Quantcast
Channel: Bahan Arkib dan Rujukan
Viewing all 220 articles
Browse latest View live

Biodata Roshidayu Che Mat

$
0
0
Roshidayu Che Mat dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Kamil dan SMV Tanah Merah sebelum meneruskan pengajian diploma di Maktab Perguruan Ampuan Afzan, Kuantan. Roshidayu mula mengajar di SK Johan Setia sebelum berkahwin pada tahun 2003 dan menyambung pengajian TESLdi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau turut mendapat diploma dan ijazah sarjana melalui Irfan Khairi Social Media University. Guru ini yang berpengalaman mengajar di beberapa sekolah, kini berkhidmat di SMK Seksyen 19, Shah Alam. Beliau sering menyertai program Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), termasuk Kita dan Karya.

Biodata — Anuradha Chelliah

$
0
0
Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di tempat kelahiran sebelum meneruskan pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kini, beliau berkhidmat sebagai seorang pendidik di SK Sri Langat, Banting. Anuradha berminat membaca buku-buku bukan fiksyen dan yang mencabar minda. 

Beliau turut menjadi penyunting bersekutu dalam projek penerbitan kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar (2017), Karupaya(2018) dan Thirukkural dan Megha Duta (2018), selain terlibat dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).

Hasil tulisan beliau turut tersiar di Eksentrikadan Dewan Budaya. Baca juga: “Pemakaian Sari dalam Kalangan Wanita Tamil” dan “Thali, Rantai Perkahwinan Wanita India” tulisan Anuradha.

Lihatjuga -- Biodata Sasterawan Kavyan.


Biodata — Susila Ramasamy

$
0
0
Susila Ramasamylahir di Kudat, Sabah serta mendapat pendidikan rendah dan menengah di Tuaran, Sabah. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian di Kolej Yayasan Melaka bagi melengkapkan program ijazah pengurusan perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM). Kini, Susila menjadi pengurus di Pusat Pendidikan Inovatif, Teluk Intan, Perak. Beliau meluangkan masa lapang dengan membaca dan berkebun. Antara tulisan beliau boleh dibaca di sini — Kenali Kehebatan Rudraksha. [Lihat juga — Biodata Sasterawan Kavyan]

Reaksi Peserta

$
0
0

Lima individu menyertai Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyandi Shah Alam pada 15 – 16 Disember 2018.

Masing-masing peserta berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya dua karya, dan sudah disemak, dibengkelkan dan disunting, serta sudah dikirim kepada editor majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Suatu sesi penulisan yang terbukti berjaya!

Berikut komen dan reaksi peserta:

“Program yang baik dan membantu mengenali kelemahan peserta dalam menghasilkan karya. Terima kasih kepada Kavyan kerana memberikan saya peluang ini.” — VK Ezhilarasi Velautham

“Suatu program yang dapat mencungkil bakat peserta dalam penulisan. Sesi yang padat dan menjanjikan kelahiran hasil yang bermutu.” — Anuradha Chelliah

“Program yang melatih penulis supaya berdisiplin ketika menulis. Disiplin membolehkan peserta menulis secara konsisten, lalu menghasilkan karya berkualiti.” — Thanusya Shanmuganathan

“Baru saya ketahui, saya mampu menyiapkan manuskrip sebuah cerpen dalam masa tiga  jam sahaja. Sesi yang memberangsangkan!” — M. Mahendran

“Sesi penulisan yang amat fokus dan berfaedah. Sangat membantu untuk mengenal pasti dan mengatasi kelemahan, selain membantu melatih diri supaya lebih yakin dalam menghasilkan karya bermutu.” — Ramakrishnan Ramasamy



Sesi Penulisan Intensif IIakan berlangsung pada 16 – 17 Februari 2019 di Bentong, Pahang. [MAKLUMAT DI SINI]

Semoga lebih ramai Sasterawan Kavyan akan muncul bagi memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan.


Biodata — Saravanan P. Veeramuthu

$
0
0
Saravanan P. Veeramuthu ialah Pensyarah Kanan dalam  bidang Sastera Melayu di Bahagian Sastera, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian), Diploma Pendidikan, Sarjana Pendidikan dan Doktor Falsafah dari Universiti Malaya.

Saravanan mengajar Pengantar Sastera, Kesusasteraan Popular dan Industri Buku, Puisi Nusantara, Tradisi dan Moderniti dalam Fiksyen Nusantara, Latihan Industri dan Teks Terpilih Pemenang Hadiah Nobel dalam Sastera.

Penyelidikan beliau memberi tumpuan kepada Kesusasteraan Melayu Moden, Alam Sekitar dan Kesusasteraan, Kajian Sastera Bandingan dan Identiti Kebangsaan, Budaya Kesusasteraan Melayu Malaysia dengan penekanan khusus terhadap penulis-penulis Bukan Melayu.

