Quantcast
Channel: Bahan Arkib dan Rujukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 220

Biodata — Saravanan P. Veeramuthu

$
0
0
Saravanan P. Veeramuthu ialah Pensyarah Kanan dalam  bidang Sastera Melayu di Bahagian Sastera, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian), Diploma Pendidikan, Sarjana Pendidikan dan Doktor Falsafah dari Universiti Malaya.

Saravanan mengajar Pengantar Sastera, Kesusasteraan Popular dan Industri Buku, Puisi Nusantara, Tradisi dan Moderniti dalam Fiksyen Nusantara, Latihan Industri dan Teks Terpilih Pemenang Hadiah Nobel dalam Sastera.

Penyelidikan beliau memberi tumpuan kepada Kesusasteraan Melayu Moden, Alam Sekitar dan Kesusasteraan, Kajian Sastera Bandingan dan Identiti Kebangsaan, Budaya Kesusasteraan Melayu Malaysia dengan penekanan khusus terhadap penulis-penulis Bukan Melayu.

Saravanan pernah menyunting buku berjudul Kajian Mutakhir Ilmu Kemanusiaan Sosial dan Politik Indonesia dan Malaysia (2017). Penerbitannya termasuk artikel dalam jurnal tempatan dan luar negara, selain membentang kertas kerja pada seminar dan persidangan nasional dan antarabangsa.

Sajak-sajak beliau turut termuat dalam antologi Mahaguru Meracau(2014), Integriti (2018) dan Batu Uban dalam Puisi (2018). Lihat juga — [BIODATA SASTERAWAN KAVYAN]



Viewing all articles
Browse latest Browse all 220