Sepuluh individu dari pelbagai latar belakang menyertai Sesi Penulisan Intensif II Sasterawan Kavyananjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) di Shah Alam, Selangor pada 23–24 Mac 2019.
Manuskrip sajak, cerpen dan esei yang dihasilkan para peserta telah dibengkelkan, dibedah, dimurnikan dan dikirim kepada editor majalah-majalah DBP untuk dinilai bagi siaran.
Berikut komen dan reaksi sebahagian peserta:
“Sesi ini mengajar saya menguasai teknik dan kaedah yang betul bagi penghantaran tulisan ke majalah-majalah DBP. Terima kasih, Kavyan, kerana menyedarkan saya bahawa menulis adalah sebuah keberanian!” — Jaymani Sevanathan
“Saya mempelajari banyak perkara semasa dan selepas menghasilkan manuskrip pada sesi ini. Walaupun sudah lama berkecimpung dalam bidang penulisan, bukan bermakna saya sudah tahu segala-galanya.” — M. Mahendran
“Sesi yang amat bermakna dan memberi keyakinan luar biasa kepada saya untuk menghasilkan karya bermutu dalam masa yang singkat. Penulis lama dan baharu harus menyertainya.” — KA. S. Annadurai
“Sesi kedua yang saya hadiri ini tetap memberi ilmu baharu tentang penulisan. Banyak perkara dipelajari menerusi perbincangan dan bedah karya berkumpulan. Program ini sesuai bagi individu yang minat menulis tetapi selalu mengadu tiada masa.” — Anuradha Chelliah
Baca juga — [Catatan Pengalaman Peserta Mengedit Karya]
Sementara itu, Sesi Penulisan Intensif III Sasterawan Kavyandijadualkan di Setia Alam, Shah Alam pada 2 Jun 2019 (Ahad).
Sementara itu, Sesi Penulisan Intensif III Sasterawan Kavyandijadualkan di Setia Alam, Shah Alam pada 2 Jun 2019 (Ahad).
Semoga lebih ramai Sasterawan Kavyan akan muncul bagi memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan.