di sebalik kemarahan watak ‘Dia’ sehingga sanggup melihat kemusnahan seseorang. Gaya bahasa dan gaya penulisan yang digunakan adalah sangat menarik dan baik. Pada pendapat saya, watak ‘Dia’ dalam cerpen ini akan membuat rancangan yang kejam dan licik untuk membalas dendam terhadap ‘mereka’.”— Diviya Devaraj
“Permulaan cerita yang agak menarik kerana membuatkan pembaca tertanya-tanya mengapa watak utama ingin membalas dendam. Saya ingin mengetahui kesudahan cerpen ini dan punca watak utama ingin membalas dendam. Pada penelitian saya, bahasa istana klasik digunakan dalam cerpen ini dan gaya penulisan bercorak cerita raja-raja. Pada pendapat saya, watak utama akan cuba membalas dendam dan watak-watak yang mengkhianati watak utama akan menyesal atas salah laku mereka.” — Elavarassan a/l M. Suppiah
“Saya sukakan cerita tentang kehidupan, nasib manusia, dan perjuangan yang ditempuhi, sama ada untuk diri sendiri atau negara. Saya ingin tahu apakah tindakan ‘Dia’, yang pendirian dan pemikirannya berubah 360 darjah selepas dibebaskan dari penjara, dalam merangka agenda membalas dendam kesumatnya. Gaya bahasa adalah lancar dan senang difahami. Gaya penulisan membawa pembaca untuk mengaitkan kepada kisah benar yang berlaku dalam negara. Walaupun ia mungkin tidak sama kerana cerpen ini adalah rekaan semata-mata, tidak terkait dengan yang hidup atau mati, namun jiwa pembaca tetap tertarik ke arah itu. Pembaca ingin mempercayainya begitu. Membaca cerita sambil boleh membayangkan di depan mata dan ruang minda ternyata lebih memberi kepuasan jiwa. Pada pendapat saya, ‘Dia’ akan merencana dan melaksanakan pelan membalas dendam kesumatnya dengan cara yang licik sehingga mereka yang menghumbannya ke penjara akan musnah sama sekali.” — Hanisa Hosni
“Cerpen ini seolah-oleh berkait rapat dengan politik, kuasa, dan dendam di mana ia mengingatkan saya pada ideologi politik oleh Machiavelli. Bagi saya, agak kurang cerpenis menyentuh isu politik yang digambarkan dengan konotasi negatif dan ia sangat diperlukan. Gaya bahasa ringkas, tidak berbelit, bersifat minimalis, terselit metafora dan memiliki proses penulisan plot yang menarik. Pada andaian saya, watak ‘Dia’ akan menyertai semula politik dengan menubuhkan parti baharu bersama sisa pengikutnya, lalu merancang kemusnahan pihak yang mengkhianatinya dahulu.” — Jaymani Sevanathan
“Ada unsur dendam yang dipaparkan dalam diri watak utama pada petikan awal cerpen. Sebagai pembaca, saya ingin mengetahui punca perasaan dendam tersebut. Saya berminat untuk membaca cerpen ini sepenuhnya kerana ingin mengetahui adakah kemusnahan yang diinginkan oleh watak itu berjalan seperti yang dirancang atau sebaliknya. Gaya bahasa dan gaya penulisan sangat relevan dalam menggambarkan kekecewaan serta dendam dalam diri watak. Pada pendapat saya, watak ‘Dia’ akan berjaya melaksanakan dendamnya. Namun, setelah melihat kemusnahan yang berlaku, watak itu tidak dapat merasai kemenangan moral yang diinginkannya.” — Khairani Binti Abd Samad
“Saya hendak tahu apakah tindakan banduan (yang berminat dalam bidang politik) seterusnya. Siapakah banduan itu? Kenapa dia dipenjarakan? Soalan-soalan ini wujud sewaktu membaca petikan awal cerpen ini. Kisah yang berunsur politik ini pasti mempunyai persamaan dengan keadaan politik semasa negara. Perasaan ingin tahu kisah selanjutnya hadir dalam diri saya. Gaya bahasa mudah dan tidak ada istilah bombastik. Gaya penulisan yang berusur saspens meningkatkan perasaan ingin tahu walaupun hanya membaca beberapa perenggan awal. Susah untuk memberi andaian tentang kesudahan cerita kerana masih kabur siapakah banduan itu dan pembaca tidak tahu sama sekali mengapa dia dipenjarakan.” — M. Mahendran
“Saya tertarik dengan gaya bahasa dan penceritaan. Boleh jadi, cerita ini berkisar tentang politik. Sudah pasti saya ingin mengetahui cerita lanjut. Selain susunan gaya bahasa yang mudah difahami, cerita pun menarik. Pada saya, gaya bahasa yang digunakan pada petikan awal ini mudah difahami dan tidak terlalu berat atau bosan. Memang susah untuk membuat ramalan kesudahan cerita kerana belum tahu sepenuhnya cerita genre apakah ini. Saya mengagak kemungkinan akan ada cerita imbasan kembali kenapa dan bagaimana terjadinya peristiwa ini.” — Mohd Abu Sopian @ Abu Sufyan b. Wahab
