Kasthuri Anamalay @ Jeeva Kasthuri dilahirkan di Taiping, Perak dan kini tinggal di Sungai Petani, Kedah. Beliau berkelulusan dari Informatics dalam bidang komputer. Kasthuri kini meneruskan pengajian di Open University Malaysia (OUM) dalam bidang pengajian bahasa. Beliau seorang guru tuisyen sepenuh masa dan jurulatih teknik menjawab bagi mata pelajaran Sains. Di samping itu, Kasthuri menjalankan khidmat sebagai ibu kepada lima anak. Hobi beliau adalah membaca dan melayan Facebook. Kasthuri terlibat secara aktif dalam program anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak 2012. Beliau menyertai Projek Antologi Karya Penulis Malaysia. Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]
↧
Biodata — Kasthuri Anamalay
↧
Reaksi Pembaca Beta — Cerpen Lima (A)
Sebuah lagi cerpen baharu ditulis pada 29–30 April 2020. Saya mengirim petikan sepanjang 150 perkataan, iaitu bahagian awal cerpen itu (belum tersiar), kepada sekumpulan pembaca beta yang menawarkan diri secara sukarela.
Selepas mengumpul reaksi mereka, saya kirim pula sambungan petikan sepanjang 150 perkataan dan meminta pembaca beta yang sama memberi reaksi sesudah membaca 300 perkataan daripada petikan awal cerpen berkenaan.
Reaksi ikhlas diterima daripada 18 orang pembaca beta, maka saya paparkan dalam tiga bahagian. Setiap individu memberi reaksi sebanyak dua kali.
Bahagian Lima (A)
“Saya berminat untuk membaca sambungan cerpen ini kerana intro ini terhenti di kemuncak apabila pembaca ingin tahu cerita seterusnya. Kedua-dua watak ini mungkin sudah lama berkenalan dan Faiz ingin mencari jalan mudah dengan membawa ‘Dia’ untuk berjumpa ibu dan bapanya apabila mereka mendesak mahu berjumpa dengan kekasih Faiz. Pada pendapat saya, ada orang ketiga di antara “Faiz” dan “Dia”. Mungkin akan ada unsur LGBT dalam cerpen ini dan akhirnya Faiz terpaksa mendedahkan dirinya yang sebenar.” — Anuradha Chelliah
“Menarik. Sememangnya menarik kerana penulis telah memberikan plot yang mampu menawan hati pembaca. Pandangan saya mengenai kedua-dua watak masih sama. Saya berasa Faiz inginkan jalan yang mudah. Pada pendapat saya, Faiz mungkin seorang playboyyang akan membuat apa sahaja, semata-mata kerana dia mempunyai wang. Punca perubahan pendapat saya adalah kerana Faiz sanggup menggunakan wang untuk apa sahaja.” — Anuradha Chelliah
“Ya, saya berminat untuk membaca sambungan cerpen ini kerana permulaan cerpen digarap dengan idea yang sangat menimbulkan tanda tanya. ‘Dia’’ merupakan seorang kekasih yang cuba untuk belajar erti setia dengan kekasih hatinya, manakala Faiz pula cuba belajar untuk menjadi pencinta yang lebih setia dengan perbuatannya untuk memperisterikan ‘Dia’. Pada pendapat saya, ‘Dia’ akan terus-terusan mempertikaikan tindakan Faiz yang ingin melamarnya. Walau bagaimanapun, selaku pencinta yang lebih setia dan tulus, Faiz tetap akan meyakinkan ‘Dia’ dan membuktikan cinta tulusnya walau hati terpalit duka. Sesungguhnya, cinta tidak semestinya memiliki.” — Isma Hazwani binti Ismail
“Sudah semestinya saya masih berminat! Garapan idea daripada penulis membuatkan saya lebih teruja untuk mengetahui sambungan kisah ini. Nampaknya, Faiz seorang oportunis yang mengambil kesempatan untuk mengabui mata ibu bapanya, manakala ‘Dia’ merupakan seorang wanita yang gemar akan ganjaran. Pada pendapat saya, ‘Dia’ dan Faiz akhirnya menjadi pencinta yang paling romantis dan ditakdirkan hidup bersama suatu hari nanti. Walaupun pada permulaan perkenalan, mereka hanya berjanji untuk menjadi ‘kekasih kontrak, namun dapat dirasakan bahawa Faiz akan berjaya memenangi hati ‘Dia’.”— Isma Hazwani binti Ismail
“Saya berminat membaca cerita seterusnya kerana saya percaya terdapat suatu plot penuh saspens di sebalik petikan awal cerpen ini. Saya berpendapat bahawa ‘Dia’ dan Faiz merupakan kenalan rapat dan tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa. Pada pendapat saya, ‘Dia’ akan membantu Faiz untuk menjadi kekasih palsu semata-mata demi menunaikan hasrat berjumpa ibu bapa Faiz.” — Jaymani Sevanathan
“Saya masih berminat kerana saya benar-benar ingin tahu kesudahan cerpen ini yang memiliki watak bersifat saspens. Saya rasa, ‘Dia’ merupakan seorang kenalan Faiz yang sanggup buat apa sahaja demi wang, manakala Faiz terpaksa berlakon demi hasrat ibu bapanya. Apa yang akan berlaku seterusnya? ‘Dia’ berkemungkinan besar akan menaruh hati terhadap Faiz kerana layanan ibu bapa Faiz yang penuh kasih sayang.” — Jaymani Sevanathan
“Ya, saya berminat membaca sambungan cerita ini. Mungkin kerana saya suka akan cerita-cerita bertema cinta. Saya juga ingin tahu siapakah ‘Dia’ dan setujukah Si dia menemui ibu bapa Faiz kemudian. Saya rasa mungkin Si Dia itu kekasih lama (bekas kekasih) Faiz. Bagaimanapun, mereka masih dalam hubungan biasa (rakan). Saya rasa Si Dia akan menemui ibu bapa Faiz. Pada masa yang sama, mungkin kekasih Si Dia akan mengetahui tentang perkara ini. Akhirnya, Dia tidak akan bersama dengan Faiz walaupun Si Dia suka akan Faiz berbanding kekasihnya.” —Murali Mohan
“Tentu saja saya masih berminat. Saya ingin tahu apa akan jadi di bilik mereka yang berkongsi katil itu. Adakah Si Dia jatuh cinta dengan Faiz walaupun sudah mempunyai kekasih? Pandangan saya hanya berubah terhadap watak pasangan kekasih lama sahaja. Nampaknya mereka bukan kekasih lama. Rasa-rasanya, Faiz tidak akan mengambil kesempatan ke atas ‘Dia’ di dalam bilik. Malah, mungkin Faiz juga tidak berkongsi katil. Sejak hari itu, Si Dia akan jatuh cinta terhadap Faiz.” —Murali Mohan
“Berminat membaca seterusnya kerana maklumat yang ada pada bahagian awal ini tidak memberi apa apa kes. Pada hemat saya, watak ‘Dia’ teliti dan terus terang. Faiz pula agak keliru, terburu buru dan tidak mampu hadapi tekanan keluarga. Pada andaian saya, ibu bapa Faiz akan setuju menjadikan ‘Dia’ menantu. Faiz akan sedia berdepan dengan tunang ‘Dia’. Agak sulit buat ‘Dia’ untuk membuat keputusan kerana Faiz pun orang dikira baik dan daripada keluarga yang sederhana.” — Nik Mohd Yusoff Nik Ismail
“Sambungannya agak mengejutkan. Soalnya, apakah tingkah sebegini menjadi amalan sebahagian besar orang Melayu. Saya tak pasti ‘Dia’ itu agama apa. Saya tertanya-tanya, sejauh mana pegangan agamanya, tanpa mengira apa agama anutannya. Watak Faiz pula agak tak jelas. Mungkin ada muslihat tidak baik dengan ‘Dia’ melalui sogokan wang. Atau memang dia berkenan sungguh dengan ‘Dia’. Jadi, apabila dah bermalam bersama, apabila tunangnya tahu, tentu dia akan batalkan sahaja pertunangannya. Apa yang berlaku seterusnya? Saya andaikan, Faiz akan rahsiakan peristiwa tidur sekatil dengan ‘Dia’ daripada ibu bapanya. Mungkin ‘Dia’ rasa bersalah, lalu berterus terang dengan tunangnya. Berlaku satu krisis dan pergaduhan panjang. Faiz campur tangan dalam krisis itu, mungkin dengan jujur untuk memiliki ‘Dia’. Faiz dan ‘Dia’ akhirnya berkahwin di luar negara dengan alasan sambung belajar.” — Nik Mohd Yusoff Nik Ismail
“Ya, berminat kerana, perbualan antara ‘Dia’ dengan Faiz sudah pasti mencetus konflik antara mereka berdua. Sikap membantah ditunjukkan, yakni ‘Dia’ ada pendirian tegas. Sedangkan Faiz sangat autokratik kepada ‘Dia’ tanpa ada tolak ansur.Ajakan Faiz diterima oleh ‘Dia’ dengan syarat yang perlu diikuti kerana ‘Dia’ juga ada agenda yang mahu diraih terhadap kekasihnya.” — Nursuhaili binti Baharuddin
“Sungguh saya mahu tahu apa akan terjadi kepada ‘Dia’ dan Faiz.Sudah berubah pandangan tentang watak ‘Dia’. Bukan seorang yang tegas pendirian kerana hatinya boleh dibeli. Sebaliknya, watak Faiz pula berubah daripada memaksa kepada natural pada situasi yang menyenangkan. Wah, sungguh ironi!Namun, pandangan saya pada bahagian kesudahan masih tetap sama, bahawa Faiz ada personaliti songsang, lalu memaksa beliau (Faiz) membawa ‘Dia’ bagi mewarnai kehidupan sosial.yang baik di mata keluarga.” — Nursuhaili binti Baharuddin
Bersambung di —Bahagian Lima (B)
Baca juga: Reaksi Pembaca Beta Satu—Reaksi Pembaca Beta Dua— Reaksi Pembaca Beta Tiga—Reaksi Pembaca Beta Empat.
Setiap reaksi yang diberi amat bernilai dan amat saya hargai dalam usaha berterusan menjadi penulis yang mampu menghasilkan karya bermutu. Saya [Uthaya Sankar SB] mendoakan supaya para pembaca beta terbabit sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki.
↧
↧
Reaksi Pembaca Beta — Cerpen Lima (B)
Sebuah lagi cerpen baharu ditulis pada 29–30 April 2020. Saya mengirim petikan sepanjang 150 perkataan, iaitu bahagian awal cerpen itu (belum tersiar), kepada sekumpulan pembaca beta yang menawarkan diri secara sukarela.
Selepas mengumpul reaksi mereka, saya kirim pula sambungan petikan sepanjang 150 perkataan dan meminta pembaca beta yang sama memberi reaksi sesudah membaca 300 perkataan daripada petikan awal cerpen berkenaan.
Reaksi ikhlas diterima daripada 18 orang pembaca beta, maka saya paparkan dalam tiga bahagian. Setiap individu memberi reaksi sebanyak dua kali.