Saravanan pernah menyunting buku berjudul Kajian Mutakhir Ilmu Kemanusiaan Sosial dan Politik Indonesia dan Malaysia (2017). Penerbitannya termasuk artikel dalam jurnal tempatan dan luar negara, selain membentang kertas kerja pada seminar dan persidangan nasional dan antarabangsa.

Sajak-sajak beliau turut termuat dalam antologi Mahaguru Meracau(2014), Integriti (2018) dan Batu Uban dalam Puisi (2018). Lihat juga — [BIODATA SASTERAWAN KAVYAN]


Biodata — Jaymani Sevanathan

$
0
0
Jaymani Sevanathan berasal dari Klang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah di Rawang, Selangor manakala pendidikan menengah di tempat kelahiran. Beliau sedang meneruskan pengajian dalam jurusan sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Jaymani sangat berminat membaca penulisan bersifat akademik dan ilmiah. Hasil tulisan beliau tersiar di beberapa portal berita seperti The Malaysian Insight, Free Malaysia Today, Nadi Siswa, Klik Web DBP, MalayMail Online, dan Jalan Telawi.

Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif II Sasterawan Kavyan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Shah Alam pada 23-24 Mac 2019.

Jaymani berhasrat memperluaskan bidang penulisan dan berkhidmat untuk masyarakat dalam menyebarkan ilmu pengetahuan. – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Sasterawan Kavyan dan Sastera Kebangsaan]


Biodata — KA. S. Annadurai

$
0
0
Annadurai Subramanian@ KA. S. Annadurai berasal dari Kamunting, Perak. Beliau pernah menjadi guru Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris di beberapa sekolah selepas tamat latihan perguruan di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. Seterusnya, Annadurai mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang bahasa dan linguistik (Bahasa Jerman) dari Universiti Malaya (UM), selain kerap menyertai kursus kepakaran bahasa di Jerman. Beliau kini berkhidmat sebagai guru dan Ketua Panitia Bahasa Jerman di SMK Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor. Annadurai turut menjadi penyunting bersekutu kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) dan Karupaya (2018). Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif II Sasterawan Kavyan (23–24 Mac 2019). [Baca juga —Biodata Sasterawan Kavyan]


Komen Peserta Sesi Penulisan II

$
0
0
Sepuluh individu dari pelbagai latar belakang menyertai Sesi Penulisan Intensif II Sasterawan Kavyananjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) di Shah Alam, Selangor pada 23–24 Mac 2019.

Manuskrip sajak, cerpen dan esei yang dihasilkan para peserta telah dibengkelkan, dibedah, dimurnikan dan dikirim kepada editor majalah-majalah DBP untuk dinilai bagi siaran.

Berikut komen dan reaksi sebahagian peserta:

“Sesi ini mengajar saya menguasai teknik dan kaedah yang betul bagi penghantaran tulisan ke majalah-majalah DBP. Terima kasih, Kavyan, kerana menyedarkan saya bahawa menulis adalah sebuah keberanian!” — Jaymani Sevanathan

“Saya mempelajari banyak perkara semasa dan selepas menghasilkan manuskrip pada sesi ini. Walaupun sudah lama berkecimpung dalam bidang penulisan, bukan bermakna saya sudah tahu segala-galanya.” — M. Mahendran

“Sesi yang amat bermakna dan memberi keyakinan luar biasa kepada saya untuk menghasilkan karya bermutu dalam masa yang singkat. Penulis lama dan baharu harus menyertainya.” — KA. S. Annadurai

“Sesi kedua yang saya hadiri ini tetap memberi ilmu baharu tentang penulisan. Banyak perkara dipelajari menerusi perbincangan dan bedah karya berkumpulan. Program ini sesuai bagi individu yang minat menulis tetapi selalu mengadu tiada masa.” — Anuradha Chelliah


Baca juga — [Catatan Pengalaman Peserta Mengedit Karya]

Sementara itu, Sesi Penulisan Intensif III Sasterawan Kavyandijadualkan di Setia Alam, Shah Alam pada 2 Jun 2019 (Ahad).

Semoga lebih ramai Sasterawan Kavyan akan muncul bagi memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan.



