Rayner Sylvester Yeo berasal dari Sabah dan kini menetap di Selangor. Pemuda berdarah kacukan Cina, Murut dan Dusun ini suka menghabiskan masa lapang dengan tidur, menulis, membaca atau melayari internet (susunan adalah berdasarkan tahap kegemaran). Beliau lahir daripada perkahwinan antara dua individu yang berlainan kaum dan berlainan agama, serta mempunyai saudara-mara terdekat daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan. Rayner tidak bersetuju dengan arah yang sedang dituju Malaysia dewasa ini dan beliau sedang berusaha untuk menjadi sebahagian daripada arus perubahan. Rayner terlibat secara aktif dalam menjayakan acara Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) seperti bengkel penulisan dan baca cerpen. Beliau dilantik menjadi AJK Khas Kavyan pada Ogos 2013.
↧
Biodata Rayner Sylvester Yeo
↧
SK Semakin Melayu, Islam
Kajian dua tahun Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan mendedahkan sekolah aliran Cina (SJKC) berupaya menjadi sekolah arus perdana menggantikan sekolah kebangsaan (SK) dan mungkin menjadi lebih majmuk dalam masa 10 tahun akan datang.
Dan antara kebimbangan ibu bapa ialah sekolah kerajaan semakin tidak mencerminkan kepelbagaian agama dan kaum di negara ini.
Ahli majlis yang baru sahaja bersara, Prof Teo Kok Seong berkata, peratus pendaftaran baharu pelajar Bukan Melayu bagi SK hanya naik 4% manakala SJKC pula menerima peningkatan sebanyak 18% bagi pelajar Bukan Cina.
“Jumlah ini dijangka terus meningkat setiap tahun. Kajian kami menunjukkan sekolah vernakular mungkin menjadi sekolah aliran utama dalam tempoh 10 tahun akan datang apabila lebih ramai ibu bapa Bukan Cina enggan mendaftar anak mereka ke SK,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas pilihan utama pendidikan dan sekolah oleh ibu bapa masa kini.
Tambahnya, sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Kementerian Pendidikan 2013-2025 untuk menarik lebih ramai pelajar Cina dan India ke SK mungkin gagal pada 2025.
Ini kerana kajian menunjukkan lebih ramai ibu bapa merancang mendaftarkan anak mereka di sekolah jenis kebangsaan (vernakular) atau swasta.
Kajian yang dijalankan oleh 13 anggota majlis terdiri daripada pendidik, tokoh korporat dan bekas pegawai Jabatan Pendidikan peringkat tertinggi itu turut menyenaraikan lima sebab utama ibu bapa kelas pertengahan dan menengah berpendapatan tinggi enggan memilih SK.
Pertama, kaedah pengajaran dan didikan yang lemah dalam kalangan guru-guru.
Kedua, pentadbiran SK yang didominasi satu kaum.
Ketiga, sekolah dilihat “terlalu Islam”, diikuti [Keempat] isu disiplin sebagai salah satu masalah yang besar dan akhir sekali [Kelima], keadaan sekolah yang tidak diurus dengan baik termasuk menggunakan komputer ketinggalan zaman.
Beliau juga mencadangkan, guru-guru yang mahir dalam mata pelajaran tertentu sahaja dibenar menjadi ketua subjek supaya mereka dapat membimbing guru-guru lain.
“Sebagai contoh, jika seorang guru kaum India mahir dalam Bahasa Inggeris, guru itu perlu menerajui unit tersebut. Tetapi sebaliknya, keutamaan diberikan kepada orang lain yang tidak mampu membimbing orang lain. Begitu juga dengan pengetua sekolah. Ketua sekolah perlulah daripada kalangan yang paling layak untuk menjalankan sebuah sekolah.
“Tidak perlu memberi keutamaan mengikut kaum. Ibu bapa hanya mahukan seorang pendidik yang mampu mengajar dan mendisiplinkan anak-anak mereka. Jika ia boleh dilakukan, kerajaan akan memperoleh semula keyakinan dan menarik lebih ramai pelajar Bukan Melayu ke SK.”
Beliau juga tidak menafikan berlakunya pertembungan antara ibu bapa Islam dan Bukan Islam.
Dalam beberapa forum yang dianjurkan majlis itu, ibu bapa Islam merasakan ajaran Islam tidak mencukupi di SK manakala ibu bapa Bukan Islam tidak selesa dengan amalan bacaan doa semasa perhimpunan.
Teo yang mengajar di UKM berkata, ibu bapa Bukan Islam tidak selesa dengan rakaman audio yang membacakan lagu-lagu agama semasa perhimpunan.
“Rasa tidak senang hati yang berterusan terhadap isu ini menyebabkan ibu bapa Bukan Islam menghantar anak mereka ke SJKC atau ke sekolah swasta. Ia adalah isu sensitif dan seolah-olah tiada pengakhiran.” - Baca juga: Reaksi Menteri Pendidikan ... Baca juga - SK Jadi Lubuk Perkauman?
Sumber: Free Malaysia Today, 5 Ogos 2016
↧
↧
Tidak Mungkin SJKC Ganti SK
Sekolah aliran Cina (SJKC) tidak mungkin menggantikan sekolah kebangsaan (SK) menjadi sekolah arus perdana dalam tempoh 10 tahun akan datang, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Jelasnya, fenomena itu mungkin berlaku di SJKC di kawasan luar bandar, Sabah dan Sarawak, tetapi tidak di kawasan bandar.
“Seperti di kawasan Parlimen saya di Padang Terap, 50% pelajar sekolah aliran Cina adalah bumiputera. Di luar bandar, Sabah dan Sarawak, sekolah aliran Cina dikuasai pelajar Bumiputera.
“Tetapi, di kawasan bandar tidak ada, SJKC memang didominasi pelajar kaum Cina. Jadi, tidak mungkinlah (ia mengambil tempat sekolah kebangsaan),” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Setiawangsa, hari ini.
Kelmarin, FMT melaporkan kajian dua tahun Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) mendedahkan SJKC berupaya menggantikan SK dan mungkin menjadi lebih majmuk dalam masa 10 tahun akan datang. [BACA DI SINI]
Mahdzir berkata, Kementerian Pendidikan akan memperhalusi kajian itu untuk mengetahui kejadian sebenar sebelum memberi penjelasan kepada orang ramai. [Baca juga - SK Jadi Lubuk Perkauman?]
Sumber: Free Malaysia Today, 7 Ogos 2016
↧
Biodata Calvin Ohsey
Calvin Ohsey Ak Ah Sen – lebih dikenali sebagai Calvin Ohsey– merupakan anak muda etnik Bidayuh yang lahir di Ipoh, Perak pada 2 Oktober 1991. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur (1998-2000), Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putera, Sungai Buloh, Selangor (2001-2003) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lake, Bau, Sarawak (2004-2008), sebelum melanjutkan pengajian diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Kota Samarahan, Sarawak (2009-2011), dan pengajian ijazah sarjana muda di UiTM kampus Shah Alam (2012-2014).
Calvin kini tinggal di Plentong, Johor, dan bekerja sebagai felo penyelidik di Komisi Keuskupan Hal-ehwal Ekumenisme dan Dialog Antara Agama bagi Keuskupan Melaka-Johor (Majodi).
Minatnya untuk menulis esei dan makalah muncul apabila dijemput oleh Adrian Pareira (Pengarah North-South Initiative, aktivis pekerja migran dan pengurusan konflik) dan Ahmad Fuad Rahmat (pensyarah Universiti Notthingham; aktivis diskusi falsafah) untuk menulis makalah sosio-budaya mengenai agama Kristian di Projek Dialogpada tahun 2013. Calvin tidak menyangka bahawa tulisannya akan ditular dan dibaca oleh ramai orang sehinggalah dia menulis mengenai isu penggunaan kalimah Allaholeh majalah Herald terbitan Gereja Katolik bagi Keuskupan Kuala Lumpur. Sejak itu, Calvin menjadi kolumnis Projek Dialog selain turut aktif menulis ulasan sosio-politik dan agama di laman sosial.
Antara esei tulisannya adalah “Kalimah Allah: Satu Sudut Pandang Kristian Sarawak” (Projek Dialog, 27 Oktober 2013), “Menjelaskan Kekeliruan Dalam Isu Kalimah Allah” (Projek Dialog, 26 Januari 2014), dan “Konflik Israel-Palestin dari Sudut Pandang Katolik” (Projek Dialog, 21 Julai 2014).
↧
Sikap Endah Tidak Endah Penulis Merugikan Siapa?
Berikut versi asal (uncut) komentar Uthaya Sankar SB yang disiarkan dalam majalah Pelita Bahasa, September 2003 (hlm. 7):
Sikap Endah Tidak Endah Penulis Merugikan Siapa?
Saya merasakan amat perlu mengeluarkan kenyataan ini selepas meneliti kandungan artikel bertajuk “Sikap Endah Tidak Endah Bahasa Merugikan Siapa?” (Pelita Bahasa, Ogos 2003, hlm. 14-15).
Gambaran dan mesej yang dipaparkan oleh Raja Rajeswari Seetha Raman melalui artikel berkenaan ternyata memberi idea palsuatau sekurang-kurangnya gambaran tidak tepat mengenai “rakyat Malaysia, khususnya penduduk bukan Melayu”.
Pada bahagian awal rencana, dia merujuk pada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1948/58?) dan Ordinan Pelajaran 1956. Sayang sekali dia tidak mengemas kini artikelnya dengan merujuk pada Perlembagaan Persekutuan selepas pindaan terbaharu dan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1970.
Sudah terbukti wujud sikap endah tidak endah dalam penulisannya.
Raja Rajeswari juga ketara menjatuhkan hukuman bahawa bahasa kebangsaan tidak mendapat tempat dalam sanubari “penutur bukan Melayu” dan “penduduk bukan Melayu” kerana mereka “tidak memiliki semangat patriotik terhadap bahasa kebangsaan mereka”.
“Bukti” yang cuba diketengahkan oleh wanita itu untuk menegakkan benang yang basah adalah dengan merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Ismail Hussein pada 17 Ogos 1985. Kenyataan yang dibuat lapan belas tahun lalu tentu sekali tidak relevan dalam konteks artikel berkenaan.
Dia sepatutnya telah mengambil inisiatif meminta pandangan terkini Tan Sri Ismail Hussein kerana tokoh berkenaan mungkin sahaja memiliki pandangan yang berbeza selepas 18 tahun.
Penelitian saya terhadap artikel berkenaan juga membuktikan bahawa Raja Rajeswari keliru antara “bahasa kebangsaan” dan “mata pelajaran Bahasa Melayu”.
Dia mengatakan bahawa ahli psikologi (siapa?) bersetuju bahawa pelajar “tidak akan dapat mengingati perkara yang dipelajari sekiranya mereka tidak berminat dalam mata pelajaran tersebut”.
Kenyataan dan rujukan sebegini amat menghairankan; apatah lagi memandangkan dia sendiri seorang guru mata pelajaran Bahasa Malaysia. “Bahasa kebangsaan” bukan suatu “mata pelajaran” yang menuntut pelajar mengingati perkara yang dipelajari.