Bahagian Lima (B)
“Ya, saya berminat untuk membaca sambungan cerpen ini kerana permulaan cerpen ini sangat menarik. Pandangan saya terhadap kedua-dua watak ini adalah bahawa penipuan mereka akan membawa kepada kekeliruan dan konflik semata-mata. Pada pendapat saya, akan berlaku konflik antara watak ‘Dia’ dan kekasihnya kerana terpaksa menipu untuk menjadi kekasih Faiz.” — Diviya Devaraj
“Saya masih berminat membaca sambungan cerita ini Saya ingin tahu berapa lama penipuan mereka akan terus kekal dan adakah watak ‘Dia’ akan mempunyai perasaan cinta terhadap Faiz. Pandangan saya terhadap kedua-dua watak ini masih sama kerana penipuan mereka akan membawa kepada kekeliruan dan konflik semata-mata. Pada pendapat saya, watak ‘Dia’ akan mula mempunyai perasaan terhadap Faiz kerana dia mula berasa selesa dengan layanan mesra ibu bapa Faiz.” — Diviya Devaraj
“Saya ingin tahu siapakah ‘Dia’ yang begitu misteri. Saya mendapat gambaran seolah-olah ‘Dia’ dan Faiz mempunyai satu hubungan yang rapat, namun tidak pasti sama ada hubungan persaudaraan atau persahabatan. Mungkin akan berlaku banyak persoalan yang perlu dijawab oleh Faiz dan ‘Dia’ tentang kekasih baharu yang dimaksudkan. Siapakah pula kekasih lama?” — Jeeva Kasthuri Anamalay
“Ya, sudah tentu saya masih berminat membaca sambungan cerpen ini. Ceritanya sudah beralih arah. Suatu jalan cerita yang penuh konflik. Nampaknya, ‘Dia’ merupakan seorang wanita yang mungkin bersifat materialistik. Sebagai anak yang soleh, Faiz pula tersangkut dalam usaha memenuhi kehendak ibu bapa. Apa yang akan berlaku seterusnya? ‘Dia’ mungkin berubah hati dan mahu bersama Faiz setelah meluangkan masa di rumah ibu dan bapa Faiz.” — Jeeva Kasthuri Anamalay
“Saya berminat untuk tahu kenapa watak ‘Dia’ bercinta dengan dua orang sekali gus. Saya juga ingin tahu mengapa Faiz masih ingin bersama ‘Dia’ setelah ketahui ‘Dia’ mempunyai kekasih lain. Pada pandangan saya, watak ‘Dia’ dan Faiz adalah lelaki. Hubungan mereka adalah ‘luar biasa’ (luar tabii). Mungkin ‘Dia’ akan terangkan kepada Faiz bahawa dia tidak dapat bertemu dengan ibu bapa Faiz. ‘Dia’ tidak boleh hidup bersama seorang lelaki kerana ‘Dia’ ingin meneruskan hidup baharu bersama kekasih perempuannya.” — M. Mahendran
“Ya, saya masih berminat untuk membaca sambungan cerita kerana ingin tahu kenapa ibu bapa Faiz membenarkan ‘Dia’ bermalam di rumah mereka. Lebih-lebih lagi, Faiz dan ‘Dia’ tidur sekatil. Pandangan saya mengenai kedua-dua watak sudah berubah. Rupa-rupanya, watak ‘Dia’ adalah perempuan, bukan lelaki seperti yang saya sangka sebelum ini. Lebih-lebih lagi, mereka cuma berlakon. Mungkin mereka adalah ‘kekasih’ dalam erti kata lain. Pandangan saya tentang jalan cerita juga berubah setelah mengetahui ‘Dia’ adalah perempuan dan mereka cuma berlakon. Walaupun mereka berkongsi katil, saya rasa, hati ‘Dia’ tetap setia pada kekasihnya.” — M. Mahendran
“Cerita cinta sebegini agak klise sebab sudah ramai penulis yang menulis berkisar tentang cinta antara berlainan kaum dan agama, tapi kalau penulis boleh membawa kelainan dalam cara kisah cinta ini, saya berminat untuk membaca sambungannya. Watak ‘Dia’ dan Faiz adalah antara watak-watak sebenar dalam dunia realiti. Mereka adalah watak yang kenal hakikat cinta tapi buta warna dan terang mata hati. Lain orang lain dugaan dan onak duri yang terpaksa diharungi. Pasti ada suatu tarikan antara kedua-duanya yang menjadikan mereka rapat, mesra dan mungkin saling menyayangi. Hanya mereka sahaja yang tahu. Mungkin ‘Dia’ akan ‘mengalah’ dan meninggalkan kekasihnya, lalu menyerah diri kepada Faiz atau mungkin ‘Dia’ menolak terus Faiz dan membiarkan Faiz pergi terus daripada hidupnya dengan lafaz ‘Cinta tidak semestinya perlu bersatu’.” — Rushida Binti Abdul Wahid
“Wow! Permulaan yang agak klise tapi apabila masuk ke bahagian kedua, bermula tanda tanya demi tanda tanya. Siapakah sebenarnya Faiz dan ‘Dia’? Bagaimanakah mereka boleh tidur sekatil di rumah keluarga Faiz? Terlalu ‘bebas’ sangatkah Faiz dan keluarganya serta ‘Dia’ tanpa batas manusia beragama dan bertatasusila? Kisah cinta mereka ini nampaknya bukan seperti cinta biasa. Adakah cinta mereka dalam kategori cinta luar tabii atau cinta yang dilarang? Menarik untuk mengetahui apa sebenarnya penghujung cerita.” — Rushida Binti Abdul Wahid
“Saya berminat untuk membaca keseluruhan cerpen ini kerana ia merupakan satu genre yang berbeza, iaitu menyisipkan unsur percintaan yang menjadi kegemaran ramai. Watak ‘Dia’ bersifat menghormati orang tua dan dia lebih suka berbincang sebelum mengambil tindakan. Watak Faiz pula bersifat berani dan tidak kisah sesiapa jua walaupun ibu bapa; hanya untuk kepentingan diri sahaja. Pada pendapat saya, Faiz akan cuba mengambil langkah drastik seperti mengeluarkan kata-kata kesat terhadap watak ‘Dia’ dan ‘Dia’ akan cuba memujuknya agar tidak mengambil tindakan terburu-buru sehingga mendapat persetujuan orang tuanya.” — Saratha Ramdass
“Saya sangat berminat dengan sambungan cerpen ini kerana sudah memahaminya dan senyuman terukir di wajah saya kerana tidak menyangka sambungan yang amat kreatif sebegini. Pandangan saya terhadap watak juga semestinya sudah berubah kerana Faiz seorang teruna yang sayangkan ibu bapa dan tidak mahu melihat mereka kecewa. Manakala watak ‘Dia’ mungkin merupakan kawan baik sejak zaman persekolahan dan tidak mahu Faiz jatuh cinta pada wanita yang tidak sepadan dengan keluarganya. ‘Dia’ lebih mementingkan persahabatan yang tulen dengan Faiz serta wang menjadi salah satu kelemahannya. Kemungkinan besar ‘Dia’ akan jatuh hati pada Faiz tetapi Faiz terpaksa menolaknya kerana dia lebih mementingkan kerjaya dan tidak pernah menganggap ‘Dia’ sebegitu (kekasih). Tetapi atas desakan ibu bapa, Faiz terpaksa kecundang dan akur dengan keputusan ibu bapanya. Sebelum ini, saya hanya membayangkan watak ‘Dia’ sebagai lelaki dan tidak ada kaitan dengan perempuan. Si ‘Dia’ adalah kawan baik Faiz yang sedia atau sentiasa menolongnya dari segi sokongan moral, nasihat dan cadangan pada bila-bila masa. Kini, saya sudah mendapat gambaran jelas jalan cerpen ini dan amat mengharapkan kesudahan kritis dan kreatif!” — Saratha Ramdass
“Berminat kerana saya penggemar kisah cinta. Hanya dengan membaca petikan awalan, saya sudah membayangkan peristiwa seterusnya. ‘Dia’ sudah mempunyai kekasih tetapi demi sahabat baiknya, dia sudi berlakon menjadi kekasih. Faiz anak yang taat kepada keluarga tetapi dia tidak berfikir secara rasional, lalu merumitkan keadaan. Pada pandangan saya, mereka akan berlakon sebagai pasangan kekasih. ‘Dia’ akan ada krisis dengan kekasihnya. Faiz dan ‘Dia’ pula jatuh cinta?” — Thanusya Shanmuganathan
“Saya mahu membaca keseluruhan cerpen kerana saya tidak menduga mereka akan tidur bersama. Saya mahu tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Apabila mendapat tahu mereka tidur bersama sebelum berkahwin, pandangan saya tentang perwatakan mereka sudah berubah. Saya tertanya-tanya sama ada mereka hanya tidur bersama atau sudah ‘terlanjur’. Saya dapat membayangkan peperangan besar dan ‘Dia’ akan ditinggalkan oleh kekasih serta disisih oleh keluarga. Dan Faiz akan menjadi pengganti.” — Thanusya Shanmuganathan
Bersambung di —Bahagian Lima (C)
Baca juga: Reaksi Pembaca Beta Satu—Reaksi Pembaca Beta Dua— Reaksi Pembaca Beta Tiga—Reaksi Pembaca Beta Empat— Reaksi Pembaca Beta Lima (A).
Setiap reaksi yang diberi amat bernilai dan amat saya hargai dalam usaha berterusan menjadi penulis yang mampu menghasilkan karya bermutu. Saya [Uthaya Sankar SB] mendoakan supaya para pembaca beta terbabit sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki.
↧
Reaksi Pembaca Beta — Cerpen Lima (C)
Sebuah lagi cerpen baharu ditulis pada 29–30 April 2020. Saya mengirim petikan sepanjang 150 perkataan, iaitu bahagian awal cerpen itu (belum tersiar), kepada sekumpulan pembaca beta yang menawarkan diri secara sukarela.
Selepas mengumpul reaksi mereka, saya kirim pula sambungan petikan sepanjang 150 perkataan dan meminta pembaca beta yang sama memberi reaksi sesudah membaca 300 perkataan daripada petikan awal cerpen berkenaan.
Reaksi ikhlas diterima daripada 18 orang pembaca beta, maka saya paparkan dalam tiga bahagian. Setiap individu memberi reaksi sebanyak dua kali.