“Saya tidak tertarik membaca petikan awal cerpen ini kerana pada pandangan saya, ceritanya berbaur isu politik. Saya tidak minat dengan politik! Jadi, saya tidak tertarik. Walaupun saya tidak tertarik, saya masih hendak tahu apakah kesudahan cerita. Adakah orang itu berjaya menghapuskan kedua-dua musuhnya? Gaya bahasa mudah untuk dibaca tetapi tiada ayat atau ungkapan yang meremang bulu roma saya. Walau bagaimanapun, saya suka ayat terakhir pada bahagian intro ini. Pada pendapat saya, mungkin watak itu akan berjaya memusnahkan musuhnya, lalu menjadi ahli politik walaupun dia tidak berniat demikian. Mungkin dia akan ke penjara lagi!” —Murali Mohan
“Saya sangat tertarik untuk membaca kesudahan cerita ini. Intro yang menarik pada pendapat saya. Unsur-unsur saspens membuatkan saya tertanya-tanya akan kesudahan cerpen ini. Gaya bahasa dan penulisan yang digunakan juga baik. Pada pendapat saya, mungkin kisah ini akan memaparkan pelbagai lagi konflik yang dialami oleh watak utama, iaitu kisah-kisah pembalasan dendam.” —Noraini Abd Rahman
“Saya tidak tertarik membaca petikan awal cerpen ini. Sound very negative. So sorry. (Kedengaran sangat negatif. Maaf.) Saya juga tidak berminat membaca sambungan cerita ini kerana latar belakang seolah-olah yang berunsurkan politik. Gaya bahasa dan gaya penulisan yang digunakan sangat formal.” —Noriah Abdul Malek
“Petikan bahagian awal cerpen ini menguji pemikiran pembaca untuk mengetahui perkembangan cerita seterusnya. Pembaca juga ingin tahu watak sebenar cerpen tersebut. Saya berminat untuk membaca cerpen ini sebenarnya untuk mengetahui mesej yang mahu disampaikan oleh pengarang. Gaya bahasa yang digunakan mudah difahami dan tidak merumitkan pembaca. Struktur ayat jelas. Pada andaian saya, cerpen akan menggambarkan bagaimana dendam watak ‘Dia’ mungkin tercapai suatu hari nanti akibat seksaan yang dihadapinya. Watak itu mungkin percaya pada hukum karma.” — Richard Ignacy
“Petikan awal cerpen ini menimbulkan rasa ingin tahu saya terhadap perkara yang terjadi sehingga menjadikan ‘Dia’ seorang yang mementingkan diri. Saya mahu mengetahui kesudahan cerita sama ada watak itu akan mengubah pendiriannya dan menjadikan mimpi sebelum ini nyata atau kekal sebagaimana sekarang. Gaya penulisan yang digunakan agak straightforward dan memudahkan saya memahami setiap ayat. Saya tidak dapat mengagak cerita selanjutnya tetapi saya percaya ‘Dia’ seorang yang positif dan akan membawa kebenaran kepada pembaca di sebalik penderitaan yang pernah dilalui.” — Rupasree a/p Ganesan
“Dari ayat pertama sudah boleh merasai ‘kekecewaan’ yang cuba digambarkan oleh penulis. Saya ingin mengetahui lebih lanjut apa punca ‘kekecewaan’ dan ‘kemarahan’ yang dialami oleh watak ‘Dia’. Kenapa sampai ke tahap itu ‘marah’nya. Adakah kerana ‘seni’ politik itu tersangat ‘kotor’ dan tidak berupaya bagi watak itu mengikut ‘rentak songsang’ para politikus yang hanya pentingkan tembolok sendiri? Ada rasa kecewa dan nada marah yang dapat dihayati pada setiap baris ayat. Apa yang akan berlaku seterusnya? Mungkin kesan permulaan daripada lama terkurung di penjara dan merasakan berlakunya ketidakadilan dalam ‘sistem’ yang dicipta manusia. Individu yang jujur, amanah, dan pentingkan kebajikan rakyat dihukum tanpa sebab tapi individu yang melakukan kerosakan sebenar lepas bebas. Mungkin juga di kemudian hari, watak ‘Dia’ akan tetap meneruskan perjuangannya apabila merasakan kebajikan rakyat dan kemajuan negara adalah lebih utama berbanding diri sendiri. ‘Dia’ akan meneruskan pengorbanan membersihkan ‘sistem’ sedia ada yang kotor dan penuh tipu daya demi kehidupan generasi akan datang. Demikian andaian saya.” — Rushida Binti Abdul Wahid