Kekeliruan Raja Rajeswari terhadap “bahasa kebangsaan”, “mata pelajaran Bahasa Melayu” dan “sastera bahasa kebangsaan” semakin jelas apabila dia memilih untuk menjadikan Minggu Penulis Remaja (MPR) sebagai bukti “penduduk bukan Melayu tidak memiliki semangat patriotik terhadap bahasa kebangsaan”.
Dia mengeluarkan kenyataan bahawa “sikap pelajar bukan Melayu yang negatif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu” menyukarkan usaha mengisi kuota pelajar bukan Melayu dalam MPR.
Ternyata dia menganggap peserta MPR dipilih berdasarkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah!
Sebagai mantan MPR yang berhubung rapat dengan penganjur MPR sejak tahun 1991, ingin saya tegaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh wanita yang cetek ilmu itu adalah tidak berasas. Memang benar ada masanya kuota yang diperuntukkan untuk pelajar bukan Melayu – khususnya remaja kaum India – tidak terisi langsung.
Walau bagaimanapun, kekosongan ini disebabkan perkara-perkara lain dan bukan berpunca daripada “sikap pelajar bukan Melayu yang negatif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu”.
Raja Rajeswari juga membuat kesimpulan bahawa sekiranya “masyarakat bukan Melayu” tidak memiliki semangat cinta akan bahasa kebangsaan, maka bahasa Melayu akan “pupus sebagai akibat tidak dituturkan dan tidak digunakan oleh rakyatnya sendiri”.
Kenyataan di atas sekurang-kurangnya memiliki “nada positif” kerana wanita itu sedar akan pentingnya peranan “masyarakat bukan Melayu” bagi menjamin kelangsungan hidup bahasa kebangsaan dan meningkatkan potensinya sebagai bahasa ilmu dan bahasa supranasional.
Bagaimanapun, dia sepatutnya telah membuat rujukan lebih mendalam sebelum menjatuhkan hukuman terhadap “masyarakat bukan Melayu” yang kononnya tidak mencintai bahasa kebangsaan.
Pengalaman Kavyan serta pengalaman saya sendiri mengendalikan pelbagai bengkel dan ceramah sejak hampir sepuluh tahun lalu (sejak 1994) sudah memadai untuk menyangkal kenyataan Raja Rajeswari tentang sikap endah tidak endah bahasa dalam kalangan “masyarakat bukan Melayu” dalam artikel berkenaan.
Jika dia berminat mengemas kini maklumat berkaitan semangat cinta akan bahasa kebangsaan dalam kalangan “masyarakat bukan Melayu”, saya menjemputnya melayari Blog Kavyan.
Tidak salah jika dikatakan bahawa kandungan artikel berkenaan tidak sesuai dengan tajuk – atau sebaliknya. Artikel ini mungkin relevan jika telah disiarkan lebih sepuluh tahun lalu.
Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya artikel berkenaan mendedahkan sikap endah tidak endah Raja Rajeswari terhadap kewujudan semangat cinta akan bahasa kebangsaan dalam kalangan “masyarakat bukan Melayu” di negara ini.
Catatan: Ini adalah versi asal. Rujuk majalah Pelita Bahasa, September 2003 (hlm. 7) untuk membaca versi yang tersiar. Baca juga – Masih Ada Yang Sayang Padamu dan Data Palsu di Dewan Sastera.
↧
↧
Biodata Elavarassan M. Suppiah
Elavarassan M. Suppiah lahir di Ipoh, Perak pada 2 Julai 1995. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putra, Bercham, Perak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Nawar, Malim Nawar, Perak, sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok bagi ijazah sarjana muda Pengajian Warisan Pengkhususan Kesusasteraan Hybid.
Elavarassan kini tinggal di Menglembu, Perak. Minatnya untuk menulis muncul apabila berjaya merangkul pencapaian Nilam untuk Anugerah Rakan Pembaca Tahap Nilam dan menyertai Minggu Penulis Remaja 2012 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Karyanya tersiar di majalah Kuntum, Dewan Siswa, dan Tunas Cipta, serta antologi Anugerah Terindah (DBP: 2012). [Biodata Sasterawan Kavyan]
↧
Biodata Suresh Kumar N Vellymalay
Dr. Suresh Kumar N Vellymalay dilahirkan di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St. George dan Sekolah Menengah Kebangsaan St. George, Taiping sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau adalah lulusan bidang Antropologi dan Sosiologi dari Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan UKM bagi ijazah sarjana muda dengan kepujian (B.A.(Hons.)) dan seterusnya memperoleh ijazah sarjana (M. Soc. Sc.) dan ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam bidang Antropologi dan Sosiologi dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Bahagian Antropologi dan Sosiologi, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM. Bidang kepakaran Dr Suresh Kumar adalah kerjasama keluarga, sekolah dan komuniti, hubungan etnik, etnik minoriti, isu sosial, ketidaksamaan sosial dan kemiskinan bandar. Beliau banyak terlibat dalam penyelidikan tentang kerjasama keluarga, sekolah dan komuniti dan, hubungan etnik.
Beliau merupakan seorang penulis yang prolifik. Beliau bergiat aktif dalam penulisan buku dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak di Sekolah (2015), Guru Hebat Penjana Tranformasi Pendidikan Negara (2015), Pendidikan Anak di Rumah: Penglibatan Ibu Bapa (2017), Hubungan Etnik di Sekolah: Mempertingkatkan Kesepaduan dalam Kepelbagaian (2017), Guru Berkesan Pemangkin Kecemerlangan(2017), Menzahirkan Anak Intelektual(2018) dan Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Tamil di Malaysia (2018) merupakan buku-buku yang diterbitkan oleh DBP. Beliau juga merupakan kolumnis bagi Majalah Pendidik. Tulisan beliau juga pernah diterbitkan dalam majalah Dewan Masyarakat selain puisi dalam akhbar Utusan Pengguna.