Bahagian Lima (C)
“Unsur ketegangan ditonjolkan dengan baik, membuatkan saya tergesa-gesa membaca ayat berikutnya dalam cerpen ini. Ayat terakhir memberi twist maksimum. Pada penelitian saya, Faiz seorang yang ingin menyelamatkan diri sendiri ataupun oportunis tanpa mengira masalah yang mungkin akan dihadapi oleh ‘Dia’. ‘Dia’ pula watak utama skandal. Pada pendapat saya, ‘Dia’ akan memutuskan hubungan cinta dengan kekasihnya. Hubungan bersama Faiz turut putus di separuh jalan. Musibah bermain kayu tiga.” — Ganesher Pillai a/l Manivel
“Twistyang langsung tidak dijangka. Hubungan ‘Dia’ and Faiz hanya lakonan? Pandangan saya mengenai kedua-dua watak masih tidak berubah. Mereka bersekedudukan bersandarkan wang, walaupun ‘Dia’ menonjolkan kekesalan. Mengenai apa yang akan berlaku seterusnya, pendapat saya sudah berubah. Kemungkinan besar, kesempitan wang yang dihadapi menyebabkan ‘Dia’ bersetuju dengan tawaran Faiz. Kesudahan cerpen? Apa-apa sahaja mungkin berlaku.” — Ganesher Pillai a/l Manivel
“Saya berminat untuk mengetahui adakah ‘Dia’ bersetuju dengan cadangan ‘Faiz’ dan muslihat di sebalik cadangan tersebut. Pada pandangan saya, ‘Dia’ dan Faiz merupakan rakan sekerja atau teman sekuliah sahaja. Pada pendapat saya, ‘Dia’ akan bersetuju untuk berjumpa dengan ibu bapa Faiz dan ibu bapa Faiz pula sangat menyukai ‘Dia’.” — Khairani Binti Abd Samad
“Saya masih berminat untuk mengetahui alasan Faiz meminta ‘Dia’ berpura-pura menjadi kekasihnya. Saya kini menganggap watak ‘Dia’ hanyalah seseorang yang menerima wang upahan daripada Faiz untuk melaksanakan sesuatu tugas. Apa yang berlaku seterusnya? Saya rasa, ‘Dia’ akan keliru untuk memilih antara kekasihnya dan ‘Faiz’ kerana tidak sanggup melukakan perasaan ibu bapa Faiz yang terlalu berharap.” — Khairani Binti Abd Samad
“Sudah tentu saya berminat untuk membaca sambungan cerita ini kerana pemilihan genre cinta dalam cerpen ini sangat sesuai dengan minat bacaan saya di samping genre-genre yang lain. Saya berpendapat bahawa watak ‘Dia’ dan Faiz saling menyayangi, tetapi ‘Dia’ tidak yakin dengan cinta barunya, yang berkemungkinan akan membawa masalah besar kelak. Ada tiga kemungkinan dalam cerita ini: ‘Dia’ akan tetap bersama dengan kekasihnya, atau bersama dengan Faiz, atau ‘Dia’ dan Faiz akan bersama dengan kekasih yang berbeza. Persoalan dari segi perkara yang akan berlaku seterusnya masih tidak dapat diagak.” — Rupasree a/p Ganesan
“Saya masih berminat membaca cerpen ini kerana saya ingin tahu sejauh mana ‘Dia’ dan Faiz akan membawa permainan berjodoh ini. Saya rasa, Faiz sememangnya ada perasaan cinta terhadap ‘Dia’. Namun, Faiz tidak dapat meluahkan perasaan kerana ‘Dia’ sudah ada kekasih. Pada masa sama, Faiz belum bersedia untuk berkahwin. Pandangan saya tentang apa yang akan berlaku seterusnya masih tidak berubah. Namun, saya mempunyai sedikit kepastian bahawa Faiz dan ‘Dia’ akan bersatu (berkahwin). Cara hidup ‘Dia’ akan mula berubah. Saya berpendapat begitu kerana kemungkinan layanan mesra yang diberi oleh keluarga Faiz, lama-kelamaan membuatkan ‘Dia’ suka.” — Rupasree a/p Ganesan
“Saya masih berminat kerana ada unsur saspens. Terlalu awal untuk mengandaikan apa-apa mengenai watak-watak. Seolah-olah berada dalam landasan tekanan. Tidak dapat diramalkan lagi. Teknik dialog boleh dipelbagaikan dengan teknik penceritaan yang lain. Boleh memerikan unsur alam sebagai menggambarkan nasib ‘Dia’ dengan teknik pemeriaan. Seterusnya dalam cerpen ini, penulis akan merungkaikan siapakah Sang Kekasih.” — Saravanan P. Veeramuthu
“Saya masih berminat untuk membaca sepenuhnya kerana cerita ini tidak memberikan bayangan peleraian langsung. Saya mendapati ‘Dia’ dan Faiz bersikap materialistik dan mementingkan diri sendiri sahaja. Mungkin akan berlaku perubahan dalam watak ‘Dia’. Saya mengagak bahawa Faiz akan menjadi watak utama yang menggerakkan cerita ini.” — Saravanan P. Veeramuthu
“Petikan yang saya baca menarik. Harapan saya, puncak cerpen ini pun mesti menarik untuk dibaca. Watak ‘Dia’ digambarkan sebagai senantiasa mengambil berat tentang watak Faiz manakala watak Faiz digambarkan sebagai tidak mengambil peduli tentang ‘Dia’. Faiz mungkin menghadapi masalah dengan ahli keluarganya kerana telah membawa kekasihnya. Oleh itu, ‘Dia’ akan menolong Faiz untuk cuba menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya Faiz akan memahami betapa pentingnya ‘Dia’ dalam hidupnya.” — Varatharasan Subramaniam
“Saya ingin tahu siapa sebenarnya watak ‘Dia’ dalam cerpen ini dan kenapa dia sanggup berlakon demi wang. Sebelum ini, saya beranggapan watak ‘Dia’ mengambil berat tentang Faiz, tetapi selepas saya membaca petikan ini, baru saya faham dia hanya berlakon demi wang. Saya rasa, pada akhir cerpen ini, ibu bapa Faiz akan tahu bahawa Faiz hanya menipu mereka. Maka, Faiz mesti melakukan sesuatu untuk melepaskan diri daripada masalah ini.” — Varatharasan Subramaniam
Baca juga:Reaksi Pembaca Beta Satu—Reaksi Pembaca Beta Dua— Reaksi Pembaca Beta Tiga—Reaksi Pembaca Beta Empat— Reaksi Pembaca Beta Lima (A).
Setiap reaksi yang diberi amat bernilai dan amat saya hargai dalam usaha berterusan menjadi penulis yang mampu menghasilkan karya bermutu. Saya [Uthaya Sankar SB] mendoakan supaya para pembaca beta terbabit sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki.
↧
Reaksi Pembaca Beta — Cerpen Enam
Saya menulis sebuah cerpen baharu berjudul “Paramapatham” pada 18 Mei 2020. Sejumlah lapan orang rakan bersetuju menjadi pembaca beta.
Petikan awal cerpen itu dikirim kepada mereka pada 21 Mei 2020 dalam tiga bahagian; setiap bahagian sepanjang 80 perkataan. Tajuk cerpen tidak didedahkan.
Selepas membaca Bahagian Satu, pembaca beta menjawab dua soalan. Kemudian, barulah Bahagian Dua dikirim. Akhirnya, Bahagian Tiga dikirim.
Dua soalan yang sama ditanya pada setiap kali:
1. Apakah pandangan anda tentang watak “Dia”?
2. Pada pendapat anda, apa akan berlaku seterusnya?
Berikut dipaparkan reaksi pembaca betayang sudi meluangkan masa membaca petikan awal cerpen berkenaan dan menjawab dua soalan di atas. Reaksi disusun mengikut urutan diterima.
Bahagian Satu (80 perkataan)
“Dia” seorang yang suka berahsia tentang dirinya. “Dia” mempunyai minat yang tersendiri, berlainan daripada orang lain, terutama dalam keluarganya. Rasa-rasanya, “Dia” akan menerangkan secara terbuka kepada tunangnya perkara sebenar yang berlaku kerana tidak mahu berahsia lagi. Kemudian, “Dia” menunggu reaksi dan maklum balas tunangnya. — Parimala Devi a/p Meenakshi Sundram
Saya rasa “Dia” seorang peguam atau pakar psikologi yang berminat dengan kes Anwar. Atau dia mahu menjadi ahli politik. Mungkin “Dia” akan mendedahkan sesuatu yang mengejutkan setelah digasak oleh tunangnya, dan hubungan mereka akan putus. — Thanusya Shanmuganathan
“Dia” mungkin mempunyai kecenderungan ke arah hubungan luar tabii atau hubungan sejenis, tetapi masih pada peringkat permulaan. Pada pendapat saya, tunang “Dia” akan berasa kecewa, namun tetap berusaha untuk membantu “Dia” mengatasi masalah tersebut. — Khairani Abd Samad
Saya berpandangan bahawa “Dia” merupakan seorang gay dan selama ini merahsiakannya daripada pengetahuan keluarga. Mengikut norma masyarakat kita, “Dia” mungkin akan dibuang keluarga dan disisihkan kerana bersifat songsang. — Hidayat Muhamad
“Dia” mungkin seorang yang mempunyai ciri-ciri gender yang berbeza atau “Dia” sedang cuba memahami isu yang dia mula minati itu. “Dia” mungkin bukan salah seorang daripada ‘mereka’ tetapi dia membantu golongan sedemikian untuk mendapat keadilan dan hak yang sama. — Anuradha Chelliah
“Dia” seorang pegawai polis atau peguam yang sedang mengendalikan kes liwat. Mungkin “Dia” akan melindungi seseorang yang dituduh meliwat. Masyarakat sekeliling tidak akan suka perbuatan itu. Tunangnya pula menghalang dan mengesyaki “Dia” mempunyai ‘hubungan’ dengan pesalah. — M. Mahendran
Pada pandangan saya, watak “Dia” merupakan seorang lelaki homoseksual (gay) dan tidak berminat terhadap perempuan. “Dia” akan cuba memberi alasan kepada keluarganya supaya pertunangan itu dibatalkan. — Diviya Devaraj
Saya berpendapat “Dia” terlibat dalam gerakan Reformasi (1998) yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim. Perbuatan dan penglibatan “Dia” dalam politik mungkin tidak akan dipersetujui oleh tunang dan keluarganya. — Jaymani Sevanathan
Bahagian Dua (80 perkataan)
“Dia” bercita-cita tinggi untuk menjadi ahli politik. Oleh sebab itu, “Dia” sanggup menjadi macai politik demi kariernya. Saya berpendapat “Dia” akan menyesali perbuatannya di mana “Dia” akan dikhianati oleh ahli politik dan parti yang disokongnya. — Jaymani Sevanathan
“Dia” berwawasan dan bercita-cita tinggi, serta mementingkan diri sendiri. Mungkin “Dia” akan menyertai mana-mana parti politik atau menubuhkan parti sendiri, dan mula mencetuskan propaganda. — Thanusya Shanmuganathan
Jangkaan saya mengenai perwatakan “Dia” pada awal tadi mungkin tersilap. Dia sebenarnya seorang yang meminati politik. Ada dua kemungkinan tentang apa yang akan berlaku seterusnya. Pertama, dia berada dalam arena politik dengan jujur. Kedua, dia mengubah prinsip dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu dalam politik. — Hidayat Muhamad
Nampaknya “Dia” begitu meminati dunia politik dan cenderung untuk menceburinya secara serius walaupun tahu dunia itu penuh dengan pelbagai cabaran. Mungkin “Dia” akan memastikan dirinya diterima dalam dunia politik dengan apa cara sekali pun. — Khairani Abd Samad
Memang merosot anggapan saya sebelum ini. Rupa-rupanya “Dia” mahu menjadi ahli polit(a)ik. Apa yang pelik, dia mendapat inspirasi selepas Anwar ditangkap (1998). Mungkin “Dia” akan menggunakan teknik-teknik tertentu, yakni cara-cara baharu, untuk menambat hati rakyat dan presiden sesuatu parti. — M. Mahendran
Pada pendapat saya, “Dia” merupakan seorang yang sangat obses dalam bidang politik sehingga sanggup memutuskan pertunangan. Pada pandangan saya, “Dia” akan bertekad untuk menceburi bidang politik. — Diviya Devaraj
Nampaknya “Dia” sangat cenderung dalam isu politik tetapi merahsiakan semuanya kerana belum berani menunjukkan kehandalan diri. “Dia” mungkin akan menjadi ahli politik yang berani kerana sanggup membiarkan tunangnya memutuskan pertunangan demi cita-cita politik. — Anuradha Chelliah
“Dia” seorang yang berani menghadapi cabaran dan berkeyakinan tinggi dalam mencapai impian. “Dia” juga tidak membiarkan apa jua perkara menghalang impiannya. Mungkin “Dia” akan mula bergiat aktif dengan pelbagai cara dalam politik dan menjadi seorang ahli politik yang disegani. Namun, semua itu hanya sementara. — Parimala Devi a/p Meenakshi Sundram
Bahagian Tiga (80 perkataan)
