Pada 3 Disember 2024, saya membuka peluang kepada rakan-rakan yang berminat menonton dokumentari Kenangan di Lorong B (2024) dengan syarat mereka wajib memberi komen, ulasan, atau reaksi ringkas.
Berikut komen yang diberi selepas masing-masing menonton dokumentari sepanjang 35 minit 40 saat.
“Dokumentari ini membawa kenangan zaman kanak-kanak. Saya
dapat mengimbau semangat kejiranan – berkongsi hasil tanaman, menonton
televisyen dan juga sambutan thiruvizha.
Satu usaha yang baik untuk generasi muda dan tua mengenali tempat tinggal
mereka. Saya juga hampir menitiskan air mata kerana ada beberapa perkongsian hampir
sama dengan apa yang pernah saya lalui.” – Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)
“Really nice. Thanks a lot for giving us a chance to go down
the memory lane of our life during the 1970s and 1980s. It’s really nice.” – Moganabal Joseph
Albert (Taiping, Perak) – Salah seorang penduduk yang diwawancara bagi
dokumentari ini.
“Dokumentari ini berjaya membawa diri saya ke Lorong B pada
tahun 1980-an walaupun saya bukan pemastautin tempat itu. Visual terkini
beriringan dengan petikan foto lama, mengagumkan. Sungguh indah melihat
penduduk asal Lorong B bercakap secara santai tanpa memandang kamera. Saya
nantikan dokumentari seterusnya, Harapan
di Lorong B.” – M. Mahendran (Bentong, Pahang)
“Susun atur
cerita serta muzik latar sangat menarik. Secara keseluruhan, dokumentari ini
agak menarik, menyajikan kisah silam dan cara hidup penduduk lama di Lorong B, serta
sangat realistik dan semula jadi.” – Suntheresvary Kasaban (Kuala Lumpur) – Salah seorang
bekas penduduk yang diwawancara bagi dokumentari ini.
“A very
good effort in remembering our livelihood back in the 1980s and early 1990s.
The understanding and interracial relationship among the neighbours was more
like family. Really proud to have lived in that era.” – Patricia Anita (Puchong,
Selangor)
“Dokumentari
Kenangan di Lorong B menggambarkan betapa
kehidupan masyarakat masa lalu – kaum India di Taiping khasnya dan seluruh
Malaysia amnya – menjalani kehidupan yang sederhana dan serba kekurangan dari
segi kebajikan, prasarana, kebendaan, mahu pun wang ringgit. Namun, mereka
mencari penawar daripada perkara-perkara kecil di sekeliling untuk
menggembirakan hati di sebalik kedukaan dan kesusahan yang dialami. Nilai
kekentalan dan jati diri inilah yang memungkinkan mereka bertahan, meneruskan
kelangsungan hidup dan memberi makna kepada kehidupan mereka hingga hari ini.
Kisah hidup masyarakat kecil India ini begitu sinonim dengan kisah hidup
majoriti masyarakat India di Malaysia, khususnya yang tinggal di kampung, estet
dan penempatan India di pinggir kota dan bandar.” – Pasupathy Pillay (Durian
Tunggal, Melaka)
“Saya
berbangga menjadi anak kelahiran Lorong B, Aulong Lama, Taiping. Saya turut
bersyukur kepada Tuhan kerana dapat melihat ahli
keluarga dan sanak saudara dalam dokumentari ini. Semoga dokumentari ini menjadi
kenangan terindah kepada generasi kini dan akan datang.” – Malarkodee
Muniandy (Seri Kembangan, Selangor)
“லோரோங்பீ, அவ்லோங்லாமாபற்றியகுறும்படம்என்நினைவுகளைஎன்னுடையகுழந்தைப்பருவத்துக்கேஅழைத்துச்சென்றது. தோட்டப்புறத்தில்வாழ்ந்தசொர்க்கவாழ்க்கையைப்படம்பிடித்துக்காட்டியதுஇந்தக்குறும்படம். ஈயக்குட்டையைஒட்டிஅமைந்துள்ளஅவ்லோங்லாமாலோரோங்பீபற்றியகுறும்படம்இக்காலஇளைஞரும்பிள்ளைகளும்பார்க்கவேண்டியஒருஆவணப்படம். நம்மக்கள்கடந்துவந்தவாழ்க்கையைச்சித்தரிக்கும்இக்குறும்படம்பலர்பார்க்கும்வண்ணம்வெளியிடவேண்டும். அக்காலக்காட்சிகள்விளக்கும்புகைப்படங்கள்அதிகமாகக்காட்டியிருந்தால்இன்னும்சிறப்பாகஇருக்கும்.” – முபா.செல்வா (ஷாஆலாம், சிலாங்கூர்)
“Syabas! Satu
dokumentari yang bagus dan menarik. Ia mampu membawa kita kepada kenangan zaman
muda. Saya harap akan ada usaha membuat lebih banyak dokumentari seperti ini.” –
Sivasankar
Narayanan (Setia Alam, Selangor) – Salah seorang bekas penduduk yang
diwawancara bagi dokumentari ini.
Promosi di Facebook [di sini], Twitter [di sini]. Teaser di YouTube: [Promosi Umum] –
[Jalan Berpasir]
– [Janakee Sinniah]
– [Suntheresvary
Kasaban] – [Sivasankar Narayanan] – [Packiam Marimuthu]
– [Krishnan Muniandy]
– [Magesvary A. Balan]
– [Moganabal Joseph
Albert] – [Nour Roshima Abd. Malek] – [Satiaveni Krishnan]
– [Teaser Utusan
Malaysia] – [Landasan Kereta Api] – [Kandang Lembu]
[Tonton video penuh DI SINI sebelum 31 Disember 2024]
Jika ada
sebarang pertanyaan, hubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp011-11411952.