Dr Suresh Kumar merupakan pakar motivasi yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam menggendalikan program seminar dan ceramah motivasi bagi murid sekolah dan peringkat komuniti di bawah tema “pendidikan, estim diri dan kecemerlangan akademik” yang turut diperluas kepada kelompok sasaran guru. Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam menggendalikan beberapa program latihan di bawah tema “Estim diri dan budaya kerja positif’” dan “Kemahiran komunikasi berkesan” anjuran Unit Latihan USM. Dalam aspek latihan, beliau merupakan jurulatih bertauliah oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Kementerian Sumber Manusia. Beliau merupakan penerima Anugerah Dekan Perkhidmatan Cemerlang Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (USM, 2009), Anugerah Mini Sanggar Sanjung Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (USM, 2009), Anugerah Dekan Perkhidmatan Cemerlang Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (USM, 2010) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (USM, 2014). - Baca juga - [Biodata Sasterawan Kavyan] - [Sasterawan Kavyan dan Sastera Kebangsaan]
(Biodata dan foto dikirim oleh penulis menerusi e-mel pada 19 Januari 2018 untuk dokumentasi Kavyan)
↧
Tempahan Awal – Karupaya
Berikut senarai individu yang membuat tempahan awal berbayar bagi buku Karupaya, iaitu kumpulan cerpen sulung M. Mahendran. [Maklumat di sini]
Nama setiap individu yang membuat tempahan awal berbayar sebelum 15 Februari 2018 akan dinyatakan di dalam buku ini, selain dipaparkan secara kekal di sini, sebagai tanda penghargaan.
Anuradha Chelliah(Banting, Selangor)
Shasitharan RK(Seremban, Negeri Sembilan)
M. Maheswaran(Klang, Selangor)
M. Ambigai Ratchagi(Setapak, Kuala Lumpur)
M. Goureeswari(Seri Kembangan, Selangor)
G. Manimegalai Nair(Klang, Selangor)
Harap maklum bahawa nama-nama disusun mengikut kronologi/urutan tarikh tempahan dibuat; dan dikemas kini dari semasa ke semasa sehingga 15 Februari 2018.
Lihat juga– [Karupaya] – [Penyunting Bersekutu] – [Terbitkan Buku] – [Sasterawan Kavyan]
↧
Penyunting Bersekutu – Karupaya
Para penyunting bersekutu berikut menawarkan diri secara sukarela untuk membantu kerja-kerja menyemak, membaiki dan memperkemas manuskrip cerpen-cerpen dalam Karupaya(2018) sebelum diterbitkan dalam bentuk buku. Biodata penuh mereka boleh dibaca dalam buku berkenaan.
Annadurai Subramanian @ KA. S. Annadurai berasal dari Kamunting, Perak. Beliau kini berkhidmat sebagai guru Bahasa Jerman di SMK Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Kini, beliau berkhidmat sebagai pendidik di SK Sri Langat, Banting.
Chua Pei Yong seorang penulis etnik Hokkien berketurunan Tionghua yang gemar membaca dan menimba ilmu. Beliau suka berkongsi tentang budaya dan pengetahuan dalam penulisan.
Devishi Prabha Sankari lahir di Klang, Selangor dan membesar di Shah Alam. Karyanya pernah tersiar di Dewan Pelajar.
Jeeva Kasthuri Anamalay @ Kasthuri C. Arjun dilahirkan di Tanjung Malim, Perak dan kini tinggal di Sungai Petani, Kedah. Beliau seorang guru tuisyen sepenuh masa.
S. Maartandan Suppiah lahir dan membesar di Kota Tinggi, Johor. Kini, beliau bekerja sebagai pensyarah di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak.
Monalita Mansor lahir di Mentakab, Pahang. Beliau kini tinggal di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan seorang pengarang sepenuh masa sejak 2012.
Navanitha Nairu @ N. Nitha lahir di Kangar, Perlis dan kini tinggal di Menglembu, Perak. Cerpennya termuat dalam antologi Nota Untuk Ayah(2016) dan Hello 2 (2017).
Nizha Periaswamy lahir di Petaling Jaya, Selangor dan membesar di Shah Alam. Beliau memulakan kerjaya di akhbar Kosmo! sebelum menjadi sub-editor dan editor di sebuah portal berita.
Prabhawathy Govindarajoo lahir dan membesar di Kamunting, Perak. Karyanya pernah tersiar di Metro Ahad, Dewan Siswa, Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Dewan Masyarakat.
Thanusya Shanmuganathan @ Meera Natasya adalah graduan sarjana muda sastera dari Universiti Malaya (UM). Beliau menetap di Petaling Jaya, Selangor dan bertugas sebagai pengurus peruncitan di Kedai Buku MPH.
Uthaya Sankar SB lahir di Aulong Lama, Taiping, Perak. Beliau menjadi penulis sepenuh masa.
Wan Mahiran Wan Mohamad @ Annur Puteri dilahirkan di Kampung Belimbing, Tanah Merah, Kelantan dan kini menetap di Kampung Bukit Gading, Tanah Merah.
Biodata penuh boleh dibaca dalam buku Karupaya (2018) yang menghimpunkan 13 cerpen karya M. Mahendran. Setiap penyunting bersekutu menerima 5 naskhah buku sebagai tanda penghargaan.