Saya dapati “Dia” adalah seorang yang berbakat dan berpotensi besar dalam politik. Namun begitu, kerjaya “Dia” dalam politik mungkin akan terkubur, atau dia akan melakukan kesilapan lain untuk cuba menutup kesilapan lampau. — Hidayat Muhamad
“Dia” cuba mengembangkan kemahiran dan bakat untuk menjadi seorang politikus, namun tidak akan kesampaian kerana isu peribadi yang bakal ditanggung. Saya mengandaikan “Dia” akan menyesali penglibatan dalam politik kerana ternyata ramai pihak cuba menjatuhkannya. — Jaymani Sevanathan
“Dia” menggunakan jalan pintas untuk mencapai apa yang dicita. Watak Aravan pula menggunakan “Dia” untuk ‘kepentingannya’ sahaja. Saya rasa, “Dia” tidak dapat meneruskan cita-cita sebab Aravan sudah dituduh menjadi hero dalam video seks. “Dia” mungkin tetap berusaha mencapai cita-cita politik dengan cara lain pula. — M. Mahendran
Pada pandangan saya, “Dia” merupakan bakal ahli politik yang sangat arif dan hebat tetapi merupakan seorang lelaki homoseksual. Mungkin “Dia” terpaksa mengaku dan terus berusaha menjadi seorang ahli politik yang berjaya. — Diviya Devaraj
“Dia” ibarat kanak-kanak yang mendapat peluang untuk bermain di taman permainan. “Dia” ‘bermain’ dengan gembira sehingga tiba suatu ketika, “Dia” jatuh tersungkur. Apa yang akan berlaku seterusnya? Sama ada “Dia” membuktikan dirinya bukan orang dalam video itu atau “Dia” disabitkan bersalah dan dikecam netizen. — Thanusya Shanmuganathan
“Dia” bermula dari bawah dengan menggunakan pelbagai strategi tetapi kehebatanya menjadi ancaman kepada Aravan. Kemunculan video itu seperti memberikan plot yang berbeza kepada pembaca. Siapa sebenarnya terlibat dalam video seks itu menjadi persoalan di sini. — Anuradha Chelliah
“Dia” ingin mencapai impian menjadi ahli politik yang bukan sahaja hebat tetapi juga berintegriti. Namun, realiti politik tidak seperti yang diimpikan. Biarpun “Dia” mungkin akan berjaya menjadi ahli politik yang dihormati dan bersih, impiannya akan musnah kerana kalah juga dengan ‘kekotoran’ dalam politik. — Khairani Abd Samad
“Dia” seorang yang pandai mencari peluang dalam memajukan diri dalam politik. “Dia” menggunakan setiap peluang yang ada sehingga menonjol. Saya rasa, selepas ini, peluang “Dia” dalam bidang politik menjadi kabur. Namun atas bakatnya, “Dia” diterima pihak lain. Malah, “Dia” mungkin berubah pihak (parti) untuk meneruskan impian politik. — Parimala Devi a/p Meenakshi Sundram
Perhatikan bagaimana reaksi, pandangan, dan pendapat pembaca beta—secara individuatau secara keseluruhan— berubah selepas membaca Bahagian Satu, Bahagian Dua, dan Bahagian Tiga.
Harap maklum bahawa tidak ada jawapan yang “salah” kerana kesemua jawapan yang diberi oleh kesemua pembaca beta adalah “betul”.
Baca juga —Reaksi Pembaca Beta Satu—Reaksi Pembaca Beta Dua—Reaksi Pembaca Beta Tiga—Reaksi Pembaca Beta Empat—Reaksi Pembaca Beta Lima —Reaksi Pembaca Beta Tujuh.
Anda ingin memahami teknik yang digunakan golongan penulis mapan untuk menghasilkan cerpen yang mampu memancing minat pembaca?
↧
↧
Biodata — Mahamad Fauzi
Mahamad Fauzi bin Ab. Razak @ Ipaumaza dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor. Beliau dibesarkan di Sabak Bernam dan Merbok, Kedah, serta mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Khir Johari sebelum ke Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia). Mahamad Fauzi pernah mengajar tuisyen di Kuala Lumpur pada awal tahun 1990-an sebelum bertugas di syarikat Ayam (NS) Sdn. Bhd. di Serting, Batu Kikir, Negeri Sembilan dan KFC Broiler Farm Sdn. Bhd., Bangi. Kini, beliau berkhidmat di sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Mahamad Fauzi sering diundang menjadi pengacara majlis bagi acara anjuran kerajaan dan swasta. Beliau menyertai Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada Mac 2020. Mahamad Fauzi juga terlibat dalam Projek Antologi Karya Penulis Malaysia. Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]
↧
Reaksi Pembaca Beta — Cerpen Tujuh
Saya menulis sebuah cerpen berjudul “Tukang Kebun” pada 25 Mei 2020 dan membuat penyuntingan pada 26 Mei 2020. Saya sengaja cuba memastikan “gaya” cerpen ini berbeza dengan pendekatan yang digunakan dalam enam cerpen sebelum ini (rujuk pautan di hujung sekali).
Pada 27 Mei 2020, petikan bahagian awal cerpen dikirim kepada beberapa rakan yang sudi menjadi pembaca beta. Mereka bersetuju memberi komen dan reaksi secara ikhlas.
Bahagian Satu (162 perkataan) dikirim bersama-sama satu soalan:
Apakah pandangan dan andaian anda tentang watak “Saya”?
Kemudian, Bahagian Dua (163 perkataan) dikirim dengan satu soalan tambahan:
Bahagian mana dalam petikan cerpen ini [Bahagian 1 + Bahagian 2] yang membosankan bagi anda? Berikan alasan.
Berikut reaksi ikhlas yang diterima daripada para pembaca beta yang sudi membaca petikan awal cerpen yang dikirim. Reaksi disusun mengikut urutan diterima. Seperti biasa, setiap jawapan adalah “betul”.
Bahagian Satu (162 perkataan)
1. Watak “Saya” seorang yang tidak pemalu dan rajin memberi pendapat serta menghulurkan bantuan. — Hidayat Muhamad
2.“Saya” pandai berkebun dan sangat rajin orangnya. Dia ada kaliber untuk menjadi pekebun yang berjaya kelak. — Thanusya Shanmuganathan
3.“Saya” seorang yang wow bagi saya. Minat dalam bidang pertanian, berpengalaman dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang diberikan walaupun menerima upah yang sangat tidak berbaloi. Apabila membuat sesuatu dengan jujur, secara tidak langsung, semua kerja menjadi mudah dan mampu menambah kepercayaan orang lain untuk terus diberikan amanah. “Saya” adalah watak yang cukup positif dan mampu memberi motivasi kepada pembaca. — Rushida Binti Abdul Wahid
4.“Saya” seorang yang rajin dan bijak menggunakan kebolehannya untuk bekerja bagi mendapatkan pendapatan. Peluang yang diberi pandai digunakan sepenuhnya tanpa sia-sia. — Parimala Devi a/p Meenakshi Sundram
5. Watak “Saya” merupakan seorang individu yang gigih, jujur dan ikhlas. Hal ini terbukti kerana beliau tidak memilih pekerjaan walaupun hanya diminta untuk menjaga tanaman wanita itu. “Saya” juga ikhlas bekerja kerana dia sendiri yang rela hati menanam benih cili, tomato, bunga telang, halia, bawang, serai dan terung. Tidak semua orang punyai sikap ikhlas semasa bekerja, iaitu bekerja tanpa perlu diminta dan diarah. “Saya” juga seakan tidak kisah dengan upah yang diterima walaupun hanya RM10. Bersyukur dengan apa yang diterima, itulah sikap yang terbaik. Pada pembacaan saya, watak “Saya” merupakan seorang individu yang benar-benar memerlukan pekerjaan atas desakan hidup. Oleh kerana itu, dia tidak peduli apa jua pekerjaan yang ditawarkan. Atas kegigihan, keikhlasan dan kejujurannya, “Saya” akan ditawarkan pekerjaan yang lebih baik oleh wanita itu dan suaminya. “Saya” akan bekerja lebih gigih dan akan berjaya suatu hari nanti. — Isma Hazwani binti Ismail
6. Pada pandangan saya, watak “Saya” merupakan seseorang yang suka berkebun. Selain itu, “Saya” juga berpengalaman dalam bidang pertanian. — Khairani Abd Samad
7. Pada andaian saya, watak “Saya” adalah seorang gadis dan graduan dalam bidang sains pertanian yang sedang menganggur. Beliau seorang insan yang mencintai alam semula jadi. — M. Mahendran
8. Saya merasakan watak “Saya” merupakan seorang warga emas yang kurang berkemampuan dan mencari pekerjaan. Lantas “Saya” ditawarkan kerja sebagai tukang kebun. — Jaymani Sevanathan
9. Watak “Saya” digambarkan sebagai seorang pemuda yang baik, serba boleh dan ringan tangan. “Saya” juga mudah mesra dengan sesiapa yang baru dikenali. Karektor tersebut berjaya menambat hati pasangan suami-isteri berkenaan. — Mahamad Fauzi bin Ab. Razak
10.“Saya” seorang yang tiada pekerjaan tetapi rajin. “Saya” sanggup membuat apa-apa kerja yang halal untuk mendapatkan nafkah. “Saya” mungkin seorang yang suka menanam sayur-sayuran dan menanti hasil yang bagus. — Anuradha Chelliah
11. Watak “Saya” merupakan seorang yang rajin dan mempunyai minat dalam bidang pertanian. “Saya” juga mempunyai pengetahuan tentang penanaman sayur dengan cara yang betul. — Varatharasan Subramaniam
12. Pada pandangan saya, watak “Saya” merupakan seorang yang rajin dan gemar berkebun. “Saya” juga mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas mengenai berkebun. — Diviya Devaraj
Bahagian Dua (163 perkataan)
1.“Saya” merupakan seorang yang boleh berinteraksi dengan tumbuhan. Mungkin “Saya” mempunyai rancangan tertentu dengan tindakan menanam tumbuhan di rumah tersebut. Perenggan “Pada setiap hujung minggu, saya meluangkan masa …” membosankan kerana sama seperti babak minum teh pada petikan Bahagian Satu. — Hidayat Muhamad
2. Nampaknya, watak “Saya” adalah lelaki. Mungkin juga bukan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT). Tidak ada bahagian yang membosankan. Cuma, pembaca masih tidak tahu siapa “Saya” sebenarnya. — M. Mahendran
3. Pada pendapat saya, kedua-dua bahagian ini tidak membosankan saya kerana ia menarik perhatian saya untuk mengetahui misteri di sebalik watak "Saya". — Diviya Devaraj
4. Nampaknya “Saya” seorang warganegara asing yang bekerja untuk mendapatkan duit bagi menyara hidup. “Saya” tentu kecewa apabila mendengar kata-kata jiran yang sebenarnya tidak tahu latar belakang diri “Saya”. Permulaan cerita agak membosankan kerana penyampaian yang bersahaja. Saya tidak begitu tertarik dengan nama sayur-sayuran yang disebut. Lagipun, watak suami-isteri yang hanya minum teh sambil duduk di beranda ada di Bahagian Satu dan Bahagian Dua. — Anuradha Chelliah
5. Pada pembacaan saya, sejujurnya tiada petikan yang membosankan kerana Bahagian Satu ditulis dengan permulaan yang mampu memancing minat pembaca untuk mengetahui tentang perkembangan watak “Saya” manakala Bahagian Duapula berjaya menarik minat pembaca untuk terus mengetahui perkembangan plot, terutamanya watak jiran itu. — Isma Hazwani binti Ismail
6. Setakat ini, saya tidak merasakan ada bahagian yang membosankan kerana saya masih belum mengetahui plot secara keseluruhan. — Jaymani Sevanathan
7. Nampaknya, ada sesuatu tentang “Saya”. Kenapa dan mengapa “Saya” menjadi begitu positif? Menarik untuk diketahui apa cerita di sebalik seorang “Saya” itu. — Rushida Binti Abdul Wahid
8. Watak “Saya” yang digambarkan mulus mula dicurigai pembaca. Berkemungkinan “Saya” seorang oportunis yang akan memerangkap mangsa. Atau jiran tersebut bermasalah dengan “Saya”. Namun, karektor sebenar “Saya” dijangka akan terjawab pada penghujung cerpen. Bahagian Satu membosankan kerana penceritaan tiada narrative hook. Hanya namaUthaya (penulis) yang mengajak pembaca menyoroti jalan cerita. Narrative hook dan konflik berada pada Bahagian Dua. — Mahamad Fauzi bin Ab. Razak
9. Bahagian yang membosankan saya adalah Bahagian Dua kerana bahagian ini sekadar menerangkan sesuatu yang sudah dinyatakan di Bahagian Satu. — Khairani Abd Samad