Biodata — VK Ezhilarasi Velautham

$
0
0
VK Ezhilarasi Velautham menulis sejak bangku sekolah untuk majalah sekolah. Karya pesara guru ini pernah tersiar di Dewan Budaya (April 2016). Ezhilarasi gemar menulis tentang petua nenek-moyang dalam masyarakat India. Beliau juga mempunyai kelebihan penguasaan tribahasa yang membolehkan penulis ini meluaskan bacaan berkaitan tradisi kaum India. Selain itu, Ezhilarasi suka meluangkan masa menulis rencana serta cerpen yang dapat digunakan sebagai bahan pengajaran bagi pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran. Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif I (Disember 2018) dan Sesi Penulisan Intensif II (Mac 2019) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Karya beliau juga termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019). – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]


Biodata — Jaymani Sevanathan

$
0
0
Jaymani Sevanathanlahir dan membesar di Klang, Selangor. Beliau sedang melanjutkan pengajian dalam bidang sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jaymani gemar membaca buku-buku bersifat akademik dan ilmiah. Pada masa sama, beliau sangat meminati perkembangan isu-isu kontemporari, khususnya politik, sama ada di dalam atau luar negara. Jaymani mula menulis secara aktif pada tahun 2018. Beliau menyertai Sesi Penulisan Intensif II(Mac 2019) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Seterusnya, beliau terpilih menyertai program Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran DBP (Julai 2019). Hasil tulisan Jaymani tersiar di Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Tunas Cipta, The Malaysian Insight, Free Malaysia Today, Nadi Siswa, Klik Web DBP, MalayMail Online, dan Jalan Telawi. Karya beliau turut termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019). – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]


Biodata — S. Maartandan Suppiah

$
0
0
S. Maartandan Suppiahlahir dan membesar di Kota Tinggi, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Laksamana dan SMK Bandar sebelum melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran dalam bidang komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kini, Maartandan bertugas sebagai pensyarah dan ketua jabatan perhubungan awam di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak. Esei beliau tersiar di Dewan Masyarakat (Julai 2017) dan Dewan Budaya (Mei 2018). Karya beliau juga termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019). – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]


Biodata — M. Mahendran

$
0
0
M. Mahendrananak jati Bentong, Pahang. Beliau mula aktif menulis cerpen Bahasa Malaysia dan Tamil untuk akhbar dan majalah pada tahun 1987. Karya beliau mendapat pengiktirafan menerusi Hadiah Cerpen Malayan Banking-DBP (1988, 1991) dan Hadiah Cerpen Pelbagai Kaum DBP (2003). Cerpen-cerpen Mahendran termuat dalam beberapa antologi terbitan DBP dan Fajar Bakti. Beliau menterjemah kumpulan cerpen penulis Tamil veteran, M. Ramaiah dan terbit dengan judul Mimpi dan Impian (2013). Karupaya(2018) adalah kumpulan cerpen sulung yang memuatkan karya-karya terpilih Mahendran. Beliau juga terlibat dalam mesyuarat penubuhan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada Ogos 1999. Karya beliau juga termuat dalam antologi Vanakam (2002) dan Busana Bahasa (2019). – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]


Biodata — Navanitha Nairu

$
0
0
Navanitha Nairu @ N. Nitha lahir di Kangar, Perlis dan kini tinggal di Menglembu, Perak. Cerpennya termuat dalam antologi Nota Untuk Ayah (2016), Hello 2 (2017) dan Teksi (2018). Beliau juga turut menjadi penyunting bersekutu dalam projek penerbitan kumpulan cerpen Karupaya(2018) dan Thirukkural dan Megha Duta (2018). Selain menyimpan impian mencipta nama dalam bidang penulisan, anak ketiga kepada pesara polis ini juga berminat menghasilkan kraftangan menggunakan kertas dan barangan perhiasan diri berasaskan benang. Navanitha menyertai Sesi Penulisan Intensif II (Mac 2019) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).Karya beliau juga termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019). – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]


Biodata — Nizha Periaswamy

$
0
0
Nizha Periaswamy lahir di Petaling Jaya, Selangor dan membesar di Shah Alam, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Shah Alam sebelum menyambung pengajian ijazah sarjana muda komunikasi di Universiti Sains Malaysia (USM). Nizha pernah bertugas sebagai pemerhati Pilihan Raya Umum 2004, wartawan di akhbar Kosmo!selama 11 tahun dan editor sebuah portal berita dalam talian selama empat tahun. Beliau kini menjadi penulis bebas, selain melakukan kerja-kerja penterjemahan dan pencatat bagi forum kebangsaan. Nizha turut menjadi penyunting bersekutu dalam projek penerbitan kumpulan cerpen Kisah Dari Siru Kambam (2013).Karya beliau juga termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019). – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]