↧
↧
Kandungan Buku Karupaya
Judul: Karupaya
Penulis: M. Mahendran
Harga: [Lihat di Sini]
Pelancaran: [Maklumat di Sini]
Berikut kandungan buku. Tahun pada hujung judul cerpen merujuk kepada tahun karya mula-mula terbit.
Prakata
“Dari Siklostil ke Mesin Cetak” – M. Mahendran
Pengantar
“Merakam Realiti dengan Kata-kata” – Uthaya Sankar SB
1. Karupaya – 1988
2. Sementara ke Neraka – 1991
3. Prinsip – 1993
4. Dua Alam – 1993
5. Cikgu Habibu – 1995
6. Saat-saat Terakhir – 1996
7. Manggei – 1999
8. Sang Penulis Tua – 2001
9. Senjakala – 2002
10. Tiga Puluh Tiga Puluh – 2003
11. Ali Ismail Abbas – 2003
12. Di Sebalik Seorang Pembunuh – 2004
13. Yang Dibuang Itu – 2013
Biodata Penyunting – Petikan di Sini
Biodata Penulis – Petikan di Sini
Penyumbang – Lihat di Sini
↧
Malaysia Rangkul 6 Anugerah NTFF
Malaysia berjaya merangkul enam anugerah berprestij di Festival Filem Tamil Norway (NTFF) menerusi dua filem dan dua filem pendek.
Filem Thottam (2017) arahan Arangkannal Raj mengangkat kisah perjuangan penduduk sebuah estet yang menuntut hak berikutan ladang tempat mereka bekerja sejak turun-temurun dijual bagi tujuan pembangunan. Filem ini meraih Anugerah Filem Terbaik. [Tonton Treler Thottam]
Sementara itu, filem Sughamaai Subbulakshmi terbitan M A Productions House Sdn Bhd mendapat pengiktirafan menerusi Anugerah Pengarah Terbaik bagi Karthik Shamalan, dan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik bagi Punitah Shanmugam. [Tonton Treler Sughamaai Subbulakshmi]
Filem ini yang turut menampilkan pelakon seperti Saresh D7, Bagya Arivuckarasu, Kuben Mahadevan dan G Crack Karnan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 17 Mei 2018. [Senarai Pawagam]
Sughamaai Subbulakshmimenyajikan kisah dilema dan keperluan membuat pilihan antara cinta dan cita-cita. Ia mengungkapkan tema cinta dari sudut yang agak berbeza. Perasaan cinta, persahabatan dan impian mencapai cita-cita disajikan menerusi kehidupan watak-watak utama pada usia yang berbeza. [Ulasan Penuh]
Dalam kategori filem pendek pula, Thiruvin Manggai arahan Viknish Lokarag Asokan menerima Anugerah Filem Pendek Terbaik. Ia mengangkat kisah seorang pemuda cacat penglihatan yang menaruh hati terhadap seorang wanita yang pernah dikecewakan kekasih. [Tonton Thiruvin Manggai]
Dua lagi anugerah menjadi milik Malaysia menerusi filem pendek Mudhal Padayal iaitu Anugerah Pengarah Terbaik bagi Mathankumaran Madawan, serta Anugerah Khas Juri untuk Dinakaran Ramesh.
Festival Filem Tamil Norway Ke-9 berlangsung di Oslo, Norway pada 26-29 April 2018. Ia bertujuan mengiktiraf filem, filem pendek, dokumentari, dan video muzik Bahasa Tamil yang dihasilkan di Sri Lanka, Tamil Nadu (India), Malaysia, Kanada, Norway, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Oman, Denmark dan Jerman.
[Kenyataan media ini disiarkan di Malaysiakinipada 2 April 2018.]
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
012-5594708 (Dato’ Murugan Alimuthu– Telefon & WhatsApp)
011-11411952 (Uthaya Sankar SB– WhatsApp)
018-2214269 (Uthaya Sankar SB – Telefon)
↧
Dari Siklostil ke Mesin Cetak
Berikut petikan daripada bahagian “Prakata” tulisan M. Mahendran dalam buku Karupaya (2018).
Pembabitan pertama secara langsung ke akhbar bermula pada penghujung tahun 1983; sewaktu berumur 15 tahun. Abang saya yang menggunakan nama pena Mad Sentul biasanya menghantar kartun-kartun pendek ke majalah bulanan dan akhbar mingguan Tamil. Ia menjadi perangsang kepada saya untuk turut cuba mengirim karya.
Cerpen Tamil sulung saya berjudul “Yeazhmaiyin Vilaiyaatu” tersiar di majalah Mayil pada tahun 1987.
Pada tahun 1987, saya mula melanggan majalah Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Kedua-duanya menambahkan lagi minat saya untuk menulis. Pengalaman penulis-penulis veteran dijadikan panduan. Buku Persediaan Menulis Cerpen karya Othman Puteh sedikit sebanyak membimbing saya.
Pada tahun 1987 juga disiarkan iklan peraduan menulis cerpen untuk khalayak Bukan Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Malayan Banking. Itulah pertama kali saya menghasilkan sebuah cerpen yang panjangnya lapan halaman. Cerpen bertajuk “Karupaya”. Nama yang diambil daripada satu watak dalam novel Salina, Karupaya Sami, pemilik rumah ala kandang kambing.
Penguasaan tiga bahasa memudahkan saya untuk mempelajari gaya penulisan pengarang dari pelbagai budaya yang berkarya dalam Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris. Saya amat meminati gaya penulisan Mu. Varatharaasan dan Jayakanthan dari Tamil Nadu, India. Mereka mempunyai gaya penulisan yang tersendiri.