10. Watak “Saya” seorang yang berminat dalam bidang perkebunan. Ini menyebabkan “Saya” berkebun kerana minat atau hobi secara jujur. Bahagian Satu membosankan kerana isu di dalamnya tidak mengungkitkan perasaan ingin tahu. Manakala Bahagian Dua lebih membawa persoalan pada diri: Siapakah watak “Saya” sebenarnya? — Parimala Devi a/p Meenakshi Sundram
11. Tidak ada bahagian yang membosankan setakat ini. Perjalanan cerita yang menarik dan tidak membosankan. — Varatharasan Subramaniam
12. Tiada bahagian yang membosankan. Saya terfikir, mengapa ada orang (watak jiran) yang sangsi dengan watak “Saya”? — Thanusya Shanmuganathan
↧
Biodata — Rushida Abdul Wahid
Rushida Abdul Wahidberasal dari Taiping, Perak dan sekarang menetap di Selangor. Seorang suri rumah dan sukarelawan NGO. Juga seorang ibu kepada enam anak yang masih belajar. Beliau meminati bidang sastera dan penulisan walaupun berkelulusan dalam bidang sains. Karya pertama dan terakhir (buat masa ini) tersiar dalam majalah Kuntum sewaktu berada di Darjah 4 atau 5. Aktiviti penulisan tidak diteruskan akibat sibuk dengan urusan harian. Rushida pernah menghabiskan membaca kesemua buku di perpustakaan sekolah rendah dalam masa beberapa bulan sahaja semasa berada di Darjah 6. (Nota: Pada masa lalu, ujian penilaian dibuat semasa belajar di Darjah/Tahun 5, manakala Darjah/Tahun 6 dianggap “tahun bulan madu”.) Rushida menjadi pembaca beta bagi beberapa cerpen Uthaya Sankar SB.
↧
Biodata — Isma Hazwani Ismail
Isma Hazwani binti Ismail dilahirkan di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Changkat Jering dan pendidikan menengah di SMK Taman Tasik, Taiping sebelum melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda perguruan di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi dengan pengkhususan Sains Sosial. Isma juga pemegang ijazah sarjana dalam bidang Pendidikan Pedagogi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kini, beliau berkhidmat sebagai guru di Batu Pahat, Johor. Isma gemar membaca, menulis, melancong dan memasak. Beliau aktif menyertai pertandingan penulisan puisi dan cerpen. Karya Isma mendapat tempat di majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan beberapa antologi anekdot. Beliau menjadi pembaca beta bagi beberapa cerpen Uthaya Sankar SB.
↧
↧
Reaksi Pembaca Beta — Cerpen Lapan
Sebuah faksyen berjudul “Demi Sebuah Legasi” bermain dalam minda sejak 29 Mei 2020, lalu berjaya ditulis pada 1 Jun 2020 dan disunting pada 2 Jun 2020.
Pada 3 Jun 2020, bahagian awal cerpen (intro) — sepanjang sekitar 200 perkataan — dikirim kepada rakan-rakan yang sudi menjadi pembaca beta.
Mereka diminta menjawab dua soalan utama:
1. Apa yang anda fikir tentang watak Krishna, Mogan @ Morgan, James Arivalahan, dan “Aku”?
2. Apa yang anda jangka akan berlaku seterusnya?
Berikut reaksi jujur dan ikhlas yang diterima daripada rakan-rakan budiman yang sudi menjadi pembaca beta. Reaksi disusun mengikut urutan diterima. Seperti biasa, setiap jawapan adalah “betul”. Ilustrasi sekadar hiasan.
1. Pada penelitian saya, watak Krishna merupakan tokoh yang ada legasi tersendiri. Mogan pandai bermuka-muka dan bijak berkata-kata. James Arivalahan seorang yang berani dan mempunyai karisma seorang pemimpin. Watak “Aku” pula mempunyai pemikiran yang tajam. Apa yang akan berlaku seterusnya? Saya jangka Arivalahan akan membuat suatu pengumuman mengejut. — Thanusya Shanmuganathan
2. Krishna seorang pemimpin yang disanjung tinggi dalam kalangan ahli Pertubuhan Politik India(PPI). Mogan @ Morgan cuba mengambil peluang menerajui parti menggunakan taktik kotor. James Arivalahan pula digambarkan sebagai pengganti yang dipilih oleh Krishna untuk menerajui PPI, tetapi diketepikan oleh Morgan. Watak “Aku” seorang ahli yang sudah lama berada dalam parti dan tahu betapa dalam perselisihan antara James dan Morgan. Kisah seterusnya? Ini bergantung kepada tindak tanduk James dan pengikut setianya; sama ada dia ingin mengeruhkan keadaan. — Muhammad Rasyad Mohd Razin
3. Pada pendapat saya, Krishna merupakan seorang yang arif dan berpengetahuan mengenai politik. Morgan seorang pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan gila kuasa. James Arivalahan pula seorang yang berani dan mempunyai rasa tidak puas hati terhadap Morgan. Watak “Aku” mungkin seorang pengikut setia Arivalahan. Pada jangkaan saya, akan berlaku konflik antara Morgan dan Arivalahan. — Diviya Devaraj
4. Nampaknya Krishna seorang ahli politik yang dianiaya Morgan, iaitu seorang ahli politik yang gila atau tamak kuasa. Arivalahan memainkan watak seorang wira yang akan mengubah senario politik. Watak “Aku” merupakan penyokong atau pengundi Arivalahan. Kehadiran Arivalahan pada akhir petikan ini tidak dijangka Morgan dan pasti akan berlaku kekecohan. — Isma Hazwani binti Ismail
5. Bagi saya, Krishna mungkin pelopor parti politik berkenaan. Morgan pula memegang jawatan penting dalam parti sejak dulu. James Arivalahan mungkin orang yang sepatutnya meneruskan legasi Krishna. Watak “Aku” mungkin seorang ahli dalam parti dan juga penyokong Arivalahan yang bakal mengganti tempat Krishna. Kisah seterusnya? Arivalahan akan mempertahankan Krishna sebagai pelopor parti dan akan mempersoalkan kesahihan fakta Morgan. — Shivakumaar Arumugam
6. Saya fikir, Krishna seorang pemimpin, ahli politik senior, berwibawa, berwawasan, serta disegani kawan dan lawan. Mogan seorang yang rakus, pandai mengambil kesempatan, pentingkan diri sendiri dan penipu. James pula seorang pemimpin berkaliber dan setanding kehebatan Krisha, tetapi mungkin mempunyai lebih “aura baik” dalam memimpin. Watak “Aku” seorang pengikut setia gerakan politik tersebut. Saya rasa, “Aku” menaruh harapan tinggi dan percaya gerakan politik tersebut adalah yang terbaik untuk memimpin negara. “Aku” mungkin salah seorang individu penting dalam gerakan politik itu dan ikhlas berkhidmat demi membangunkan masyarakat dan negara. Pada jangkaan saya, akan berlaku percakaran dan pertikaian politik yang berterusan agak lama sehingga rakyat bangun meminta keadilan dilaksanakan. Perlu diperingatkan bahawa kuasa memilih pemimpin adalah kuasa rakyat. Biar rakyat yang memilih siapa harus diangkat menjadi pemimpin tanpa perlu susah payah disogokkan dengan apa jua imbuhan. Apabila rakyat sudah membuat pilihan, maka jalankanlah tugas mengikut wadah yang telah terpilih. Jika dikhianati, kuasa rakyat akan bangun menghukum! — Rushida Abdul Wahid
7. Terlalu banyak watak diperkenalkan dalam satu muka surat. Perkataan “macai” yang digunakan juga agak kontroversi. Watak Krishna mungkin watak putih yang tenggelam dalam kerakusan politik. Mogan politikus berdasarkan populariti atau bilangan pengikut atau sentimen isu semasa. Morgan perlu berwawasan untuk mengalahkan James. Watak James karismatik kerana digambarkan “melangkah megah”. Kemungkinan dia partisan Krishna. Bagi watak “Aku” pula, tiada karakter terserlah. Sebaliknya, tersembunyi di sebalik naratif. Saya menjangka Arivalahan akan melakukan 360 darjah kejutan tetapi Morgan ada bidak terakhir. — Nursilah Ahmad
8. Kemungkinan besar, Krishna seorang ahli yang telah lama terlibat dalam parti dan berjaya memegang posisi (jawatan) agak tinggi. Morgan tampil sebagai seorang yang bercita-cita tinggi untuk mencapai posisi pemimpin dalam parti itu dengan apa jua cara. James pula seorang ahli parti yang mungkin menghargai nilai-nilai kepimpinan Krishna, serta seorang individu yang bersikap kental dan mempunyai pemikiran yang agak bijak dalam menghadapi permainan politik. Watak “Aku” seperti ahli fanclub yang mengagumi James dan mempunyai obsesi untuk memerhati perkembangan parti. Apa yang akan berlaku seterusnya? Mungkin satu melodramapolitik antara dua individu tersebut (Mogan dan James) di hadapan wakil media. Reaksi saya berdasarkan visual dalam fikiran yang dipengaruhi pengalaman menonton filem Tamil. — Yogadevi
9. Saya dapati Krishna tokoh politik yang disegani. Beliau disingkirkan dengan muslihat. Morgan seorang yang gila kuasa dan akan buat apa sahaja demi mendapatkan kuasa. Saya tidak ada idea siapa James Arivalahan. Watak “Aku” mungkin bekerja sebagai pemberita yang sentiasa mengkritik ahli politik. Apa yang akan berlaku seterusnya? Memang tidak ada idea langsung. Cuma, cara James Arivalahan melangkah masuk ke dalam dewan mengingatkan saya kepada babak dari filem Annamalai(1992). — M. Mahendran
10. Saya berkali-kali membaca petikan awal cerpen ini yang penuh dengan tanda tanya. Krishna seorang yang sangat lama dalam politik dan tahu segala-galanya. Mogan pula budak baharu yang berlagak kononnya tahu semua. Saya rasa, Arivalahan adalah masterminddalam cerita ini. Watak “Aku” boleh jadi seorang penyampai maklumat untuk kedua-dua pihak dalam cerpen ini. Pada jangkaan saya, segala pertanyaan wartawan akan terjawab kerana Arivalahan akan mengambil alih “pentas”. — Anuradha Chelliah
11. Krishna merupakan bekas ahli politik dengan sejarah yang bagus. Mogan @ Morgan pula ahli politik yang ingin menyambung legasi Krishna tetapi tiada pengalaman. Arivalahan merupakan ahli politik yang berpengalaman tetapi tidak diundang ke sidang media. Watak “Aku” adalah watak utama yang melangkah masuk ke dunia politik dengan bantuan Morgan. Apa yang bakal berlaku? Saya rasa, Morgan akan memperkenalkan “Aku” sebagai pengganti Krishna pada sidang media yang diadakan. — Shasikala Tamil Kalanathan
12. Krishna mungkin mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang politik. Mogan merupakan orang yang suka mengambil peluang dalam situasi yang memberikan keuntungan kepada dia. Saya rasa, James Arivalahan yang sepatutnya mengambil alih tempat Krishna dalam Pertubuhan Politik India (PPI). Watak “Aku” pula mungkin setiausaha PPI dan tahu karakter sebenar setiap ahli/pemimpin PPI. Apa yang berlaku seterusnya? Saya jangka semua wartawan mula menyoal posisi James dalam PPI. Lalu, James akan beritahu bahawa dia akan ikut arahan pengerusi baharu untuk mencipta sejarah. Jawapan James akan membuatkan Mogan mencurigai perlakuan James. — Varatharasan Subramaniam
13. Krishna seorang yang berkaliber dan disegani masyarakat. Dia juga orang yang dipercayai. Sementara itu, Mogan nampaknya menangguk di air yang keruh dan mahu perhatian. James disegani masyarakat dan masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti. Watak “Aku” pula seorang pemerhati yang tidak bersetuju dengan Morgan. Saya rasa, Arivalahan akan hanya berdiri dan menonton/mendengar ucapan Morgan. Kehadira Arivalahan pasti mendapat perhatian wartawan untuk mengajukan soalan. — Noraziana binti Aziz
Saya rakamkan ribuan terima kasih kepada para pembaca beta yang sudi meluangkan masa membaca dan memberi reaksi ikhlas. Pasti sahaja komen rakan-rakan ini membantu saya menjadi penulis yang lebih baik.
Baca juga —Reaksi Pembaca Beta Satu—Reaksi Pembaca Beta Dua—Reaksi Pembaca Beta Tiga—Reaksi Pembaca Beta Empat—Reaksi Pembaca Beta Lima—Reaksi Pembaca Beta Enam. —Reaksi Pembaca Beta Tujuh.
↧
Biodata — Nanthini Nadarajan
Nanthini a/p Nadarajan lahir dan membesar di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil YMHA dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di tempat kelahiran. Kini, Nanthini merupakan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) dan sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan pengkhususan dalam Pendidikan Khas Pemulihan. Beliau mempunyai minat membaca dan menulis cerpen sejak di bangku sekolah. Nanthini melibatkan diri dalam pertandingan cerpen dan puisi Bahasa Tamil. Beliau menghasilkan buku bergambar berjudul Kemanisan (2020). Penulisan anekdot bertajuk “Bukan Setakat Impian” termuat dalam antologi Aksara Inspirasi II terbitan AID Conference. Nanthini menyertai Resensi Buku Puisi 2020 peringkat ASEAN, Sayembara Menulis Puisi Covid-19, dan Program Bacaan Puisi Hari Guru 2020 peringkat ASEAN. Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]
↧
Sastera dan Picisan Bersatu … Tiada?
[Berikut adalah petikan yang disunting dan diringkaskan daripada bahagian “Prakata” buku Kumpulan Fiksyen Uthaya.]
Walaupun saya bermula dengan menulis di majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta akhbar Mingguan Malaysia, cerpen-cerpen saya turut mendapat tempat di pelbagai media penyiaran lain yang dianggap bukan arus perdana, bersifat alternatif, tabloid, malah picisan (murahan).
Perkembangan politik tanah air kekal menjadi sumber idea bagi saya dalam penulisan cerpen sejak tahun 1990-an. Politik di sini tidak semestinya terhad kepada parti politik dan politikussemata-mata. Cerpen “Legasi” perlu dibaca pada pelbagai lapis makna. Jika tidak, ia akan menjadi sehambar perkembangan politik tanah air pasca Pilihan Raya Umum Ke-14.
Cerpen “Sumanti” adalah usaha kecil mendokumentasi kemungkinan pengalaman segelintir buruh asing di Malaysia. Tentu sahaja kisah cuba disampaikan dengan memanfaatkan gaya penulisan thriller, saspens, red herring, dan unsur luar dugaan.
Aspek-aspek serupa cuba diterapkan dalam cerpen “Hadiah” yang relatif lebih pendek. Saya membimbing peserta Antologi Karya Penulis Malaysia menulis cerpen dan esei sekitar 500 patah perkataan. Maka, saya juga wajar mengamalkannya, bukan?
Ada Apa Dengan Fiksyen?
Cerpen “Kakak” masih mengangkat kisah kekeluargaan; dengan mementingkan aspek emosi, komunikasi, dan interaksi antara watak, situasi, dan kisah silam. Ini sebuah lagi cerpen yang sengaja ditulis dalam lingkungan 500 patah perkataan.
Sebuah lagi cerpen dalam lingkungan 600 perkataan adalah “Paramapatham”. Ia disampaikan secara ringkas-padat sambil berusaha memancing dan mengekalkan minat serta rasa ingin tahu pembaca.
Dalam cerpen “Perang” pula, wujud penceritaan selari (parallel) membabitkan watak Arjunadalam epik Mahabharata, dan watak Arjunan, seorang lepasan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang mengaku tidak pernah membaca karya agung berkenaan.
Bagaimana minda segelintir macai dan politikus berfungsi dan berubah-ubah seperti mengalami masalah neurosis? Cerpen “Putaria” mengisahkan seorang individu — anda pasti mengenalinya — yang sepatutnya menjadi pemimpin, tetapi kecewa, lalu mengatur strategi jangka panjang bagi menghancurkan seluruh keturunan.
Cerpen “Remaja” ditulis sejurus sebelum Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson; sewaktu Anwar Ibrahim dikatakan masih aktif berjoging dan mengutip sampah di pantai. Juga sebelum Wan Azizah Wan Ismail merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia di Putrajaya.
Apa Akan Berlaku Seterusnya?
Apa yang akan berlaku apabila seorang individu mengundang wakil media berkumpul, lalu menanggalkan tudung di hadapan orang ramai? Dalam cerpen berjudul “Tudung”, sedikit demi sedikit, pembaca didedahkan dengan maklumat yang membawa kepada kemuncak cerita.
Cerpen “Hanuman” meneruskan tradisi dan minat saya mengangkat kisah-kisah daripada epik Ramayana sejak tahun 1990-an. Hanumanyang diutuskan oleh Ramake Langka dalam Ramayana, pulang membawa berita mengenai Sita. Tentulah khabar yang dibawa dalam cerpen ini agak berbeza dengan apa yang disangka pembaca.
Saya amat jarang — dan tidak pandai — mengarang cerita cinta. Cerpen “Kekasih” mungkin merupakan satu usaha memenuhi kekuranganitu. Atau sekurang-kurangnya, demikianlah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan reaksi ikhlas yang diterima daripada 18 orang pembaca beta.
Watak Cathy dalam cerpen “Isteri” merupakan seorang wanita yang memahami, menyedari, mengakui, serta memperakukan hakikat kelahirannya di bumi sebagai manusia adalah semata-mata untuk menjadi isteri ketiga.
Cerpen “Kebun” adalah sebuah karya yang mendapat reaksi seperti “membosankan”, “saya tidak begitu tertarik”, “tiada narrative hook”, dan “tidak mengungkitkan perasaan ingin tahu” daripada sebahagian pembaca beta.
Fiksyen dan Faksyen
Cerpen “Hujan” mungkin dianggap sedikit berat kerana lebih mengutamakan idea (pemikiran) berbanding aksi (fizikal). Lebih memberatkan dan mengutamakan makna tersirat berunsur sastera yang mungkin sedikit sukar ditafsir secara harafiah.
Turut dimuatkan dalam buku ini adalah fiksyen “Ugut” yang berciri pulp fiction(fiksyen picisan, fiksyen murahan), menggabungkan unsur-unsur saspens, misteri, thriller, politik, kritikan sosial, seks, seksualiti, ugutan siber, cangkuk naratif, dan twist. Perlu juga dinyatakan — diingatkan— bahawa banyak dialog bahasa Inggeris dan bahasa rojak sengaja digunakan dalam fiksyen ini.
Latar masa adalah pada tahun 2011. Sebelum wujud Paradigm Mall di Kelana Jaya. Malah, rakaman klip video hubungan seks melibatkan seorang lelaki “menyerupai” Anwar Ibrahimhanya disimpan dalam pemacu pena (pendrive) sebelum ditayangkan kepada wakil media secara tertutup.
Sekiranya kita rajin mengikuti perkembangan politik tanah air, maka akan kelihatan seolah-olah ada hubungan paralel antara fiksyen dan realiti. Saya sengaja tidak menggunakan label faksyenpada kali ini kerana mahu pembaca menikmati kesemua cerita sebagai fiksyen semata-mata.
[Petikan di atas merupakan versi yang disunting dan diringkaskan daripada “Prakata” buku Kumpulan Fiksyen Uthaya. ©Uthaya Sankar SB]
↧
Mencari Keunikan dalam Karya
Berikut adalah petikan/sedutan (ringkas) sebahagian pandangan yang dikongsi oleh rakan-rakan budiman untuk dimuatkan pada bahagian “Pengantar” Kumpulan Fiksyen Uthaya. Pandangan penuh boleh dibaca dalam buku.
“Uthaya berjaya mencipta cangkuk naratif dan …” —Thanusya Shanmuganathan(Petaling Jaya, Selangor)
“Karya-karya Uthaya bersifat dinamik dan kreatif, serta …” — Diviya Devaraj(Bukit Mertajam, Pulau Pinang)
“Pembaca bukan sahaja dibawa untuk memahami jalan cerita, malah …” — Rushida Abdul Wahid(Meru, Selangor)
“Cerpen-cerpen Uthaya membawa aspek kebudayaan yang digabung dengan …” —Khairani Abd Samad(Sungai Buloh, Selangor)
Jika anda pernah membaca karya-karya (fiksyen) saya dan mahu berkongsi pandangan untuk dimuatkan pada bahagian “Pengantar” buku terbaharu, sila hubungi WhatsApp011–11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.comselewat-lewatnya pada 15 Julai 2020.
Baca juga — [36 Sebab Anda Perlu Membaca Karya Uthaya] — [Pandangan Pembaca Budiman] — [Harapan Pembaca] — [Bagaimana Uthaya Mula Menulis]
↧
↧
Penyumbang Budiman Kumpulan Fiksyen
Berikut senarai nama para insan budiman yang tampil menghulurkan sumbangan ikhlas dalam bentuk tempahan awal berbayar (paid pre-order) — sehingga 31 Oktober 2020— untuk dijadikan modal sosial(social capital) bagi menampung sebahagian kos mencetak Kumpulan Fiksyen Uthaya.
Para penyumbang budiman ini akan menerima naskhah masing-masing sebagai tanda penghargaan, sebaik buku terbit (dijangka pada Disember 2020).
Nama-nama disusun mengikut urutan sumbangan diterima. Hanya nama penyumbang sehingga 30 September 2020dapat dimasukkan dalam buku.
1. Jayaprakash Jayachandran (Senawang, Negeri Sembilan)
2. Murali Mohan(Kota Tinggi, Johor)
3. Subashini Thiyagarajan (Puchong, Selangor)
4. Anuradha Chelliah(Banting, Selangor)
5. Prem Kanna Dorairaj (Rawang, Selangor)
6. Muhamad Tarmize Mohd Nor (Ipoh, Perak)
7. Joel Ruben a/l John (Kajang, Selangor)
8. Khirjaa Palanisamy (Kelana Jaya, Selangor)
9.
10.
Mahu turut menyumbang bagi menjayakan penerbitan buku ini? [KLIK DI SINI]
Baca juga — [36 Sebab Anda Perlu Membaca Karya Uthaya Sankar SB] — [Pandangan Pembaca Budiman] — [Biodata Sasterawan Kavyan]— [Biodata Uthaya Sankar SB] — [Harapan Terhadap Karya Uthaya] — [Bagaimana Uthaya Mula Menulis] — [Reaksi Pembaca Beta] — [Senarai Buku Uthaya]
Dapatkan juga — [Antologi Karya Penulis Malaysia]
Sila hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp011-11411952 (Uthaya) jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan.
↧
Biodata — Santhiavathi Ramasamy
Santhiavathi Ramasamy lahir dan membesar di Sungai Petani, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di SK St.Theresa dan SMK Ibrahim, Sungai Petani serta Kolej Matrikulasi Kelantan, sebelum melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Geologi) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Santhiavathi mempunyai minat membaca buku-buku fiksyen selain mendalami ilmu sains geologi. Beliau aktif dalam badan beruniform Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) dan memperoleh pangkat Leftenan Muda sukarela dalam Pertahanan Awam Malaysia. Penggunaan Bahasa Malaysiasebagai bahasa pengantar dalam pengajian di UKM mendorong beliau meminati dan mempunyai kesungguhan dalam penulisan karya. Dua artikel Santhiavathi sudah tersiar di majalah Dewan Kosmik dan beliau juga terlibat dalam Projek Antologi Karya Penulis Malaysia. Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]
↧
Biodata — Salma Dhineswary
Dhineswary@ Salma Dhineswary lahir dan membesar di Jerantut, Pahang, serta kini tinggal di Rawang, Selangor. Beliau merupakan graduan sarjana muda Bahasa dan Linguistik dari Universiti Malaya (UM) kini berkhidmat sebagai pendidik. Dhineswary berjinak dalam bidang penulisan sejak bangku sekolah. Karya-karya bahasa Tamil pernah tersiar di majalah dalam talian Thinnaidan Vallinam sejak 2006. Dhineswary gemar menulis sajak dan prosa. Beliau juga mempunyai kelebihan dalam bidang terjemahan dan telah menterjemah cerpen Sasterawan Negara Datuk A. Samad Saiddan Uthaya Sankar SB kepada bahasa Tamil [contoh]. Dhineswary aktif dalam program anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan karya beliau termuat dalam antologi Peluru Aksara(2020). Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]
↧
Biodata — Rekka Baskaran
Rekka Baskarandilahirkan di Kuala Lumpur dan kini menetap di Rawang, Selangor. Beliau bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran dan Penulis di sebuah hospital swasta di Kota Damansara. Rekka mula berjinak dengan dunia penulisan semasa di bangku sekolah. Antara hasil penulisannya ialah novel Love You Forever (2016) terbitan Alaf 21 dan Maya (2017) terbitan SR Publication. Beliau yang menggunakan nama pena Nia Reiya juga pernah memenangi hadiah kedua pertandingan mengarang cerita seram menerusi novel Maya. Rekka menyertai Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara (Mac 2020). Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]
↧
↧
Putaria: Reaksi Pembaca Beta
Sejumlah rakan sudi meluangkan masa menjadi “pembaca beta” bagi petikan salah sebuah cerpen (petikan awal sepanjang sekitar 600 perkataan) yang bakal terbit dalam buku Putaria. Sila klik di sini untuk maklumat berkaitan.
Pembaca beta diminta membaca petikan sekitar 100 patah perkataan dan menjawab soalan “Apa yang akan berlaku seterusnya?” sebelum petikan seterusnya (sekitar 100 patah perkataan) yang diakhiri dengan soalan sama dikirim kepada mereka.
Petikan cerpen dikirim dalam enam bahagian. Berikut dipaparkan reaksi ikhlas rakan-rakan yang sudi menjadi pembaca beta. Para pembaca beta — sama ada penulis atau bukan penulis — ternyata berfikiran amat kreatif dan imaginatif! Harap maklum bahawa kesemua jawapan adalah betul.
Selepas membaca Petikan 1:
Mogan akan mendapat sokongan daripada para pengikutnya yang masih tidak dapat menerima kenyataan dirinya disingkirkan dari parti. — Sa’adiah Shuib
Tiba-tiba pintu akan dibuka. Semua macai dan wartawan terdiam, sementara kedengaran bisik-bisik dengan suara terkejut. Morgan tergamam di pentas dewan. — Parimala Devi Meenakshi Sundram
Morgan sekali lagi menyatakan bahawa keadaan negara akan terkawal di bawah pemerintahannya. Dia berharap para macai sentiasa bersatu hati demi parti yang sangat disayangi. — Nor Azian Azami
Saya rasa Krishna akan muncul dan membuat kejutan. — Thanusya Shanmuganathan
Arivalahan sedang menonton siaran langsung sidang media itu menerusi media sosial dan terus menghubungi Morgan. Telefon bimbit Morgan bergetar di dalam poket seluar, tetapi tidak dipedulikannya. — Razlina Razali
Arivalahan tiba-tiba munculkan diri bersama beberapa rakannya di sidang media itu. Pandangan semua wartawan akan beralih kepadanya. — Varatharasan Subramaniam
Arivalahan akan muncul di pintu masuk bersama para penyokong setia. Morgan gementar, namun dia tidak menunjukkan rasa gementar itu dan buat tidak tahu sahaja. — M. Mahendran
Pembohongan demi pembohongan yang kononnya adalah benar akan terus dilontarkan oleh sang politikus. Hairan sungguh, para pengikut bagai terkunci akal dipukau. — Rushida Abdul Wahid
“Tugas utama kita pastilah mengukuhkan parti baharu ini dengan meyakinkan rakyat bahawa kitalah yang bakal merubah masa depan negara!” suara Morgan bergema lagi. — Fadhilah Ahmad
Selepas membaca Petikan 1–2:
Polis tiba di lokasi kejadian dan meminta semua wakil media dan orang ramai bersurai. — Sa’adiah Shuib
Rasa terkejut Morgan disembunyikan dengan senyuman dan dia mempersilakan Arivalahan ke pentas. Setiap mata di dewan terus memandang ke arah Morgan; menunggu reaksinya. — Parimala Devi Meenakshi Sundram
Politikus yang sentiasa bermain dengan fitnah bukan fakta pasti akan takut dengan bayang-bayang sendiri. — Rushida Abdul Wahid
Mogan yang tidak tahu hendak cakap apa dalam ucapannya, mula tergagap-gagap. James Arivalahan memandang tajam ke arah Mogan. Mogan tidak dapat meneruskan ucapannya. Dewan hingar-bingar. Semua mata memandang Arivalahan. Arivalahan naik ke pentas. Dia membatalkan sidang media. — M. Mahendran
Seorang wartawan berlari ke arah Arivalahan dan bertanya apakah tujuan dia datang ke sidang media berkenaan. Arivalahan menjelaskan bahawa dia hanya hendak bercakap dengan pengerusi baharu parti. — Varatharasan Subramaniam
Arivalahan naik ke pentas dan menolak Mogan ke tepi, lalu berdiri megah menghadap para wartawan yang sibuk mengambil fotonya. — Thanusya Shanmuganathan
Arivalahan terus menuju ke arah Morgan. Dia berhenti betul-betul di depan Morgan. Reaksi mukanya masih kosong. Dewan sunyi sepi beberapa ketika. — Razlina Razali
Selepas membaca Petikan 1–3:
Mariammah ialah jutawan kaum India yang sentiasa berada di belakang mereka untuk membantu. — Sa’adiah Shuib
Krishna bercadang mahu mendapatkan bantuan kewangan melalui Mariammah. Mariammah mempunyai rangkaian kenalan yang hebat belaka. Mungkin ramai yang akan sanggup membantu. — Rushida Abdul Wahid
Siapakah Mariammah? Saya rasa wanita itu akan memberi Krishna wang yang diperlukan. — Thanusya Shanmuganathan
Watak “Aku” dan Arivalahan terkejut setelah mengetahui siapa Mariammah sebenarnya. Krishna menyakinkan mereka bahawa Mariammah boleh menolong mengatasi masalah yang dihadapi. — Parimala Devi Meenakshi Sundram
Arivalahan terkejut mendengar kata-kata Krishna. Kemudian, dia bertanya kepada Krishna, sejauh manakah hubungannya dengan Mariammah sekarang. — Varatharasan Subramaniam
Mariammah merupakan anak seorang jutawan. Entah bagaimana Mariammah sudah jatuh cinta terhadap Krishna. Mungkin disebabkan kaliber Krishna dalam memimpin parti, selain memiliki rupa paras yang tampan. Mariammah sedia menampung semua kos dan perbelanjaan parti. — M. Mahendran
Selepas membaca Petikan 1–4:
Mogan akan menggunakan kisah silam Mariammah untuk menjatuhkan Krishna. — Thanusya Shanmuganathan
Watak “Aku” hanya berdiam diri tanda tidak berkenan dengan hubungan tersebut. Arivalahan pula cuba mengubah tajuk perbincangan. Krishna memahami perasaan mereka. — Parimala Devi Meenakshi Sundram
Kelihatan Krishna sedang berbual-bual menggunakan telefon bimbitnya di suatu sudut yang agak jauh daripada rakannya agar tidak keterlihatan. — Sa’adiah Shuib
Krishna dan Mariammah semasa zaman remaja adalah sahabat yang bersama secara lantang memperjuangkan nasib kaum mereka yang ditindas. Oleh kerana suatu peristiwa yang terjadi, mereka terpaksa melalui haluan berbeza. — Rushida Abdul Wahid
Arivalahan sebenarnya tertekan. Mariammah mahukan jawatan dalam parti pimpinan Arivalahan. Arivalahan tidak bersedia untuk itu. Mengetahui perkara ini, Morgan bertindak menyisihkan Arivalahan dari parti. Arivalahan tidak berganjak. Apa yang penting, duit dalam akaun banknya melimpah. Dia akan menjadikan Mariammah sebagai pengerusi parti. — M. Mahendran
Krishna faham akan niat sebenar Arivalahan. Dia memberitahu Arivalahan tentang hubungan sebenar dia dengan Mariammah; iaitu mereka hanya berkawan atas kepentingan politik. — Varatharasan Subramaniam
Selepas membaca Petikan 1–5:
Arivalahan bertekad meneruskan cita-cita dan visi Krishna. Perjuangan parti perlu berlandaskan matlamat awal penubuhan. Kalau pun perlu diberi nafas baharu, kena pastikan ia kekal atas landasan asal. — Rushida Abdul Wahid
Mariammah meneruskan perjuangan Krishna. Dia juga merancang untuk menuntut bela atas kematian Krishna. — Thanusya Shanmuganathan
Tiga das tembakan kedengaran sejurus polis tiba di sidang media haram tanpa permit itu. — Sa’adiah Shuib
Malam itu, Arivalahan menerima panggilan telefon dari nombor yang tidak diketahui. Suara seorang perempuan mengatakan dia mahu berjumpa dengan Arivalahan. — Varatharasan Subramaniam
Walaupun Arivalahan tidak percaya akan kata-kata Mariammah, dia terpaksa dan dipaksa. Morgan yang sudah tahu muslihat Mariammah, tidak berdiam diri. Dia juga mengatur langkah. Sebagaimana dia menghapuskan Krishna, begitulah dia boleh hapuskan yang lain. — M. Mahendran
Watak “Aku” tersedar apabila Arivalahan membuat pengumuman bahawa Krishna akan kembali. Seluruh Dewan riuh. Wajah Morgan jelas menunjukkan rasa tidak puas hati. — Parimala Devi Meenakshi Sundram
Selepas membaca Petikan 1–6:
Dalam suasana genting itu, tiba-tiba Mariammah muncul bersama seorang anak muda; wajahnya persis wajah Krishna. Mariammah terus naik ke pentas, merampas mikrofon dan lantang berkata: “Saya ada bukti bahawa mereka berdua ini adalah pembunuh! — Rushida Abdul Wahid
Pergelutan berlaku antara mereka. Polis tiba tepat pada masanya. Sekujur tubuh terbaring kaku. — Sa’adiah Shuib
Semasa Morgan merampas mikrofon, dua das peluru dari jauh mengena dadanya dan dua lagi das tembakan mengena dada Arivalahan. Kedua-dua mereka mati dengan serta-merta. Orang lain berlari meninggalkan dewan. — M. Mahendran
Morgan sambil tersenyum menyembunyikan perasaan marah. Dia menyatakan bahawa parti perlu mengadakan mesyuarat sebelum mengambil keputusan. Watak “Aku” mula merasai ketegangan dalam parti. — Parimala Devi Meenakshi Sundram
Tanpa mikrofon, Arivalahan meninggikan suara, lalu mendedahkan bahawa Krishna telah dibunuh oleh Mogan, dengan bantuan “seseorang” yang tidak disangka-sangka. — Thanusya Shanmuganathan
Ternyata para pembaca beta memiliki daya kreativiti yang hebat. Malah, tidak dapat dinafikan bahawa ada beberapa “cadangan” dan “andaian” mereka hampir mengatasi kisah yang terkandung dalam cerpen asal saya!