Biodata — Ramakrishnan Ramasamy

$
0
0
Ramakrishnan Ramasamy membesar di Klang, Selangor. Beliau mula berjinak dengan bidang penulisan sewaktu berada di sekolah menengah. Pada tahun 1997, beliau terpilih menyertai program Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sajak-sajak Ramakrishnan tersiar di akhbar Berita Harian, majalah Dewan Siswa, Tunas Cipta dan Karya, surat berita Kavya, serta antologi Harapan di Joyrampur(1997) dan Sebuah Hati di Cheng Du(1999). Pada tahun 2018, beliau muncul dengan kumpulan sajak persendirian berjudul Kurnia. Ramakrishnan menyertai Sesi Penulisan Intensif I (Disember 2018) anjuran DBP dan Kavyan. Karya beliau juga termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019). – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]



Biodata — Richard Ignacy

$
0
0
Richard Ignacydilahirkan di Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan seorang pendidik yang memperoleh ijazah sarjana muda pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama) dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Richard pernah berkhidmat di SMK Pandan Mewah, Ampang sebelum berpindah ke kampung halaman dan kini berkhidmat di SMK Alang Iskandar, Bagan Serai. Beliau mempunyai minat dan kesungguhan dalam penulisan karya-karya sastera, terutama sajak dan cerpen. Sajak beliau tersiar di majalah Tunas Cipta (Mei 2017). Karya beliau juga termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019). – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]


Biodata — Sharmin Kutty Sivaraman

$
0
0
Sharmin Kutty Sivaramanlahir dan membesar di Petaling Jaya, Selangor sebelum keluarganya berpindah ke Kota Kemuning, Shah Alam. Beliau mendapat pendidikan awal di SJKC Sungai Way, SMK Kota Kemuning dan SMK Shahbandaraya, Klang sebelum melanjutkan pengajian dalam jurusan kesusasteraan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Anugerah Pemimpin Fakulti Terbaik sempena Majlis Anugerah Siswa UMK. Sharmin menyambung pengajian sarjana sastera di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) pada 2018 dan mula berminat untuk menulis selepas menyertai Sesi Penulisan Intensif II (Mac 2019). Karya sulung beliau termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019). – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]


Biodata — Thanusya Shanmuganathan

$
0
0
Thanusya Shanmuganathan merupakan graduan sarjana muda sastera dari Universiti Malaya (UM). Beliau sudah menghasilkan novel berjudul Tak Sengaja Cinta (2014) dan Cik Cemerkap vs Encik Selfie (2016) menggunakan nama pena Meera Natasya. Selain itu, cerpen beliau termuat dalam antologi seperti Komplot Menulis (2015), Sedegup Cinta (2015), Legasi Bonda (2019), Rahsia Kabin Biru (2019), dan Detektif Ramadan (2019). Thanusya aktif dalam program anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Beliau juga terlibat sebagai penyunting bersekutu dalam projek penerbitan buku Ikan Patin dan Beruang Besar (2017), Karupaya(2018) dan Thirukkural dan Megha Duta (2018). Thanusya menyertai Sesi Penulisan Intensif I (Disember 2018), Sesi Penulisan Intensif II (Mac 2019) dan Sesi Penulisan Intensif III (Jun 2019). Karya beliau juga termuat dalam antologi Busana Bahasa(2019). – [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]


Biodata — Murali Mohan

$
0
0
Murali Mohan lahir dan membesar di Jasin, Melaka. Beliau mendapat pendidikan rendah di SJKT Ladang Jasin Lalang dan pendidikan menengah di SMK Jasin, sebelum melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Minat untuk menulis muncul berikutan kecenderungan membaca karya sastera Bahasa Malaysia dan Tamil. Murali menyertai Sesi Penulisan Intensif IVanjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada 10–11 Ogos 2019. Cerpen berjudul “Tuan Rumah Yang Dikasihi” tersiar di Eksentrika (13 September 2019).  [Biodata Sasterawan Kavyan [Kaum India dan Sastera Kebangsaan]


Biodata — Chua Pei Yong

$
0
0
Chua Pei Yong merupakan seorang anak jati Klang, Selangor. Graduan Diploma Farmasi darii Management and Science University (MSU), Shah Alam ini mempunyai beberapa buah antologi yang telah diterbitkan; contohnya Kerana Dia Ratu Sehari (2014), Kepadamu Kekasih(2015), dan Legasi Bonda (2019). Selain itu, Chua Pei Yong merupakan pengarang novel mini Mr Boer (2016) dan novel kanak-kanak Addison, Aku Tetap Juara! (2018). Karyanya pernah tersiar di majalah Pentas, Tunas Cipta dan akhbar New Sabah Times. Chua Pei Yong gemar membaca, menulis, menonton televisyen dan mengembara pada waktu lapang. Beliau juga sering menyertai program bahasa dan sastera anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan); misalnya Bicara Karya Penulis Malaysia (21 April 2018) dan Pertemuan Santai Penulis Malaysia (14 September 2019).


Viewing all 220 articles
Browse latest View live