“Saya amat tertarik dengan petikan awal cerpen ini kerana ia menunjukkan semangat kendiri yang begitu tinggi. Watak ‘Dia’ mewujudkan nilai tidak mahu mengaku kalah walaupun sudah beberapa kali mengharungi kegagalan. Ya, saya berminat dan tidak sabar untuk mengetahui penghujung cerpen ini kerana watak ‘Dia’ menyemat perasaan dendam yang teramat. Saya ingin mengetahui siapakah watak-watak yang menyebabkan individu itu terkandas dalam kehidupan sehingga dihambun ke penjara. Gaya bahasa yang digunakan adalah berbentuk perlambangan. Penegasan maksud amat ketara pada ayat ‘dendam kesumat sudah mendarah daging’. Gaya bahasa citra pula menggambarkan betapa kejam pihak lawan sehingga ‘Dia’ mahu memastikan kesemua mereka menderita. Penulis menggunakan teknik naratif yang menghasilkan nukilan yang kreatif. Pada pendapat saya, watak ‘Dia’ akan berbaik dengan kesemua mereka, iaitu bersandirawa menjalin persahabatan pada mulanya, tetapi pada penghujung cerita akan memberikan satu tamparan hebat sehingga mereka (musuh politik) tidak boleh melupakan tindakan itu.” — Saratha Ramdass
“Saya tertarik untuk membaca ceerpen ini selanjutnya kerana ada unsur saspens yang membangkitkan rasa ingin tahu. Ada persoalan dalam minda saya yang memerlukan jawapan dan hanya penulis yang mampu memberikan jawapan (menerusi cerpen penuh). Gaya bahasa yang mudah difahami dan gaya penulisan yang menimbulkan rasa teruja. Mengikut firasat saya, akan ada unsur imbas kembali dalam cerpen ini. Apakah akan berlaku perebutan kuasa dan peperangan?” — Thanusya Shanmuganathan
“Petikan cerpen ini membuatkan pembaca ingin tahu apakah yang berlaku pada zaman silam kepada watak utama dalam cerpen ini. Petikan awal memberi sedikit gambaran tentang musnahnya impian seorang yang mempunyai semangat kental untuk mencapai kejayaan. Namun, sesuatu telah berlaku pada zaman silam sampai dia dipenjarakan. Plot petikan ini membuatkan pembaca berfikir apakah yang telah berlaku pada zaman silam. Gaya bahasa yang terdapat dalam petikan ini adalah diksi dan bahasa kiasan. Penulis menggunakan perkataan yang sesuai, jelas dan khusus. Perkataan yang digunakan mempunyai hubungan dengan ayat. Contohnya: ‘Kekecewaan demi kekecewaan yang dialami telah membunuh mimpi lama.’ Seterusnya, bahasa kiasan pula boleh kita melihat dalam ayat ‘Walaupun dia diberi pengampunan diraja dan dibebaskan dari penjara, dendam kesumat sudah mendarah daging bersama setiap butir nasi yang disuap ke mulut sepanjang berada dalam tahanan.’ Pada pendapat saya, watak utama akan tahu siapakah dalang utama yang membuatkan dia dipenjarakan. Mungkin kawan karib atau musuh.” — Varatharasan Subramaniam
“Cerpen ini berkisar tentang dendam seseorang, dipercayai watak utama, yang merupakan seorang ahli politik. Watak ‘Dia’ menyatakan ingin membalas dendam terhadap seterunya. Hal ini membuatkan pembaca tertanya-tanya apakah yang ingin dilakukan dalam usahanya membalas dendam. Cerpen yang bertema thriller politik sebegini jarang diangkat dalam penulisan cerpen menjadikannya agak unik. Sebagai pembaca, saya tertanya-tanya apakah tindakan yang akan dilakukan dan bagaimanakah pengkahirannya. Laras bahasa yang mudah dan ringkas memudahkan pemahaman pembaca. Selain itu, simpulan bahasa serta peribahasa yang digunakan sangat tepat dan menguatkan lagi asas gaya bahasa dan penulisan cerpen. Apa yang akan berlaku seterusnya? Terdapat dua kemungkinan. Pertama, watak utama akan meneruskan agenda dan berjaya memusnahkan seterunya. Kedua, sebagai kebiasaan ahli politik, watak utama mungkin berubah fikiran dan menyertai salah satu parti susulan tawaran yang diberikan.” — Wan Nurhidayat bin Wan Muhamad
“Saya ingin mengetahui lanjut apa yang protagonis akan buat setelah dibebaskan dan keluar penjara. Saya ingin mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ‘Biar aku meraikan kemenangan moral melihat kemusnahan mereka.’ Ada elemen-elemen schadenfreudedan mencurigakan. Gaya bahasa dan penulisan boleh difahami. Tidak terlalu rumit dari segi penbendaharaan kata. Penulisan ditulis seperti potongan yang kemas dan teliti secara disengajakan. Seterusnya dalam cerpen ini, pada pendapat saya, akan ada pertarungan fizikal atau mental/minda dan psikologi protagonis.” — Weng Poh Leng @ PL Weng
Setiap reaksi yang diberi amat bernilai dan amat saya hargai dalam usaha berterusan menjadi penulis yang mampu menghasilkan karya bermutu. Saya [Uthaya Sankar SB] mendoakan supaya para pembaca beta terbabit sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki.
↧