Ceramah “Plot A Murder: Merangka Cerita” (16 Ogos 2020) mengkhusus kepada teknik menyusun plot yang padat serta mampu menarik minat pembaca dari mula hingga akhir, khususnya dalam memastikan pembaca tidak dapat mengagakdengan mudah apa yang akan berlaku seterusnya dalam cerita yang sedang dinikmati.
Ceramah yang dijadualkan pada 30 Ogos 2020 bertajuk “Watak! Jangan Dedahkan Identiti” di mana saya “mengajar” penulis cerpen supaya jangan mendedahkan identiti dan maklumat diri watak kepada pembaca. Tentu ada sebab mengapa saya menyarankan demikian.
Menerusi kesemua karya dalam Putaria: Kumpulan Fiksyen Bahasa Malaysia (2020), saya turut berusaha menangani teknik plot dan pemaparan watak seperti ini sebaik-baiknya. Semoga mampu membuatkan para pembaca menikmati kesemua karya dari mula hingga akhir.
↧
Putaria: (Lagi) Reaksi Pembaca Beta
Beberapa rakan budiman bersetuju menjadi “pembaca beta” dan membaca petikan awal (sekitar 500 perkataan) salah sebuah fiksyen yang bakal terbit dalam buku Putaria.
Sila [klik di sini] untuk membaca reaksi sekumpulan pembaca beta bagi sebuah fiksyen lain dalam buku sama.
Bagi fiksyen ini, petikan pertama (sekitar 100 perkataan) dikirim dan pembaca beta diminta menjawab satu soalan. Kemudian, petikan kedua dikirim. Begitulah seterusnya.
Berikut pandangan ikhlas pembaca beta yang terus kekal dalam “permainan” sehingga petikan kelima.
Petikan 1 – Apakah maklumat yang anda boleh agakmengenai watak “Saya” menerusi petikan yang diberi?
Watak “Saya” seorang individu yang diberhentikan kerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lalu terpaksa membuat sesuatu untuk mengisi perut. “Saya” sanggup membuat apa sahaja. — Anuradha Chelliah
Watak “Saya” seorang graduan pertanian yang menganggur dan pecinta alam semula jadi. — M. Mahendran
Watak “Saya” seorang yang rajin dan mempunyai pengetahuan dalam bidang pertanian. Sesuai bekerja sebagai tukang kebun. — Nor Azian binti Azami
Petikan 2 – Apakah maklumat tambahan yang anda boleh agakmengenai watak “Saya” menerusi petikan yang diberi?
Watak “Saya” mempunyai rancangan lain setelah melihat kebaikan pasangan suami isteri tersebut. “Saya” cuba mendapat tempat di hati mereka berdua agar akan tercapailah impiannya di kemudian hari. — M. Mahendran
Watak “Saya” sangat rajin dan tidak berkira dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. “Saya” melakukan kerja seikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan. — Nor Azian binti Azami
Watak “Saya” seorang yang kurang bercakap tetapi rajin. Suka pada tanaman. “Saya” lebih menumpukan perhatian pada kerja berbanding ganjaran (bayaran) yang diberi oleh suami isteri itu. — Anuradha Chelliah
Petikan 3 – Apakah maklumat baharu yang anda boleh agak mengenai watak “Saya” menerusi petikan yang diberi?
Watak “Saya” mungkin juga orang baik; tidak seperti yang saya nyatakan tadi. “Saya” melakukan tugas berkebun itu sebagai hobi. — M. Mahendran
Watak “Saya” berasa dirinya tidak dipercayai orang. Dia mula rasa kurang senang dengan jiran yang cuba mempengaruhi pasangan suami isteri dengan kata-kata negatif. — Anuradha Chelliah
Watak “Saya” dalam petikan adalah seorang yang tenang dan nampak daif. Tapi dalam kedaifannya, ada juga orang yang masih tidak senang dengan perlakuannya, sehingga memungkinkan dia difitnah. — Nor Azian binti Azami
Petikan 4 – Apakah maklumat yang anda kini sudah tahu mengenai watak “Saya”?
Watak “Saya” seorang yang berpelajaran, malah mempunyai kelebihan dalam kerja-kerja tangan. Situasi semasa memaksa “Saya” mencari nafkah dengan pelbagai cara. — Anuradha Chelliah
Watak “Saya” adalah seorang individu yang berpelajaran tinggi tetapi tidak memilih kerja; walaupun hanya kerja tukang kebun. — Nor Azian binti Azami
Watak “Saya” seorang yang serba boleh. “Saya” kasihankan pasangan suami isteri itu. Mereka mungkin pernah berbakti kepada keluarga “Saya” pada suatu ketika dahulu. — M. Mahendran
Petikan 5 – Apakah maklumat yang anda masih belum tahu dan ingin tahu mengenai watak “Saya”? Apa agaknya yang akan berlaku selepas ini?
Saya (pembaca) masih belum tahu mengenai asal usul watak “Saya” dalam petikan cerita. Adakah dia tinggal berdekatan? Siapakah keluarganya? Bagaimanakah keadaan dirinya dari segi fizikal; tua atau muda? Saya mengagak bahawa watak “Saya” dalam cerita ini akan menerima satu dugaan yang tidak disangka. Misalnya, rumah itu dipecah masuk tanpa pengetahuannya dan watak “Saya” akan dituduh atas kejadian itu. — Nor Azian binti Azami
Saya masih belum tahu dan ingin tahu siapakah watak “Saya” sebenarnya. Mengapa dia sangat mengambil berat tentang pasangan itu? Adakah dia mempunyai motif tertentu? Saya mengagak bahawa pada minggu seterusnya, watak “Saya” bukan sahaja menyiram pokok bunga, malah akan membersihkan rumah itu sepenuhnya dan mengatur mana yang perlu. — M. Mahendran
Watak dan perwatakan “Saya” masih samar-samar walaupun dia tahu serba-serbi tentang tanaman. Siapakah dia sebenarnya? Saya mengagak bahawa watak “Saya” akan menjaga rumah si suami isteri itu dengan baik sebagaimana dia menjaga tanaman mereka selama mereka tiada di rumah. — Anuradha Chelliah
Reaksi yang diberi oleh pembaca beta sangat menarik dan kreatif. Ada pelbagai andaian yang menunjukkan persamaan dan perbezaan pandangan tentang watak dan perwatakan “Saya” dalam petikan fiksyen berkenaan. Kesemua jawapan adalah betul, logik, dan rasional.
Pembaca beta juga berkongsi tentang perkara-perkara yang ingin diketahui mengenai watak “Saya”, selain andaian tentang apa yang mungkin berlaku seterusnya.
Jika mahu tahu sejauh mana pembaca beta berjaya “mengagak” dan “meneka” identiti dan maklumat diri watak “Saya”, serta apa yang berlaku seterusnya, bolehlah dibaca dalam buku Putaria: Kumpulan Fiksyen Bahasa Malaysia.
↧
Kandungan Buku Putaria
Berikut sajian fiksyen yang termuat dalam buku Putaria: Kumpulan Fiksyen Bahasa Malaysia:
Prakata — Sastera dan Picisan Bersatu … Tiada?
Pengantar — Mencari Keunikan dalam Karya
1. Demi Sebuah Legasi
2. Detik Hati
3. Di Mana Sumanti?
4. Di Sisi Aminah
5. Hadiah Untuk Tuan
6. Kakak dan Kegelapan
7. Paramapatham
8. Pemuda Dirindui
9. Perang Dalam Minda
10. Pesanan Asmara
11. Putaria
12. Remaja Dalam Almari
13. Rusuhan Minda
14. Sal Buka Tudung
15. Sampaikan Khabar Ini, Hanuman
16. Sampailah Waktu
17. Sang Kekasih
18. Sapaan Amaran
19. Sayap Emas Isteri Ketiga
20. Syarikat Bumiputera
21. Tukang Kebun Migran
22. Ugut
23. Varuna dan Hujan
24. Wan dan Amri
Biodata Penulis —[Uthaya Sankar SB]
Senarai Penyumbang — [lihat di sini]
Lihat senarai nama penyumbang bagi buku-buku saya sebelum ini: Nari! Nari! (2015) — Mandala Bicara (2016) — Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) — Thirukkural dan Megha Duta (2018) — Ramayana dan Mahabharata (2019) — Vetalam dan Vikramaditya(2020).
Bacaan berkaitan — [40 Sebab Anda Perlu Membaca Karya Uthaya] — [Pandangan Pembaca Budiman] — [Bagaimana Uthaya Mula Menulis] — [Genius: Proses Kreatif Uthaya]
↧