Selain membaca, pergaulan dengan masyarakat pelbagai keturunan dan usia juga amat penting bagi seorang pengarang. Cara mereka menuturkan setiap perkataan amatlah penting untuk menulis dialog yang berkesan.
Saya turut merakamkan terima kasih kepada sekumpulan sukarelawan yang sudi menawarkan khidmat sebagai penyunting bersekutu bagi memperkemaskan cerpen-cerpen saya.
Sumbangan orang ramai menerusi tempahan awal juga amat dihargai. Nama-nama mereka didokumentasikan dalam buku ini sebagai tanda penghargaan.
Semoga khalayak pembaca pelbagai kaum, umur dan latar belakang berpuas hati dengan sajian dalam buku ini.
(Prakata penuh tulisan M. Mahendranboleh dibaca dalam buku Karupaya. Baca juga - Pengantar.)
↧
Merakam Realiti dengan Kata-kata
Berikut petikan daripada bahagian “Pengantar” oleh Uthaya Sankar SBbagi buku Karupaya (2018) tulisan M. Mahendran.
Sesungguhnya, Mahendran yang turut menggunakan nama pena M. Prabhu ialah antara sekelompok kecil penulis kaum India yang aktif menghasilkan karya Bahasa Malaysia dan Tamil sejak tahun 1980-an, sepertimana diceritakan sendiri oleh penulis dalam Prakata.
Walaupun beliau mungkin belum cukup menonjol seperti Saroja Theavy Balakrishnan, peta sastera kebangsaan tidak akan lengkap tanpa menyebut nama Mahendran. Tambahan pula, penulis kelahiran Bentong, Pahang ini mampu menghasilkan karya Bahasa Malaysia dan Tamil, serta melakukan terjemahan silang antara kedua-dua bahasa berkenaan.
Mahendran turut terlibat dalam pertemuan pada 22 Ogos 1999 yang menyaksikan kelahiran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Sayang sekali, kekangan kerja dan jarak perjalanan membuatkan beliau kurang berpeluang menyertai kebanyakan aktiviti Kavyan.
Cerpen-cerpen Mahendran yang disajikan secara bersahaja sentiasa berupaya mengangkat realiti permasalahan dan isu-isu sensitif dalam kehidupan masyarakat India di Malaysia. Isu-isu berkenaan diadun secara kreatif dalam bentuk cerpen untuk merangsang pemikiran pembaca.
Sesungguhnya kelahiran kumpulan cerpen ini merupakan suatu sejarah penting dalam hidup Mahendran, serta sejarah penting kepada kelompok Sasterawan Kavyan (istilah yang diperkenalkan pada tahun 2004) dalam mendokumentasikan sumbangan ke arah memperkaya khazanah sastera kebangsaan dengan karya-karya bermutu.
Buku Karupayamemuatkan 13 cerpen yang pernah tersiar di pelbagai akhbar, majalah dan antologi sejak tahun 1988. Beberapa cerpen pernah menang hadiah dalam pertandingan berprestij. Terdapat juga beberapa cerpen yang pada asalnya tersiar di akhbar/majalah Tamil, dan diterjemah sendiri oleh Mahendran bagi buku ini.
Saya percaya bahawa cerpen-cerpen yang terkandung dalam buku ini mampu menarik minat khalayak pelbagai kaum dan pelbagai latar belakang untuk bukan hanya membacanya sebagai karya kreatif, tetapi untuk mengkaji serta memahami realiti permasalahan dalam kehidupan seharian kaum India di seluruh pelosok negara.
(Pengantar penuh tulisan Uthaya Sankar SB boleh dibaca dalam buku Karupaya.)
↧
↧
Penyunting Bersekutu — Thirukkural dan Megha Duta
Usaha mencari Penyunting Bersekutu bagi menjayakan projek penerbitan buku Thirukkural dan Megha Duta dimulakan pada 23 April 2018. Menjelang 13 Mei 2018, sepuluh individu menawarkan diri secara sukarela. Tugas penyuntingan selesai pada 30 Mei 2018. Berikut adalah petikan biodata para penyunting terbabit:
Annadurai Subramanian@ KA. S. Annaduraimendapat ijazah sarjana muda dalam bidang bahasa dan linguistik (Bahasa Jerman) dari Universiti Malaya (UM), selain kerap menyertai kursus kepakaran bahasa di Jerman. Beliau turut menjadi penyunting bersekutu kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) dan Karupaya (2018).
Anurada Murugesan mendapat pendidikan perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, serta ijazah sarjana Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau menjadi penyunting bersekutu Kisah Dari Siru Kambam (2013).
Anuradha Chelliah mendapat pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini, beliau berkhidmat sebagai seorang pendidik di SK Sri Langat, Banting. Beliau turut menjadi penyunting bersekutu dalam projek penerbitan kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) dan Karupaya (2018).
Jeeva Kasthuri Anamalay @ Kasthuri C. Arjunberkelulusan dalam bidang komputer dan sedang melanjutkan pelajaran di Open University Malaysia (OUM) dalam bidang pengajaran bahasa. Beliau terlibat sebagai penyunting bersekutu bagi buku Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) dan Karupaya(2018).
S. Maartandan Suppiah melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kini, Maartandan bekerja sebagai pensyarah di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak. Beliau turut menjadi penyunting bersekutu bagi kumpulan cerpen Karupaya (2018).
M. Mahendranaktif menulis cerpen Bahasa Malaysia dan Tamil sejak 1987. Cerpen-cerpennya termuat dalam antologi Menara (1988), Menara 4 (1991), Tanpa Mengira Warna (1993), Vanakam (2002), dan Segugus Aksara Sealur Kasih (2003). Kumpulan cerpen sulung beliau berjudul Karupaya (2018).
