Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di tempat kelahiran sebelum meneruskan pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Kini, beliau berkhidmat sebagai seorang pendidik di SK Sri Langat, Banting. Anuradha berminat membaca buku-buku bukan fiksyen dan yang mencabar minda.
Beliau turut menjadi penyunting bersekutu dalam projek penerbitan kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar (2017), Karupaya(2018) dan Thirukkural dan Megha Duta (2018), selain terlibat dalam Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).
Hasil tulisan beliau turut tersiar di Eksentrikadan Dewan Budaya. Baca juga: “Pemakaian Sari dalam Kalangan Wanita Tamil” dan “Thali, Rantai Perkahwinan Wanita India” tulisan Anuradha.
Lihatjuga -- Biodata Sasterawan Kavyan.
Lihatjuga -- Biodata Sasterawan Kavyan.