Navanitha Nairu @ N. Nitha tinggal di Menglembu, Perak. Cerpennya termuat dalam antologi Nota Untuk Ayah (2016) dan Hello 2 (2017). Anak ketiga kepada pesara polis ini juga berminat menghasilkan kraftangan menggunakan kertas. Navanitha turut menjadi penyunting bersekutu dalam projek pernerbitan kumpulan cerpen Karupaya(2018).
Rekka Baskaran @ Nia Reiya bekerja di Bahagian Wanita dan Kesuburan, Hospital Tropicana Medical Centre. Bermula dengan minat membaca sejak sekolah rendah, Rekka cuba menulis novel selepas tamat Tingkatan Lima. Beliau sudah menghasilkan novel Love You Forever(2016) dan Maya (2017).
Selvarajah Murugesan @ MuPaSelva melanjutkan pengajian sarjana muda Pendidikan Bahasa Tamil di Universiti Malaya (UM). Seterusnya, beliau berkhidmat di SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur; SMK Seksyen 24, Shah Alam; SMK USJ4, Subang Jaya; dan kini di SMK TTDI Jaya, Shah Alam.
Thanusya Shanmuganathan @ Meera Natasya adalah graduan sarjana muda sastera dari Universiti Malaya (UM). Beliau sudah menghasilkan novel berjudul Tak Sengaja Cinta (2014) dan novelet Cik Cemerkap vs Encik Selfie (2016). Beliau terlibat sebagai penyunting bersekutu dalam projek penerbitan kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar(2017) dan Karupaya (2018).
Biodata penuh Penyunting Bersekutu boleh dibaca dalam buku Thirukkural dan Megha Duta. Lihat juga — Biodata Sasterawan Kavyan— Antologi Karya Sasterawan Kavyan.
↧
Senarai Penyumbang Modal Sosial
Sebahagian kos mencetak buku Thirukkural dan Megha Duta (2018) ditampung menerusi sokongan para penyumbang budiman yang melakukan tempahan awal berbayar (paid pre-order). Berikut senarai nama penyumbang sehingga 31 Mei 2018:
Selvarajah Murugesan @ MuPaSelva (Shah Alam, Selangor)
Anuradha a/p Chelliah (Banting, Selangor)
S. Maartandan a/l Suppiah (Kampar, Perak)
Navanitha Nairu @ N. Nitha(Menglembu, Perak)
Kamal Azzaynee bin Mustafa (Kampar, Perak)
Prem Kanna a/l Dorairaj (Rawang, Selangor)
M. Mahendran (Bentong, Pahang)
Muthannah Marawan (Cheras, Kuala Lumpur)
Faridah binti Nazir (Seremban, Negeri Sembilan)
Ilakiya Nagathisen (Jelutung, Pulau Pinang)
Puvanendren M. Maniam (Rawang, Selangor)
Alexandar Anthony Dars (Ipoh, Perak)
Kasthuri Anamalay @ Kasthuri C. Arjun (Sungai Petani, Kedah)
Annan Nageswararao (Petaling Jaya, Selangor)
VK Ezhilarasi Velautham (Taman Maluri, Kuala Lumpur)
Anurada Murugesan (Ipoh, Perak)
Suntheri Kasaban (Petaling Jaya, Selangor)
Yasotha Ammasee (Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur)
Sri Karthik a/l Kunabalan (Bandar Baru Klang, Selangor)
S. Ghanthimathi (Bandar Botanic, Selangor)
Premsutha a/p Ponnusamy (Skudai, Johor)
Jayari Sri Ramuloo (Puchong, Selangor)
Malini Muniandy (Taman Perling, Johor)
Malini Muniandy (Taman Perling, Johor)
Nama-nama disusun mengikut urutan kronologi tarikh sumbangan diterima. Tempahan awal berbayar dibuka sehingga 31 Julai 2018, tetapi nama penyumbang sehingga 30 Jun 2018 sahaja dapat disenaraikan dalam buku. [Tempah naskhah anda di sini]
↧
Pengantar — Pandangan Pembaca
Dari semasa ke semasa, rakan-rakan dan pembaca budiman mengemukakan pandangan dan komen ringkas mengenai karya-karya saya yang pernah dibaca. Saya paparkan sebahagian daripadanya pada bahagian Pengantarbuku Thirukkural dan Megha Duta. Senarai nama adalah seperti berikut, manakala komen mereka boleh dibaca dalam buku.
– Datuk Seri A. Samad Said (Sasterawan Negara)
– Chua Pei Yong (penulis novel Addison, Aku Tetap Juara!)
– V.K. Ezhilarasi (Cheras, Kuala Lumpur)
– Thanusya Shanmuganathan @ Meera Natasya(penulis novel Tak Sengaja Cinta)
– Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)
– M. Mahendran (penulis buku Karupaya)
– Nizha Periaswamy (Shah Alam, Selangor)
– Raiha Bahaudin (penulis novel Kunang Pesisir Morten)
– Wan Mahiran Wan Mohamad @ Annur Puteri (penulis novel Semanis Cinta Semalam)
– Jeeva Kasthuri Anamalay@ Kasthuri C. Arjun (Sungai Petani, Kedah)
–Patricia Anne Clement (Ipoh, Perak)
– Richard Ignacy (Nibong Tebal, Pulau Pinang)
– Rubeshan Shamugam (Kuantan, Pahang)
– Azrin Fauzi (penulis buku Metaskandal)
– Haji Nik Mohd Yusoff bin Nik Ismail (pengerusi Wadah Selangor)
– Dr. V. Sethuprakhash (pensyarah UPSI, Tanjung Malim)
– Ramakrishnan(penulis buku Kurnia)
– S. Ghanthimathi (Taiping, Perak)
– Calvin Ohsey (Masai, Johor)
– Tung Wai Chee (Seri Kembangan, Selangor)
– Roshidayu Che Mat (Shah Alam, Selangor)
– KA.S. Annadurai (Petaling Jaya, Selangor)
– Alexandar Anthony Dars (Ipoh, Perak)
– Jegavani Lengkan (Taiping, Perak)
– Siti Yummiliyah Yaacob (Petaling Jaya, Selangor)
– Ngan Siew Sin (Masjid Tanah, Melaka)
– Roslan Jomel (penulis buku Selamat Datang ke Malaywood)
– Adzim Poh Yuen Wen (Subang Jaya, Selangor)
– Nagathisen Katahenggam (Jelutung, Pulau Pinang)
– Thinager Krishna (Ipoh, Perak)
Baca juga — [Megha Duta] [Thirukkural] [Ramayana] [Mahabharata] [Vikramaditya]
↧
Biodata AJK Pelaksana Projek Komuniti Kavyan
Semasa Kem Kepimpinan Projek Komuniti Kavyan(10 Jun 2018), para peserta dibimbing menulis biodata ringkas sebagai sebahagian latihan “Membina Identiti Pemimpin Komuniti”.
Berikut contoh biodata beberapa Jawatankuasa Pelaksana yang terlibat dalam merancang dan menjayakan program mingguan dan program bulanan di bawah Projek Komuniti Kavyan.
M. Vanitha Murugan lahir dan membesar di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SJKT Ladang Selinsing, Kampung Dew dan SMK Mudzaffar Shah, Semanggol. Vanitha kini tinggal di Aulong Lama, Taiping dan bekerja sebagai jururawat di Pusat Perubatan Taiping KPJ. Aktiviti masa lapangnya termasuk mendengar radio. Beliau merupakan AJK Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama sejak 2015, dan Timbalan Pengerusi Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang sejak 2017. Beliau juga terlibat sebagai Penyelaras Projek Komuniti Kavyan sejak Jun 2016.
Mariamah @ Shanti P. Kumarasamy lahir di Kuala Lumpur dan membesar di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SRJK Convent Kota dan SMJK Convent Kota, Taiping sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Kejururawatan Puteri, Kuala Lumpur. Mariamah kini tinggal di Aulong Lama, Taiping dan bekerja sebagai jururawat di Pusat Perubatan Taiping KPJ. Aktiviti masa lapangnya termasuk mendengar radio dan membaca buku cerita. Beliau merupakan AJK Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama sejak 2015, dan Bendahari Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang sejak 2017. Beliau juga terlibat sebagai Jawatankuasa Pelaksana Projek Komuniti Kavyan sejak Jun 2016.
Christiana Francis lahir dan membesar di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SJKT St Theresa’s Convent dan SM Darul Ridwan, Taiping. Aktiviti masa lapang suri rumah ini adalah bermain badminton. Beliau kini tinggal di Aulong Lama, Taiping dan terlibat sebagai Jawatankuasa Pelaksana Projek Komuniti Kavyan sejak 2017.
Jegavani Lengkan lahir dan membesar di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Convent Aulong dan SM Darul Ridwan, Taiping sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Rima, Pulau Pinang. Suri rumah ini gemar membaca novel dan kini tinggal di Aulong Lama, Taiping. Beliau merupakan Jawatankuasa Pelaksana Projek Komuniti Kavyan sejak 2017 dan Penolong Setiausaha Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang sejak 2018.
N. A. Manivale K. Arumugam lahir dan membesar di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Convent Aulong dan SM Darul Ridwan, Taiping. Manivale yang gemar membela ikan dan ayam, kini tinggal di Aulong Lama, Taiping. Beliau merupakan Pengerusi Persatuan Kuil Sarva Sakti Aulong Lama sejak 2013, AJK Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama sejak 2015, dan Jawatankuasa Pelaksana Projek Komuniti Kavyan sejak 2016.
↧
↧
Biodata Shahrul Irda
Shahrul Irda lahir dan membesar di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Sultanah Asma dan SMK Sultanah Asma, Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian sarjana muda dalam bidang sains statistik di Universiti Malaya, dan sarjana dalam bidang sains kuantitatif di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Shahrul kini menetap di Kota Kemuning, Shah Alam dan bekerja sebagai penganalisis data di sebuah syarikat swasta di Damansara. Beliau gemar mengisi masa lapang dengan membaca dan mengembara bagi melihat keindahan alam. Shahrul merupakan penyelaras program Kita dan Karya mulai Julai 2018.
↧
Biodata Balkish Alam
Balkish Alam lahir dan dibesarkan di Klang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Bukit Kuda, SM Sultan Abdul Samad dan Sekolah Tinggi Klang sebelum melanjutkan pengajian sarjana muda di Universiti Malaya dalam bidang antropologi dan sosiologi. Balkish kini menetap di Shah Alam dan bekerja dalam bidang perisian data dan komputer. Beliau suka membaca, mendaki gunung dan terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Kita dan Karya merupakan program yang dipilih untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman hidup dengan masyarakat.
↧
Biodata Zamri Mohd Daud
Zamri Mohd Daud dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor dan mendapat pendidikan awal SRK Sungei Way, SM Taman Datok Harun dan SM Seafield di tempat kelahiran. Beliau mempunyai Diploma Elektrik dan Elektronik, serta kini bekerja sebagai ketua pasukan (team leader) di Indah Water Konsortium (IWK). Zamri sudah berkahwin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Beliau sering menyertai program Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), termasuk Kita dan Karya.
↧